Oleh Adib ZA Kemaskini 15 Januari
Kumpulan IS telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Jakarta yang menyebabkan tujuh kematian, lima darinya ialah pengganas. Dalam pada itu, dua orang awam terkorban merupakan, seorang rakyat tempatan dan seorang lagi warganegara Kanada yang berada dalam Starbucks Coffee ketika itu. Manakala, puluhan lain cedera termasuk 5 anggota polis. - CARI Infonet Sumber: Mstar Online --------------- Oleh Fyruz Hanna
JAKARTA: Beberapa siri letupan dan tembakan rambang berlaku di Jakarta (14 Jan) yang menyebabkan beberapa orang maut. Letupan berlaku di pusat kawalan polis berhampiran Pusat Beli Belah Sarinah, di Jalan Thamrin. ------------------------------------------------------
5:00 PM: Kumpulan Militan Daish telah menyebarkan mesej amaran sebelum serangan di Jakarta Pusat tadi. "Amaran itu mengatakan bahawa 'sebuah konsert akan diadakan di Indonesia dan ia akan menjadi berita antarabangsa'," ujar Anton kepada sebuah stesen radio tempatan. (Sumber Astro Awani) 4:45PM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tweet mengeluarkan kenyataan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi. 4:41 PM: 7 mati termasuk 5 penyerang dan 2 orang awam.Identiti 2 orang awam seorang warganegara Belanda dan seorang lagi warganegara Indonesia. Rakaman detik-detik cemas sejurus letupan * Disebalik semua yang berlaku, perniagaan sate ini berjalan seperti biasa... 4:30 PM: Polis mengesyaki pengebom berani mati bertanggungjawab sekurang-kurangnya untuk satu letupan dan jumlah militan yang terlibat naik sehingga 14 orang (Sumber: Metro TV) 4:26 PM: Polis mengesahkan keadaan masih lagi terkawal 3:53PM : The Associated Press keluarkan foto 'close-up' suspek yang sedang memegang senjata. 3:50PM : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweetnya berkata " Terkejut dan sedih dengan serangan bom Jakarta. Malaysia sedia bantu dalam apa jua keadaan. Doa untuk Rakyat Indonesia". 3:44PM : Polis Indonesia sehingga kini telah menahan 4 suspen militan yang dipercayai ada kaitan dengan tembakan dan pengeboman. 3:29PM: Timbalan Presiden Jusuf Kalla berkata, pasukannya kini sedang mengenalpasti identiti dalang disebalik pengeboman di Jakarta. 3:15PM: Setakat ini 6 terbunuh, termasuk seorang anggota polis. 3:00PM : Setakat ini seorang pelanggan yang sedang berada di Starbuck dipercayai cedera, dan Starbuck Coffee mengesahkan tiada pekerjanya cedera. 2:50PM : Tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban letupan Jakarta, kata Menteri Luar Negeri, Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. 2:45PM: 4 suspek militan ditembak (sumber Reuters). 2:30PM: Kesemua penerbangan Singapore Airline ke Indonesia berjalan seperti biasa. 2:20PM: Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengaikan letupan ini dengan IS. Walaupun ia satu kejadian keganasan namun tiada bukti mengaitkan ia dengan ISIS. 2:06PM : Kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran 'darurat' dan menasihati orang awam untuk menghindari kawasan yang terjejas dan bandaraya. 2:00PM: Presiden Joko Widodo membatalkan lawatan ke Jawa Tengah dan segera ke Jakarta. Mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai ' cubaan pengganas', Joko meminta semua warganya tidak membuat sebarang spekulasi awal. JAKARTA: Satu letupan kuat telah berlaku di Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini menyebabkan tiga maut. Memetik laporan Kompas TV, saksi melaporkan berlaku tiga letupan di sekitar kawasan pusat beli belah terkenal, Sarinah. Letupan pertama berlaku pukul 10.20 waktu tempatan dan letupan kedua dan ketiga berlaku 15 minit kemudian. "Saya dengar ledakan yang sangat kuat," kata saksi, Vicka Kuen kepada Kompas TV. Tembakan turut kedengaran di sekitar itu dan ramai polis telah memasuki kawasan kejadian. - CARI Infonet. Loading FB Video... Loading FB Video... Video letupan (Untuk dapatkan lebih informasi, lihat berita ini di portal CARI Infonet kami ) |
13
Bagus |
26
Marah |
31
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GhostWalking replied at 14-1-2016 12:40 PM
Cash sangat dek
AbukRokok replied at 14-1-2016 12:51 PM
ohhh bom kecil saja.... bukan IED atau SVBIED
so bukan kemungkinan penglibatan ISIS.... ni kumpulan ...
ADVERTISEMENT