CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia antara 5 negara dengan pencemaran plastik tertinggi dunia

10-2-2025 07:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38976| Komen: 25|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-10 143003.png


PELABUHAN KLANG: Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan menguruskannya dengan lebih lestari.

Isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.

"Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.

"Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh)," katanya selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa 'Mobula 8' anjuran Marine Research Foundation (MRF) di Pulau Indah, hari ini.

Nik Nazmi berkata masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata isu pencemaran plastik akan turut dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

"Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini.

"Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja," katanya.

Terdahulu, beliau mengalu-alukan sumbangan kapal pengumpul sisa plastik, Mobula 8 oleh The SeaCleaners iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dari Switzerland kepada MRF sebagai inisiatif mengurangkan impak terhadap pencemaran plastik.

Nik Nazmi berkata, Mobula 8 akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sabah dan beliau berharap lebih banyak syarikat korporat atau NGO menghulurkan sumbangan membantu inisiatif penyelesaian pencemaran sisa plastik.  

Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 10-2-2025 02:32 PM
rakyat kita pengotor, buang sampah merata-rata...kerajaan perlu tegas mcm singapura
Quote tungkai 10-2-2025 02:38 PM
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana?
Quote Denco 10-2-2025 06:20 PM
Cepatlah buat wajibkan recycle sampah setiap rakyat.
Kat opis aku pun msg² x nak bg kerjasama, dh ada tong recycle pun buang sampah ttp la campur sume sisa mknn dgn sampah boleh recycle.. lagi nk harap rakyat marhaen, smpai ajm la
Quote adeqbun 10-2-2025 07:26 PM
Eloklaaa..pastu tu yg speedmart dan stesen2 myk dh mengikut xsediakan plastik lgsg..kalau xde plastik bg la paperbag..recycle bag mmg ada..tp ade brg kdg2 x muat..nak2 kalau beli byk2
Quote PULANGKAN 10-2-2025 07:49 PM
Denco replied at 10-2-2025 06:20 PM
Cepatlah buat wajibkan recycle sampah setiap rakyat.
Kat opis aku pun msg² x nak bg kerjasama, dh a ...

sama la tempat iols..

kawan sebelah pun perangai sama. bila tegur. "Sapa nak check orang buang sampah?"
apa guna hidup mengejar T20, tapi mentaliti mengalahkan minda dunia kelas ke-tiga..
Quote green~tea 10-2-2025 07:55 PM
tungkai replied at 10-2-2025 02:38 PM
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana?


Diorg dump sampah sini yang dah bio-treated.. dah takde compost.. purely paper, plastics & aluminum etc.. sini ada 40 kilang mechanical recyle
Quote Jitu 10-2-2025 10:59 PM
buat semula la mcm tahun 70an dulu bungkus guna kertas
pastu air ikat tepi tukar letak dlm tin susu mcm dulu2
Quote ultra78 11-2-2025 07:46 AM
Banyak produk pengguna sekarang dibungkus plastik. Dan bukan semua plastik boleh direcycle. Plastik ada gred dia. Contohnya plastic shopping bag dan polisterin tak boleh recycle. Botol air minuman boleh recycle.
Quote TravellingBear 11-2-2025 08:08 AM
Malaysia byk kilang produce  plastic bag
Quote mejaputih 11-2-2025 08:17 AM
Iols lalu satu tempat pengumpulan sisa plastik..mailk aii sepjg jalan tu berterabur beg2 plastik tepi2 jalan sakit mata...jadi tercemar sekitar area situ.
Satu lg malaysia ni terlalu byk gerai2 minuman berais(maybe sbb negara panas) so guna cup plastik..pembeli lak lps minum buang merata2. Sakit mata tengok sisa2 plastik atas rumput tepi jalan...geramnya..
Quote fanaz82 11-2-2025 10:14 AM
fakta tu dah termasuk sampah negara2 luar yg dihantar kat malaysia ke? berkontena sampah masuk malaysia tiap tahun. ingat malaysia ni tempat pembuangan sampah ke?
Quote jfq 11-2-2025 02:47 PM
Yg culprit bukan kedai2 shoplot supermarket atau yg dlm mall tu
Yg bnyk pakai plastik gerai2 tepi jalan
Tunggu aje la time bazar ramadan esok
Cuba tgk masing2 jinjit beg plastik dari tiap gerai
Contoh singgah 3 gerai
Gerai lauk beri 2 lauk
Gerai kuih beli 3 kuih
Gerai air beli 2 air
Cuba kira berapa bnyk beg plastik pakai tu utk sorang
Quote Decaffeinated 11-2-2025 02:53 PM
budaya malaysia beli makanan bungkus dalam plastik, banyak pula tu. tengok budaya omputih mana ada.
Quote Skuau 16-2-2025 03:10 PM
"Msia worang banyak bodoh..suka buang sampah...kita bangla mana ada ini macam"-Bangla
Quote TeropongThaico 16-2-2025 03:35 PM
Gubal undang2 yg meliputi tjawab pekilang juga. Byk produk yg dibungkus individually tu pun patut diambil kira
Pastu stop la jd pengumpul sampah negara2 luar. Ko ambik sampah diarg pastu diarg hina ko kata pengotor syok sgt ke?
Quote nw111 16-2-2025 05:04 PM
Jitu replied at 10-2-2025 10:59 PM
buat semula la mcm tahun 70an dulu bungkus guna kertas
pastu air ikat tepi tukar letak dlm tin susu  ...

Air dlm plastik ikat tepi tu kena haram jadahkan sekali..i benci betul tgk org beli air ikat tepi dgn straw plastik tu..habis minum , piungggg lempar tepi jalan..mmg haram jadah punya perangai..lps ni jual teh ais kena masuk dlm paper cup mcm kopi mahal tu..
Quote nw111 16-2-2025 05:08 PM
Edited by nw111 at 16-2-2025 05:10 PM

Botol mineral water tu patut kena charge satu botol 20 sen..yg besar 50sen...sapa nk balik duit tu kena recycle balik botol tu..kalau campak merata pun, ramai org akan kutip and recycle botol tu...ni bersepah2 botol plastik tepi jln...i suspek tukang potong rumput bangla byk buat kerja tu..species pengotor

Kalau tak nak byr extra charge for bottled water tu, bawak je tapawer isi air dr rmh
Quote ultra78 16-2-2025 06:42 PM
Jika berdasarkan gambar hiasan tu boleh nampak banyak sampah plastik di sungai adalah botol plastik. Patut fokus kepada itu dahulu
Quote Jitu 17-2-2025 10:48 AM
nw111 replied at 16-2-2025 05:04 PM
Air dlm plastik ikat tepi tu kena haram jadahkan sekali..i benci betul tgk org beli air ikat tepi  ...

sbb tu iols tak pernah beli air ikat tepi walaupun kete wira iols jenis senang nak sangkut kat tepi pintu

paper cup pun klu tak silap ada plastik juga

887.jpg

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.617002 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top