CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Urusan agama kami bukan urusan kamu – Dr. Akmal Saleh beri amaran kepada Ketua Pemuda Sosialis DAP

10-2-2025 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14170| Komen: 3|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-10 103044.png


PETALING JAYA – “Sekali lagi amaran kami berikan kepada kamu, urusan agama kami adalah urusan kami bukan urusan kamu. Selama ini, kami tidak pernah sentuh urusan agama kamu,” tegas Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau memberikan amaran kepada Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong berhubung kenyataan yang dikeluarkan pihak tersebut terhadapnya semalam.

“Satu kenyataan daripada Ketua Pemuda DAPSY yang konon-kononnya menasihatkan saya untuk jangan bersikap lebih ‘Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) daripada Ketua Pemuda PN sendiri’.

“Jadi saya juga ingin memberi amaran kepada Ketua Pemuda DAPSY. Prinsip UMNO ini adalah menjaga agama bangsa dan tanah air, bukan hanya berpolitik semberono.

“Maka mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan agama kami, bangsa kami tidak kira siapa pun mereka, maka ia menjadi tanggungjawab kami untuk lawan mereka,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, apabila ada tindakan mencampuri urusan agama Islam, menjadi tanggungjawab orang Melayu Muslim mempertahankannya.

“Bagi orang Melayu Muslim seperti kami, agama bangsa melebihi parti politik.

“Jangan terkejut jika satu hari nanti kamu akan kekal menjadi pembangkang buat selamanya, jika kamu terus dan menerus mengganggu gugat dan mencampuri urusan agama bangsa kami,” katanya.

Beliau turut memberi ingatan sekali lagi bahawa orang Melayu mempunyai kepentingan menjaga agama bangsa adalah melebihi parti politik.

Semalam media melaporan, Kah Leong memberi nasihat Dr. Muhamad Akmal supaya tidak bersikap lebih daripada Ketua Pemuda PN sendiri.

Perkara itu susulan keputusan Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Perayaan dan Kunjungan Ke Rumah Ibadat Selain Islam di negara ini.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-2-2025 10:08 PM
The communist manifesto.

Quote Decaffeinated 11-2-2025 08:53 AM
Akmal ni ari tu kantoi dah sekali fail kefahaman. Kapir2 tu couldn't care less kalau garis panduan tu terpakai untuk perayaan Melayu sahaja. Samalah itu hari nak wajibkan semua apply sijil halal.
Quote otai_g 11-2-2025 10:15 AM
Suda la akmal. Berani ckp je, presiden ko jd pengkhianat buat2 x nmpk yer. Apa org kata kuman seberang laut nmpk, gajah dpn mata x nmpk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031823 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top