CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belum ambil SPM, pelajar Melayu cemerlang di SJKC, Ahmad Khidir Ahmad Nazri sudah ‘dirisik’ universiti

26-11-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37468| Komen: 60

 


Pelajar Melayu yang mendapat anugerah Tokoh Pelajar Terbaik ketika majlis penganugerahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang, Ahmad Khidir Ahmad Nazri dikhabarkan telah ‘dirisik’ beberapa universiti susulan kejayaannya yang cemerlang sewaktu di bangku sekolah.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mengetahui hal tersebut menerusi gurunya apabila ada pihak universiti yang menghubungi menerusi platfrom TikTok.

“Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti daripada bahagian pengambilan penuntut mahukan butiran lanjut mengenai saya.

“Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM),” ujarnya.


Walau bagaimanapun, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mahu fokus dan memberi tumpuan kepada persediaan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 2 Disember depan.

“Tapi buat masa sekarang kena fokus dengan SPM dulu kerana nak dapat keputusan terbaik memandangkan sudah buat persediaan sejak Tingkatan Tiga lagi,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar Tingkatan 5 berkenaan menyatakan yang ada beberapa pihak turut menghantar mesej kepadanya bertanyakan perihal akademik.

 
“Memang ada yang bertanya tips macam mana saya belajar bahasa Mandarin, dan Prinsip Perakaunan, malah ada pelajar Tingkatan Tiga yang ingin tahu macam mana pilih aliran ke Tingkatan Empat.

“Jadi, saya kongsi mana yang termampu kerana nak orang lain pun berjaya,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah Ahmad Khidir yang menerima anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang serta empat lagi pengikhtirafan lain  iaitu Anugerah Timbalan Ketua Pengawas, Anugerah Pertama Dalam Kelas dan Tingkatan, serta Anugerah Terbaik Mata Pelajaran telah mencuri perhatian susulan kakaknya, Fatimah Azzahra memuat naik perkara itu di platfrom TikTok.

Difahamkan, Khidir satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima lima penghargaan tersebut sekaligus membuatkan netizen kagum dengan pencapaian yang diperoleh.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 27-11-2024 08:12 AM
mak ko mengandung dulu makan apalah dik, pandainya.
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:24 AM
nak msk u mane nanti
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:25 AM
mesti pandai ckp cina
Quote copy_paste 27-11-2024 09:09 AM
cmne diorg tahu dia cemerlang sedangkan x ambik spm lagi....
Quote Tinot7 27-11-2024 09:12 AM
Uni ada risik org ka?
Quote primarikey 27-11-2024 09:16 AM
copy_paste replied at 27-11-2024 09:09 AM
cmne diorg tahu dia cemerlang sedangkan x ambik spm lagi....

Sbb kakak dia buat content pasal dia kt tiktok sis
Quote BungaKencana 27-11-2024 09:17 AM
aku yakin kau mesti dpt offer ke uni obersi lps SPM nnt dik.. tgkkan pd pencapaian skrg tak mustahil pun...
Quote copy_paste 27-11-2024 09:25 AM
primarikey replied at 27-11-2024 09:16 AM
Sbb kakak dia buat content pasal dia kt tiktok sis

owhh gitu kekdahnye, lepas ni kalo xde exam itu la antara cara nak menilai tahap pelajar
Quote dealova04 27-11-2024 09:28 AM
apa2 pon pastikan SPM nanti dpt A+ dan A solid je dekkk, segala peluang akan terbentang luas. cuma pilih je nanti . patut dia la ketua pengawas sbb majoriti dia no.1 dlm sekolah.

nk ikutkan mmg anak melayu la plg pandai. tgk result spm je pon dh tau. kalau tgk kat UM, UKM ramai type C sbb budak melayu yg terpaling pandai semua dh fly high dgn tajaan.
Quote Shayang 27-11-2024 09:31 AM
Sedih baca komen kat fb ada je joy killer
Jenis komen “baik beli” tu ler
Katanya lebih baik yg sek tahfiz bagai
Adoii ko buat mcm budak tu tak belajar agama ke sebab dia sekolah cina.

Yg pasti mentaliti dia berbeza laaa dgn budak2 yg sekolah cuma ada satu bangsa jer
Quote MelahJanda 27-11-2024 09:33 AM
awal sangat nak menjulang...
tunggu SPM dulu la better
Quote prince_marhaen 27-11-2024 09:52 AM
pandai2 ni harap nanti dapat kerja yang berbaloi, gaji mahal2...dan jangan depressi ye dik..
Quote prince_marhaen 27-11-2024 09:58 AM
dealova04 replied at 27-11-2024 09:28 AM
apa2 pon pastikan SPM nanti dpt A+ dan A solid je dekkk, segala peluang akan terbentang luas. cuma p ...

abg & kak ipar meols, dua2 ajar sekolah sjkc yang berlainan... dua2 sekolah mostly yang ace budak2 Malay... sebab diorang punya surviving skills lagi tinggi, dan bijak sebab otak function nak translate semua benda dwi-tri language, kadang cikgu cakap cino ja, kekawan campur inglish, balik rumah mostly circle jiran malay... so diorg adapt semua subject in diff languages. kat sekolah meols yang campur pun, biasa yang ace bebudak melayu, naik form 6 pun sama....dulu weols siap gado ngan cikgu type C sebab ujian Math budak Malay lagi tinggi markah, pastu dia membebel ngan budak cino dalam kelas cakap malay ni meniru je... dia lupa agaknya weols ni paham je cakap mandarin sbb biasa campur2 & form 6 mostly student campur2 sekolah lain.... terus bertekak & kami panggil pengetua suruh buat re-test ye...and re-test pun kitorang ace the marks.. hahahahahaha
Quote skippy 27-11-2024 10:11 AM
so skjc is ok to continue ke? atau harus memupuk SK sahaja. kejap ok to have to skjc, kejap tk ok. cuba ada pendirian skit
Quote mejaputih 27-11-2024 10:49 AM
course sumber manusia mencabar ke?
Quote Burong_Hantuk 27-11-2024 10:58 AM
wow....so proud of u
Quote nuralisa 27-11-2024 11:06 AM
ada je budak melayu perempuan sk pin hwa setia alam..
masa anak aku darjah 6 .. asyik dia je naik pentas ..
dlm kelas anak aku tu adalah 3-4 org je pelajar melayu ..
tapi budak perempuan tu cemerlang ...  
dpt offer pergi tenby school setia alam..tapi mak dia x nak.. sambung pergi sekolah menengah cina ...
Quote afie_m 27-11-2024 11:50 AM
wau..wau...hebat ko dik
Quote kucingitam 27-11-2024 11:56 AM
nuralisa replied at 27-11-2024 11:06 AM
ada je budak melayu perempuan sk pin hwa setia alam..
masa anak aku darjah 6 .. asyik dia je naik pe ...

offer tenby tu kena bayar sendiri ke, dpt scholarship/ tenby tanggung?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.222916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top