View: 37160|Reply: 60
|
Belum ambil SPM, pelajar Melayu cemerlang di SJKC sudah ‘dirisik’ universiti
[Copy link]
|
|
Pelajar Melayu yang mendapat anugerah Tokoh Pelajar Terbaik ketika majlis penganugerahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang, Ahmad Khidir Ahmad Nazri dikhabarkan telah ‘dirisik’ beberapa universiti susulan kejayaannya yang cemerlang sewaktu di bangku sekolah.
Memetik laporan dari Harian Metro, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mengetahui hal tersebut menerusi gurunya apabila ada pihak universiti yang menghubungi menerusi platfrom TikTok.
“Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti daripada bahagian pengambilan penuntut mahukan butiran lanjut mengenai saya.
“Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM),” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Ahmad Khidir memaklumkan yang dia mahu fokus dan memberi tumpuan kepada persediaan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 2 Disember depan.
“Tapi buat masa sekarang kena fokus dengan SPM dulu kerana nak dapat keputusan terbaik memandangkan sudah buat persediaan sejak Tingkatan Tiga lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pelajar Tingkatan 5 berkenaan menyatakan yang ada beberapa pihak turut menghantar mesej kepadanya bertanyakan perihal akademik.
“Memang ada yang bertanya tips macam mana saya belajar bahasa Mandarin, dan Prinsip Perakaunan, malah ada pelajar Tingkatan Tiga yang ingin tahu macam mana pilih aliran ke Tingkatan Empat.
“Jadi, saya kongsi mana yang termampu kerana nak orang lain pun berjaya,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah Ahmad Khidir yang menerima anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang serta empat lagi pengikhtirafan lain iaitu Anugerah Timbalan Ketua Pengawas, Anugerah Pertama Dalam Kelas dan Tingkatan, serta Anugerah Terbaik Mata Pelajaran telah mencuri perhatian susulan kakaknya, Fatimah Azzahra memuat naik perkara itu di platfrom TikTok.
Difahamkan, Khidir satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima lima penghargaan tersebut sekaligus membuatkan netizen kagum dengan pencapaian yang diperoleh.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), OhMyMedia |
|
|
|
|
|
|
|
mak ko mengandung dulu makan apalah dik, pandainya. |
|
|
|
|
|
|
|
cmne diorg tahu dia cemerlang sedangkan x ambik spm lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 27-11-2024 09:09 AM
cmne diorg tahu dia cemerlang sedangkan x ambik spm lagi....
Sbb kakak dia buat content pasal dia kt tiktok sis |
|
|
|
|
|
|
|
aku yakin kau mesti dpt offer ke uni obersi lps SPM nnt dik.. tgkkan pd pencapaian skrg tak mustahil pun... |
|
|
|
|
|
|
|
owhh gitu kekdahnye, lepas ni kalo xde exam itu la antara cara nak menilai tahap pelajar
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pon pastikan SPM nanti dpt A+ dan A solid je dekkk, segala peluang akan terbentang luas. cuma pilih je nanti . patut dia la ketua pengawas sbb majoriti dia no.1 dlm sekolah.
nk ikutkan mmg anak melayu la plg pandai. tgk result spm je pon dh tau. kalau tgk kat UM, UKM ramai type C sbb budak melayu yg terpaling pandai semua dh fly high dgn tajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih baca komen kat fb ada je joy killer
Jenis komen “baik beli” tu ler
Katanya lebih baik yg sek tahfiz bagai
Adoii ko buat mcm budak tu tak belajar agama ke sebab dia sekolah cina.
Yg pasti mentaliti dia berbeza laaa dgn budak2 yg sekolah cuma ada satu bangsa jer
|
|
|
|
|
|
|
|
awal sangat nak menjulang...
tunggu SPM dulu la better |
|
|
|
|
|
|
|
pandai2 ni harap nanti dapat kerja yang berbaloi, gaji mahal2...dan jangan depressi ye dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
abg & kak ipar meols, dua2 ajar sekolah sjkc yang berlainan... dua2 sekolah mostly yang ace budak2 Malay... sebab diorang punya surviving skills lagi tinggi, dan bijak sebab otak function nak translate semua benda dwi-tri language, kadang cikgu cakap cino ja, kekawan campur inglish, balik rumah mostly circle jiran malay... so diorg adapt semua subject in diff languages. kat sekolah meols yang campur pun, biasa yang ace bebudak melayu, naik form 6 pun sama....dulu weols siap gado ngan cikgu type C sebab ujian Math budak Malay lagi tinggi markah, pastu dia membebel ngan budak cino dalam kelas cakap malay ni meniru je... dia lupa agaknya weols ni paham je cakap mandarin sbb biasa campur2 & form 6 mostly student campur2 sekolah lain.... terus bertekak & kami panggil pengetua suruh buat re-test ye...and re-test pun kitorang ace the marks.. hahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
so skjc is ok to continue ke? atau harus memupuk SK sahaja. kejap ok to have to skjc, kejap tk ok. cuba ada pendirian skit |
|
|
|
|
|
|
|
course sumber manusia mencabar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ada je budak melayu perempuan sk pin hwa setia alam..
masa anak aku darjah 6 .. asyik dia je naik pentas ..
dlm kelas anak aku tu adalah 3-4 org je pelajar melayu ..
tapi budak perempuan tu cemerlang ...
dpt offer pergi tenby school setia alam..tapi mak dia x nak.. sambung pergi sekolah menengah cina ... |
|
|
|
|
|
|
|
offer tenby tu kena bayar sendiri ke, dpt scholarship/ tenby tanggung?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|