CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lan Pet Pet bakal berhijrah ke Madinah tahun depan, berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi

10-11-2024 12:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 73078| Komen: 60

 



Anggota Senario, Lan Pet Pet, 55, bersama keluarganya bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan kerana berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata, dia sepatutnya berpindah ke Madinah, tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya bagi memenuhi permintaan balu Allahyarham Hamdan supaya terus bersama Senario.

"Ikutkan saya ke Madinah tahun ini, tetapi isteri arwah Hamdan, Norhamalini Ahmed minta saya terus bersama Senario bagi menjaga ukhuwah dan silaturahim kami.

"Jadi, saya tangguhkan perancangan ini, insya-Allah saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga minggu depan dan kami akan 'riki' apa yang patut di sana.

"Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?


"Bila isteri kata setuju, saya tak mahu tangguhkan lagi. Insya-Allah, ada rezeki saya akan bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana. Bagaimanapun, kami akan kerap berulang-alik," katanya yang ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kejayaan Senario meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.

Menurut Lan lagi, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.

Bagaimanapun, kata Lan, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti bias dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur.

"Insya-Allah, kerjaya bersama Senario akan tetap berjalan seperti biasa, kalau ada undangan saya akan balik ke sini.

"Saya sudah penat buat ulasan makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.

"Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul," katanya.



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 9-11-2024 01:27 AM
Tahniah kpd Lan yg akan berhijrah ke Madinah dn bermastautin dn bertugas di sana sbg pengurus hotel milik Al-Maliki. Dpt kesempatan tinggal di bumi Anbia wajar dicemburui kerana hikmahnya sangat luarbiasa: bisa dekat dgn Rasulullah dn mudah berhaji setiap tahunnya.  

Mau berulang alik Madinah-KL-Madiah, masih larat lagi ke Lan?
Lagi elok kalau Lan tumpukan kpd satu kerjaan shj yg di Madinah. Biarkan Senario dgn anggota yg sedia ada, jgn dicampuradukkan lagi ibadah di Madinah dgn lawak jenaka  di M'sia.  
Quote kuzaime 9-11-2024 07:24 AM
Alhamdulillah..rezeki dia Kota Madinah jugak antara tempat yang xkan boleh dijejak oleh dajjal laknatullah
Quote Kangkung1M 9-11-2024 09:09 AM
Edited by Kangkung1M at 8-11-2024 09:42 PM
kuzaime replied at 8-11-2024 07:24 PM
Alhamdulillah..rezeki dia Kota Madinah jugak antara tempat yang xkan boleh dijejak oleh  ...

Bagus Lan ni.

Hari tu dia bawak pelajar tahfiz kutip derma sambil jerit "siapa nak masuk syurga kena derma".

Mesti bangga parent pelajar tersebut lihat anak kutip derma dengan artis.

[TikTok]7346538670918241554[/TikTok]
[Fbp]https://www.facebook.com/reel/972645894287657?s=yWDuG2&fs=e&mibextid=Nif5oz[/Fbp]
Quote Samerosie 9-11-2024 09:16 AM
Entah lah sejak beberapa kes dia mcm pukul org etc mmg x percaya mamat ni.  
Quote Duta lover 9-11-2024 10:11 AM
Hmm semudah itu je ke nk migrate n keje kat luar negara especially umur da lanjut cam dia ni.

Aku sceptical je org2 yg selalu gebang nk migrate oversea ni especially bila yg baru nk riki2...

Cuba bayangkan kita as malaysian...dgr org luar sembang nk migrate malaysia .keje malaysia..menetap malaysia mcm semudah a. b. c .. hakikatnya ada proses yg perlu handle kt immigration.
Quote arwenlotr 9-11-2024 10:14 AM
Edited by arwenlotr at 9-11-2024 10:15 AM

Semoga dipermudahkan
steady je nak migrate
Quote cikperiukkera 9-11-2024 10:51 AM
Semoga dipermudahkn…sblom2 ni pn lopa,julripin pn nk migrate ke sana kn?
Quote tukul 9-11-2024 10:58 AM
Kangkung1M replied at 9-11-2024 09:09 AM
Bagus Lan ni.

Hari tu dia bawak pelajar tahfiz kutip derma sambil jerit "siapa nak masuk syurga ke ...

Adeh..ini macam pun ada ka
Quote becir 9-11-2024 11:03 AM
Samerosie replied at 9-11-2024 09:16 AM
Entah lah sejak beberapa kes dia mcm pukul org etc mmg x percaya mamat ni.

ye kan..pegi sana buat kes kat madinah lak
Quote nolya 9-11-2024 11:09 AM
cikperiukkera replied at 9-11-2024 10:51 AM
Semoga dipermudahkn…sblom2 ni pn lopa,julripin pn nk migrate ke sana kn?

Julripin pernah sebut nak migrate ke Mekaah dn menapak bisnis di sana.  Sementara Lopa nak ikut suami sambung blj di Madinah. Tau tau jadi ke tak?
Quote cikperiukkera 9-11-2024 12:15 PM
nolya replied at 9-11-2024 11:09 AM
Julripin pernah sebut nak migrate ke Mekaah dn menapak bisnis di sana.  Sementara Lopa nak ikut sua ...

Entahla chuols…muka masing2 masih bersepah dlm bumi lokal ni.. kot2 tu plan 10-20 thn nanti .
Quote anilanil 9-11-2024 12:20 PM
Lan petpet, lopa, shahir, julripin
Semua umat Islam teringin nak menetap di sana, tapi hanya yg Allah pilih akan berjaya.
Semoga dipermudahkan urusan acik lan. Aritu sambung study dah complete blom?
Quote edoraixora 9-11-2024 12:25 PM
Semoga baran Lan dah berkurang
Orang2 arab byk yg kasar & biadab
Keje hotel pulak tu kt sana
Quote hmmlantakko 9-11-2024 12:34 PM
baguslah ada plan nk duk sana. ptt dicemburuuuiii…
iols pun tnpa ditanya ade riki2 nk beli rumah kek sana nk stay kat sana lepas pencen anak2 dh berkawen kann… impian tu percuma.

cuma si lan ni umur br 55 tak pencen lg klh keje gomen tp nmpk tua dr umur. mgkin kuat kerja kowt
Quote nolya 9-11-2024 12:44 PM
cikperiukkera replied at 9-11-2024 12:15 PM
Entahla chuols…muka masing2 masih bersepah dlm bumi lokal ni.. kot2 tu plan 10-20 thn nanti .

Gitulah jika burung terbang dipipiskan lada.  Burungnya tak tau hinggap di mana, lauk pula tak menjadi.
Quote sleepandream 9-11-2024 01:20 PM
sembang kambeng terbang ke ni...
ada duit kepuk2 macam jho low tak? tibehhh
Quote Dadooooo 9-11-2024 06:53 PM
kuzaime replied at 9-11-2024 07:24 AM
Alhamdulillah..rezeki dia Kota Madinah jugak antara tempat yang xkan boleh dijejak oleh  ...

Tpi sedih skrg dh dibuka pda non moslem n chuols leh tgk some tourists tepi tepi kawasan masjid nabawi of course aurat x tutup.. siap iols n fam nk nek hotel kita org terserempak wanita free hair ngn tatoo bagai mengopi dkt coffee shop depan masjid nabawi.. so sedih sgt.. dulu kalau nk ke madine ada sign board only for muslim lani dh dicabut sign board tu.. just tinggai utk jln ke mekkah jer
Quote ezacbee 9-11-2024 07:01 PM
Dah ramai retis berniat nak berhijrah ke sana. Xde sorang pun pegi. Sembanggggggg
Quote sayawifenikmie 9-11-2024 09:12 PM
Duta lover replied at 9-11-2024 10:11 AM
Hmm semudah itu je ke nk migrate n keje kat luar negara especially umur da lanjut cam dia ni.

Aku s ...

sebab umur lanjut la dia nak migrate kot
kan hajat di anak dikebumikan di sana
semoga Allah permudahkan urusan dia dan kabulkan hajat dia

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054106 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top