CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap dementia, Ning mahu ibu lihat persembahannya di kaca TV

7-11-2024 12:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21275| Komen: 24

 


Penyanyi Ning Baizura, 49, mengakui tujuannya menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah, 81, yang mengidap penyakit dementia.

Ning berkata, dia mahu insan penting dalam hidupnya itu melihat dirinya kembali beraksi di layar kaca selepas sekian lama.

"Ibu sudah berusia dan menghadapi penyakit dementia. Saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk lihat anaknya keluar televisyen (TV).

"Rasa sebak sebab mungkin ibu tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan di TV, jadi inilah hadiah terbaik untuk saya berikan kepadanya.

"Ibu sudah sakit tiga tahun. Dia cergas, tapi saya sedih. Sebagai anak, saya hanya mampu memberinya kenangan terindah.

"Ini adalah antara kenangan terindah yang saya berikan kepada ibu supaya tak lupa dan boleh lihat persembahan anaknya sekali lagi. Dulu pun ibu adalah pengurus saya," katanya pada sidang media pengumuman peserta GV11 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.


Pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu memberitahu, dia mahu memberikan yang terbaik buat ibunya yang banyak membantu dirinya sehingga menjadi penyanyi berjaya ketika ini.

"Bukan menagih simpati, tapi ini saya buat untuk ibu. Untuk ibu melihat sekali lagi saya keluar TV. Ulang tahun ibu jatuh pada 1 Disember ini.

"Kalaulah saya masih kekal, ibu mahu datang untuk menonton persembahan saya. Mungkin dia tak tahu perasaan saya, tapi untuk orang di luar sana harus faham mengapa saya memilih jalan ini.

"Saya mahu memberikan yang terbaik kerana ibulah yang bertanggungjawab menjadikan siapa saya hari ini," katanya.

Mengulas pembabitannya dalam GV11, Ning berkata, ini adalah platform terbaik untuk dia menimba lebih banyak ilmu berharga daripada komen yang bakal diberikan oleh juri.

Ning bakal memberi saingan kepada 13 peserta lain dalam GV11 yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria setiap Ahad bermula 24 November ini, jam 9 malam.

Selain Ning, seramai 13 penyanyi lain yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini adalah Liza Aziz, Illa Sabri, Sheila Abdull, Ronnie Hussein, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Yazif Lovehunters, Zehra Zambri dan band dari Indonesia, The Lima.

Turut memberi saingan adalah Reshmonu, Nai Dinamik, penyanyi rock Indonesia, Inka Christie serta vokalis kumpulan Dadali, Dyrga.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-11-2024 03:43 AM
Start dah keluar cerita sedih nak raih vote. Ada org tgk lagi ke GV ni? Aku dah berzaman takde Astenuk.
Nih, Ning. Cuba tanya mak kau, "Who is Rafa?"
Mana tau dia ingat.
Quote noor2 7-11-2024 05:35 AM
Hello....dementia tua adalah dementia semulajadi faktor usia...jd ianya x kan sembuh..tu mmg proses manusia kealam kematian bila dah meningkat tua..

Perluke tgk ko berjoget, bergelek lagi dlm proses hujung usia ke penamatnya...bg je dia dgr surah2 alquran lagi bagus..biar mulut dia mampu mengikuti bacaan zikir ,alquran waktu itu...

Lainla elok2 tgh sihat tiba2  dementia disebabkan kemalangan x sengaja cth terhantuk kepala tiba2 terus hilang ingatan ..
Quote noor2 7-11-2024 05:44 AM
Suara ning masih power lagikah?...
Quote nisako 7-11-2024 10:21 AM
suara dia ni power lagi ke
Quote kepompong 7-11-2024 10:32 AM
kita tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote kepompong 7-11-2024 10:34 AM
walopon i tak nengok gv & tkde asteroks... tapi i nak jugak komen
Quote ezacbee 7-11-2024 10:36 AM
Bukan aritu kata suara dia kelaut dalam ke?
Quote asamfish 7-11-2024 11:04 AM
sympathy vote? please la...toksah la nak bawak cite sedih bagai...if you want to sing, just sing!  full stop!
Quote AKAZ85 7-11-2024 11:49 AM
Ning? Who's thattttt???
Quote drivethru 7-11-2024 12:17 PM
Masih berlaki kah dia?
Tak pernah tgk muka anak bujang dia.
Quote alesandra 7-11-2024 01:05 PM
Moga klau ko kena kritik 'mengikut bunda' ko jgn buat muka pulak.layan jela mcm nikki yg lps2
Quote teky 7-11-2024 01:06 PM
die punya value da mcm terkesan sbb mencari rezeki di pub2... die da xde pengurus ke.. padahal die macam ade potensi untuk jadi juri or anything dalam dunia hiburan.. lebih ke arah menjuri dan bukan lagi menyanyi..menyanyi tu boleh tpi better libatkan television...
Quote 800214 7-11-2024 01:14 PM
alesandra replied at 7-11-2024 01:05 PM
Moga klau ko kena kritik 'mengikut bunda' ko jgn buat muka pulak.layan jela mcm nikki yg lps2

Menurut bundaaa
Quote BungaKencana 7-11-2024 02:33 PM
mggu kedua dia keluar dulu
Quote likilu 7-11-2024 02:44 PM
Penyanyi papan atas pun bermain modal.bifoti minta simpati bifoti yg lain

Ada ke m40 t20 tonton gv ni? Lol
Quote alesandra 7-11-2024 03:06 PM
800214 replied at 7-11-2024 01:14 PM
Menurut bundaaa

Hah lupa menurut
Quote NazRysha 7-11-2024 03:23 PM
noor2 replied at 7-11-2024 05:35 AM
Hello....dementia tua adalah dementia semulajadi faktor usia...jd ianya x kan sembuh..tu mmg proses  ...

betul ke dementia sebab gula banyak kat otak?
Quote Sazreena 7-11-2024 03:44 PM
Teringat suara tercekik sudu masa ko perform ri tu
Quote lasagna 7-11-2024 03:46 PM
drivethru replied at 7-11-2024 12:17 PM
Masih berlaki kah dia?
Tak pernah tgk muka anak bujang dia.

masihhhhh...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top