CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Isteri Tak Minta Apa-Apa Dari Suami, Mereka Hanya Mahu Kasih Sayang Kita” - Jalaluddin Hassan

4-11-2024 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18642| Komen: 8



 

Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menitipkan pesanan buat suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri masing-masing.

Menerusi hantaran di TikTok, Jalaluddin berkata betapa besarnya pengorbanan isteri dalam rumah tangga dan kesetiaan mereka terhadap suami.


“Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ni besar sebenarnya berganda-ganda daripada kita.

“Kita bagi sedikit kasih sayang dia balas lebih daripada itu, jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah, faham perasaan isteri,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 70 tahun itu berkata para isteri hanya mahukan kasih sayang suami dan jangan sampai kepercayaan mereka hilang.


“Isteri tak minta apa-apa daripada suami, yang dia mahu hanya kasih sayang kita. Dan apa yang kita beri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala lagi.

“Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita, bila orang perempuan ni hilang percaya dia nampak buruk,” katanya.


Sumber - Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pauliza 4-11-2024 08:47 AM
Teringat Tok Jalal beli botol perfume kosong kat bini dlm rancangan bapak2 .Teruk kena bahan dgn Tok Ram
Quote supernaturalee 4-11-2024 12:00 PM
pernah bahagi2 kasih jgk khennn


Quote RosieRosie 4-11-2024 07:35 PM
Betul tu tokjalal.kami mahu kasih syg suami yg berupa wangringgit wangemas intan berlian tapi bukan payung mas yeeee
Quote Acik2kepam 4-11-2024 07:47 PM
Betul tu akak g pasar beli ikan bayar dengan kasih sayang jer.
Quote dua_chzy 4-11-2024 07:55 PM
Taklah. Weol nak duit, nak attention, nak segala2 yang laki mampo bagi di dunia juga.

Kasih sayang semata, tak dapat beli ikan sardin di Pasar Selayang, Tok Lal.
Quote cikbudu 4-11-2024 09:00 PM
Gamba Tok Jalal mcm nk bt pengumuman cuti
Quote tumpanglalu74 4-11-2024 10:15 PM
Serik memadukan bini dengan minah rempit lettew..
Quote Moyangkucing 4-11-2024 10:21 PM
So said the man of experience..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.137633 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top