CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mereka Bukan Tak Tahu Tapi Buat-Buat Tak Tahu” – Elvina Sifatkan Penyondol Hanya Mahu Hidup Mewah

4-11-2024 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4888| Komen: 24

 


Pelakon, Datin Elvina Mohamad berkata segelintir wanita sanggup merampas suami orang disebabkan terlalu mengejar kehidupan mewah.

Memetik dari HibGlam, pelakon itu berkata ada wanita sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri sedangkan perkahwinan bukan seindah yang dibayangkan.

"Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat, nak hidup mewah hanya sondol sahaja suami orang."

 

Pelakon itu turut berkata kehidupan selepas berkahwin tidaklah seindah yang disangka.

"Bila masuk perkahwinan, semua itu tak seindah seperti yang mereka sangka. Saya sudah tujuh tahun berkahwin dan macam-macam sudah kami lalui.

Elvina turut mendedahkan dia masih berterusan menerima mesej yang ‘pelik’ dalam media sosialnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga."

"Masa kami kerap kongsi (foto bersama suami) orang masih mesej. Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau."

 

Pelakon itu turut menasihati para wanita supaya memiliki kerjaya sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami.

Sebagai info tambahan, Datin Elvina Mohamad dan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.

SUMBER: Hibglam, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-11-2024 11:07 PM
Laki dia Businessman ye?
Quote Lily_Elizabeth_ 4-11-2024 11:14 PM
Lawa nya!!!
Quote offwhite 5-11-2024 09:13 AM
Laki dia biz permotoran..
Dlm drama astero ternyata bahagia dia jd penyondol..bole tahan..
Quote dua_chzy 5-11-2024 09:16 AM
1. Takda benda yang kekal di dunia ini.
2. Laki kau boleh curang legally sebanyak ampat kali.
Quote pocongkiutss 5-11-2024 02:09 PM
Sendu thread ni...moh iols kasi up

Laki dia mcm takde cermin..bini kemaen lawo pun gatei juga..tak silap yg hr tu yg cuba menyondol tu ejen insurans khen
Quote apedehal 5-11-2024 02:19 PM
Cantik elvina ni
Quote dubuk 5-11-2024 07:23 PM
Muka cun
Quote jihyomelly 5-11-2024 08:01 PM
cantik..berlakon pun ok..layan jugak kat astro dia jadi madu sarimah.. bini muda ngada2..
Quote keys 5-11-2024 08:33 PM
K tapi tak semua pompuan sanggup berlakikan suami gigi planta
Quote heythere123 5-11-2024 08:36 PM
memanh bengap la suami sheols kalau curang jua
Quote DeLuna85 5-11-2024 09:00 PM
Kalau la ada babi nak sondol laki dia ni nak tak juga rupa babi tu. Mampu tak bersaing. Dia ni bukan takat lawa. Lemah lembut cara ketawa pun comel suara pun sedap je di dengar. Badan pun masih hot.
Quote F685 5-11-2024 09:44 PM
Her husband pun tak semenggah jugak.
Anak Borhan mmg sejenis perangai including si adik
Quote Sazreena 6-11-2024 02:58 AM
Ko ni pun sipi-sipi je dulu...nasib jodoh kuat lagi...
Quote starcity 6-11-2024 06:54 AM
Elvina ni mmg cantik. Tp wife cantik, seksi tak dpt menjamin suami tak akan curang. Kadang skandal tak lawa mana pun. More kpd ikut nafsu je nak test mcm2 jenis pompuan
Quote sukacactus 6-11-2024 07:24 AM
Byk dah aku jumpa takat bini meletops ni, pencaras muka awam buat derk je mampu meneruskan misi mencaras dgn jayanya
Quote cik_ingeniare 6-11-2024 07:25 AM
Cantik si Elvina ni tapi husband dia dulu pun ada cerita hampir hampir jugak kan?
Quote chandrahusin 6-11-2024 07:54 AM
kat ofis aku
ada sorang ni
1st wife lawa
serai
kawin 2nd wife lawa gebu kaya raya
ada lagi yg ke 3 ke 4
baru2 ni dapat baby laki tu
pegi keja bwk keta mewah
sbb pak mentua sayang benau ke dia
ala2 mertua Abg Jamil
tp elvina ni mmg lawa lah
ala2 Jue Aziz pya lawa
Quote chinta89 6-11-2024 09:49 AM
dlu dia pun hampir tersungkur dek pencaras jahat kan. sib baik selamat rumahtangganya.

aku suka tgk dia lembut je berlakon. pandai ek carik laki kaya buat suami.

baideway Pengerusi Pencaras tetap jatuh kpd penyanyi bernombor.
Quote chinta89 6-11-2024 09:51 AM
keys replied at 5-11-2024 08:33 PM
K tapi tak semua pompuan sanggup berlakikan suami gigi planta

ko mention gigi planta dah kenapa aku terbayang muka avatar @jihyomelly

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top