CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konflik di Laut China Selatan : 'Hanya gembar-gembur, tapi suasana aman' - Mohamad Sabu

12-9-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34306| Komen: 20

 


Serdang: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta semua pihak usah menggembar-gemburkan mengenai konflik di Laut China Selatan susulan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), yang kononnya menimbulkan kacau ganggu terhadap nelayan tempatan.

Jika ada pertelingkahan yang timbul di perairan itu, beliau berkata lebih elok ia diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Setakat ini, beliau berkata kementeriannya tidak menerima sebarang aduan berbangkit yang menimpa nelayan tempatan susulan kehadiran kapal CCG di perairan itu.

"(Kehadiran kapal CCG) tentera (wilayah perairan negara) ... Masalah itu (hanya) gembar-gembur berita tapi suasana aman. Insya-Allah semua (isu) kita selesaikan melalui saluran diplomatik.

"Insya-Allah apa juga pertelingkahan, kita selesai melalui saluran diplomatik. Kerajaan kita mampu untuk selesaikan.


"Tidak ada masalah dengan nelayan. Setakat ini saya belum ada terima aduan gangguan terhadap nelayan," katanya kepada pemberita selepas meninjau reruai Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menasihatkan nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal CCFG, khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.

Terdahulu, media melaporkan terdapat kegusaran dalam kalangan nelayan di perairan berkenaan mengenai kehadiran kapal CCG di sekitar kawasan berkenaan, yang menyukarkan nelayan dan pemancing menjalankan aktiviti mereka.

Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Kementerian Pertahanan sebelum ini berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.

Mengenai perkembangan MAHA 2024 yang hari ini masuk hari kedua, Mohamad berkata sebanyak 12 Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya dimeterai, membabitkan jumlah kira-kira RM500 juta.

Menerusi padanan perniagaan itu, beliau berkata yang besar membabitkan pelaburan dalam sektor penanaman durian.

"Ini bermakna durian adalah satu perniagaan masa depan yang cukup tinggi nilainya, yang permintaan di luar negara khas di China sebelum lagi dapat kita penuhi sepenuhnya, kerana rakyat mereka amat ingin untuk makan durian dari Malaysia, " katanya

Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 12-9-2024 10:23 PM
Adehh...apo la plak pi tanya soal ketenteraan kt muntri pertanian...persoal bab padi boreh itik ayam...
Quote kemaruk 12-9-2024 10:25 PM
Aman2 adja
Quote Belibis 12-9-2024 11:39 PM
honeybee1802: Adehh...apo la plak pi tanya s ...

Samada wartawan atau matsabu yang lupa,dia bekas menteri pertahanan..tu yang dia jawab hal keselamatan negara.[em:3:]
Quote Mamidingdong 12-9-2024 11:41 PM
Wartawan bingai mana la yg pi tanya bab keselamatan negara kat dia ni
Quote DeLuna85 12-9-2024 11:55 PM
Dia ni pernah jadi menteri pertahanan kan sebelum ni? Mujur lah tak jadi lagi.
Quote clueless_gamer 13-9-2024 04:21 AM
dekat negara jiran, kalau menteri pertahanan ni mmg biasanya bekas general tentera.. kalau berucap pun ada isi bernas, tak mainlah setakat baling mic ni je.. self control tu kena ada, calm and sharp.. barulah ada caliber
Quote Neno90 13-9-2024 02:09 PM
Kena berjaga² ngan jiran tetangga kita ni
Quote tripleid 13-9-2024 03:05 PM
Masih kah dikau ingat..zaman gomen tebok atap..bukan stakat prc..Seroil pun aman2 ceroboh ruang udara..



Screenshot_2024-09-11-12-40-45-755_com.opera.browser-edit.jpg
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 03:06 PM
Elephant fight elephant, grass suffer

Selemeleykom mah, muka abang bau burit mahhhh....  Apa dia? Dok telanjang?

We need to find who is the mother and father of this terrorist and do you like roti john? I can cook for you

New now they know we this who!

"Tak boleh ka guna C4 itu untuk bom pam yang rosak itu supaya air dapt keluar dengan cepat, kenapa C4 digunakan untuk bom altantuya, ini lah masanya"

- Datuk Seri Mat Sabu







Kerusi:

Quote Firenzza 13-9-2024 03:34 PM
clueless_gamer replied at 13-9-2024 04:21 AM
dekat negara jiran, kalau menteri pertahanan ni mmg biasanya bekas general tentera.. kalau berucap p ...

Elephant fight elephant the grass will suffer begitu la lbh kurang ucapan mat sabun dkt sidang muntri2 antarabangsa pbb
Quote L.U.S.M 13-9-2024 03:40 PM
Aman celah mana..media ko dh senyap kan
Quote Radzor 13-9-2024 03:54 PM
Edited by Radzor at 13-9-2024 03:55 PM
tripleid replied at 13-9-2024 03:05 PM
Masih kah dikau ingat..zaman gomen tebok atap..bukan stakat prc..Seroil pun aman2 ceroboh ruang udar ...


bila diri sendiri takde kelebihan so cari kelemahan orang lain. meaning kamu juga lemahhh. lawan sapa lagi lemahh.. bukan sapa lagi bagus
Quote tripleid 13-9-2024 04:01 PM
Radzor replied at 13-9-2024 03:54 PM
bila diri sendiri takde kelebihan so cari kelemahan orang lain. meaning kamu juga lemahhh. lawan s ...

sekurangnya zaman Madani ni kapal laut dgn katebang seroil dah takleh masuk lepak Msia mcm zman Madet dgn Abahcow..
Quote Radzor 13-9-2024 05:38 PM
tripleid replied at 13-9-2024 04:01 PM
sekurangnya zaman Madani ni kapal laut dgn katebang seroil dah takleh masuk lepak Msia mcm zman Mad ...

ouhh.. thank god. keep it up
Quote kemaruk 13-9-2024 05:43 PM
Radzor replied at 13-9-2024 03:54 PM
bila diri sendiri takde kelebihan so cari kelemahan orang lain. meaning kamu juga lemahhh. lawan s ...

Madani hanya boleh banding dengan zaman kovid dan zaman gawat 97/98 jah
Quote Purestteam1 13-9-2024 05:46 PM
Jgn sampai abg mat pakai suit pilot helicopter..
Quote ultra78 13-9-2024 05:50 PM
Minta abg mat masak nasi goreng dan sajikan kepada duta besar China di Malaysia. Mana tahu boleh lembut hati duta tu..
Quote kanam316 13-9-2024 08:53 PM
Bila berlaku perang, takut abg mat ni la  yang cabut lari dulu
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 08:56 PM
ultra78 replied at 13-9-2024 05:50 PM
Minta abg mat masak nasi goreng dan sajikan kepada duta besar China di Malaysia. Mana tahu boleh lem ...

Flied lice! Flied lice!

[youtube]T1msUi94HkU[/youtube]

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.145943 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top