View: 34107|Reply: 20
|
Konflik di Laut China Selatan : 'Hanya gembar-gembur, tapi suasana aman' - Mohamad Sabu
[Copy link]
|
|
Serdang: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta semua pihak usah menggembar-gemburkan mengenai konflik di Laut China Selatan susulan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), yang kononnya menimbulkan kacau ganggu terhadap nelayan tempatan.
Jika ada pertelingkahan yang timbul di perairan itu, beliau berkata lebih elok ia diselesaikan melalui saluran diplomatik.
Setakat ini, beliau berkata kementeriannya tidak menerima sebarang aduan berbangkit yang menimpa nelayan tempatan susulan kehadiran kapal CCG di perairan itu.
"(Kehadiran kapal CCG) tentera (wilayah perairan negara) ... Masalah itu (hanya) gembar-gembur berita tapi suasana aman. Insya-Allah semua (isu) kita selesaikan melalui saluran diplomatik.
"Insya-Allah apa juga pertelingkahan, kita selesai melalui saluran diplomatik. Kerajaan kita mampu untuk selesaikan.
"Tidak ada masalah dengan nelayan. Setakat ini saya belum ada terima aduan gangguan terhadap nelayan," katanya kepada pemberita selepas meninjau reruai Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menasihatkan nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal CCFG, khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.
Terdahulu, media melaporkan terdapat kegusaran dalam kalangan nelayan di perairan berkenaan mengenai kehadiran kapal CCG di sekitar kawasan berkenaan, yang menyukarkan nelayan dan pemancing menjalankan aktiviti mereka.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Kementerian Pertahanan sebelum ini berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.
Mengenai perkembangan MAHA 2024 yang hari ini masuk hari kedua, Mohamad berkata sebanyak 12 Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya dimeterai, membabitkan jumlah kira-kira RM500 juta.
Menerusi padanan perniagaan itu, beliau berkata yang besar membabitkan pelaburan dalam sektor penanaman durian.
"Ini bermakna durian adalah satu perniagaan masa depan yang cukup tinggi nilainya, yang permintaan di luar negara khas di China sebelum lagi dapat kita penuhi sepenuhnya, kerana rakyat mereka amat ingin untuk makan durian dari Malaysia, " katanya
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Adehh...apo la plak pi tanya soal ketenteraan kt muntri pertanian...persoal bab padi boreh itik ayam... |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802: Adehh...apo la plak pi tanya s ...
Samada wartawan atau matsabu yang lupa,dia bekas menteri pertahanan..tu yang dia jawab hal keselamatan negara.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan bingai mana la yg pi tanya bab keselamatan negara kat dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pernah jadi menteri pertahanan kan sebelum ni? Mujur lah tak jadi lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat negara jiran, kalau menteri pertahanan ni mmg biasanya bekas general tentera.. kalau berucap pun ada isi bernas, tak mainlah setakat baling mic ni je.. self control tu kena ada, calm and sharp.. barulah ada caliber |
|
|
|
|
|
|
|
Kena berjaga² ngan jiran tetangga kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Masih kah dikau ingat..zaman gomen tebok atap..bukan stakat prc..Seroil pun aman2 ceroboh ruang udara..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 13-9-2024 04:21 AM
dekat negara jiran, kalau menteri pertahanan ni mmg biasanya bekas general tentera.. kalau berucap p ...
Elephant fight elephant the grass will suffer begitu la lbh kurang ucapan mat sabun dkt sidang muntri2 antarabangsa pbb |
|
|
|
|
|
|
|
Aman celah mana..media ko dh senyap kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Radzor at 13-9-2024 03:55 PM
tripleid replied at 13-9-2024 03:05 PM
Masih kah dikau ingat..zaman gomen tebok atap..bukan stakat prc..Seroil pun aman2 ceroboh ruang udar ...
bila diri sendiri takde kelebihan so cari kelemahan orang lain. meaning kamu juga lemahhh. lawan sapa lagi lemahh.. bukan sapa lagi bagus |
|
|
|
|
|
|
|
sekurangnya zaman Madani ni kapal laut dgn katebang seroil dah takleh masuk lepak Msia mcm zman Madet dgn Abahcow..
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-9-2024 04:01 PM
sekurangnya zaman Madani ni kapal laut dgn katebang seroil dah takleh masuk lepak Msia mcm zman Mad ...
ouhh.. thank god. keep it up |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 13-9-2024 03:54 PM
bila diri sendiri takde kelebihan so cari kelemahan orang lain. meaning kamu juga lemahhh. lawan s ...
Madani hanya boleh banding dengan zaman kovid dan zaman gawat 97/98 jah |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn sampai abg mat pakai suit pilot helicopter.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta abg mat masak nasi goreng dan sajikan kepada duta besar China di Malaysia. Mana tahu boleh lembut hati duta tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila berlaku perang, takut abg mat ni la yang cabut lari dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|