CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dahulu, hal dalam bilik pun dikongsikan’ - Andi Bernadee

29-8-2024 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32738| Komen: 24

 


Mengutamakan kesejahteraan diri, penyanyi Andi Bernadee enggan terlampau berkongsi hal peribadi yang berisiko mencetuskan perkara negatif.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 33, berkata situasi tersebut membuatkannya seolah-olah tenggelam timbul dalam media sosial apabila hanya fokus terhadap kerjaya.

“Ramai mengetahui beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya sebelum ini. Atas sebab itu saya pilih untuk kongsi mengenai kerjaya sahaja.

Dahulu sampai hal di bilik tidur pun saya kongsikan yang kemudian menarik aura negatif. ‘Mindset’ saya sekarang hanya mahu kongsi benda berkenaan nyanyian.

“Jika terlalu banyak mempamerkan hantaran berkaitan peribadi, saya rasa keadaan itu boleh mengundang kepada perkara negatif,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia (UMM), hari ini.


Menurut artis kelahiran Sabah itu, kehidupannya semakin tenang selepas ‘menapis’ perkara yang lebih menjadi keutamaan seiring peningkatan usia.

Biarpun menyedari kepentingan media sosial, Andi berkata dia kini lebih matang dalam membuat pertimbangan termasuk lebih berjaga-jaga sebelum memuat naik sebarang hantaran.

“Saya tak akan buat lagi video merapu macam ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya pun tak terkejar ‘trend‘ sekarang. Orang ikuti pempengaruh, dah tak tengok sangat kehidupan artis kan?

Selaku penyanyi saya kena tunjuk diri saya sebagai penyanyi dan tidak buat konten macam dahulu. Saya sekarang makin matang berfikir mana yang terbaik untuk diri saya.

“Buat masa ini saya lebih selesa sebagai penyanyi dan pelakon, tapi tengoklah jika saya terbuka hati buat kandungan di rumah seperti ketika PKP,” ujarnya.

Berkongsi pula kontrak bersama syarikat rakaman baharu, Andi yakin perjanjian selama tiga tahun itu mampu meningkatkan momentum karier nyanyiannya.

Atas sebab tersebut, penyanyi Satu Peluang itu tidak menerima tawaran berlakon sepanjang tahun ini bagi memberi fokus kepada penghasilan lagu baharu.

Saya kira persalinan ke Universal Music Malaysia sebagai berubah angin untuk anjakkan baru dalam kerjaya nyanyian.

“Bersama mereka saya nampak arah tuju selepas ini dengan pelbagai perancangan terutama penerbitan lagu baharu yang mendorong saya tidak ambil tawaran berlakon,” katanya.

Sebelum ini Andi pernah mendedahkan berdepan gangguan misteri yang menjejaskan kesihatan serta keadaan mentalnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-8-2024 03:43 PM
Ya. Di mana2 pun jangan terlalu kongsi hal personal. Even di porom. Dah tua baru aku blajo hakikat ni. Adik2 mudo, sila beringat.
Quote SalenaGomez 29-8-2024 04:39 PM
Andi ni bagus juga. Lately ni byk drama dia berlakon. Lakonan pon ok lah juga tp still boleh di improve. Xdelah kayan sgt
Quote ezacbee 29-8-2024 04:59 PM
Andi suam2 pun sejuta followers..

Quote Mamidingdong 29-8-2024 05:10 PM
Baru tau dia ni asal sabah..
Quote Hoola 29-8-2024 05:23 PM
betul wahai bam andi....
bkn hanya smartfon, tp tuan punya hp pun harus smart
Quote wookiehoney 29-8-2024 05:27 PM
baguslah makin berusia makin matang
Quote Pujangga22 29-8-2024 05:51 PM
yg penting burung2 pun kena jaga smua nk rakam or share
Quote antidote 29-8-2024 06:15 PM
Kejap tak nak buat konten kat umah, kejap tgk lah dulu. Mana satu.
Pastu posting ig caption “ikut saya balik ke rumah”
Kau ni mabuk ketum ke apa
Quote sleepandream 29-8-2024 06:22 PM
lama tak nampak heols... sejak keluar big stage, iols tgk dalam ketuk2 ramadon ja...
Quote takkizawa 29-8-2024 07:24 PM
Elok jugak andee ni. Klu ajak on mak ok jah.
Quote Carcosa 29-8-2024 09:05 PM
Ooo itu namanya.
Mana pulop dtg Benardee tu. Anak meols suka betholll lagu Satu Peluang tu. Kemain nyanyi2 dlm kereta ulang2 pakai Spotify.
Quote dua_chzy 29-8-2024 09:12 PM
Mamidingdong replied at 29-8-2024 09:10 AM
Baru tau dia ni asal sabah..

Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.
Quote Mamidingdong 29-8-2024 10:30 PM
dua_chzy replied at 29-8-2024 09:12 PM
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.

Baru tau nama dia yg sebenar. Hikhikhik
Quote SalenaGomez 29-8-2024 10:45 PM
Mamidingdong replied at 29-8-2024 05:10 PM
Baru tau dia ni asal sabah..

Kalau tgk muka andi ni, mesti SG teringat sunnyo cite doraemon tu. Nampak seiras pulak
Quote babynina30 30-8-2024 08:58 AM
antidote: Kejap tak nak buat konten kat  ...


Duduk Mulio. Haruslah nk tayang kpd netz [em:3:]
Quote KamikuP 30-8-2024 10:49 AM
mEOLLS terhibur dia berlakon dlm Boleh Saya Bantu.. berlakon jadi receptionist mcm bodo2 alang gitohh.. ekekekek
Quote sayurmayur88 30-8-2024 11:45 AM
dua_chzy replied at 29-8-2024 09:12 PM
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.

ni lagi sekor yang palatao, orang nak komen dia pon nak komen.
pangkal nama dia tu "andi" keturunan suku bugis yang menetap di Sabah...
Quote dua_chzy 30-8-2024 11:47 AM
sayurmayur88 replied at 30-8-2024 03:45 AM
ni lagi sekor yang palatao, orang nak komen dia pon nak komen.
pangkal nama dia tu "andi" keturuna ...


Jangan la mare. Tau la urang Bugis panas baran.

Aiol tengok nama Mapangil tu jah.
Quote gideoncross 2-9-2024 01:13 AM
antidote replied at 29-8-2024 06:15 PM
Kejap tak nak buat konten kat umah, kejap tgk lah dulu. Mana satu.
Pastu posting ig caption “ikut  ...

Another episode in bipolar disorder shit

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.050962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top