CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamel Dituduh Buat Pembedahan Hidung Selepas Wajah Dilihat Berubah Ketara - “Original Lagi Dan Tak Ada ‘Plastik’ Pun"

28-8-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24830| Komen: 54

 


Penyanyi terkenal Syamel sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila penampilan terbarunya mencetuskan spekulasi bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian hidung.

Syamel, yang sebelum ini pernah menepis dakwaan melakukan pembedahan dagu, kini terpaksa berdepan dengan tuduhan baru yang mengatakan hidungnya telah diubah untuk kelihatan lebih runcing dan kacak.

 

Syamel, atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 31, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Menurut Syamel, sehingga kini dia masih belum melakukan sebarang pembedahan kosmetik pada wajahnya, walaupun dia tidak menafikan mempunyai keinginan untuk mencuba pada masa hadapan.


“Buat masa ini, saya masih tak buat apa-apa lagi pada wajah saya. Original lagi dan tak ada ‘plastik’ pun. Jadi, tak ada apalah yang nak saya sorokkan,” tegas Syamel.

Syamel turut mengakui bahawa hidung adalah salah satu bahagian wajah yang pernah difikirkannya untuk dibedah, namun buat masa ini, dia berpuas hati dengan penampilannya yang asli.

 
“Saya memang ada rasa tertarik untuk buat pembedahan plastik. Sebab, banyak juga benda saya terfikir nak buat, tapi yang pasti sekarang ini benda itu tak betul,” katanya lagi.

Dalam dunia hiburan, imej dan penampilan sering menjadi tumpuan. Syamel mengakui bahawa sedikit solekan adalah sesuatu yang biasa dilakukannya apabila membuat persembahan di atas pentas.

Selain itu, dandanan rambut juga menjadi satu kemestian bagi Syamel untuk memastikan penampilannya sentiasa kemas dan menarik di hadapan khalayak.

“Saya memang ada mekap sedikit apabila mahu membuat persembahan di atas pentas dan begitu juga, satu kemestian untuk mendandan rambut,” jelasnya.

Menariknya, Syamel tidak berasa tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dia tidak keberatan untuk berkongsi gambar dirinya, sama ada yang dahulu atau yang terkini, di media sosial.

“Kalau berada di luar pula, saya memang okay jika pakai atau tak pakai ‘mask’ sebab tak sorok apa-apa, termasuk saya juga tak kisah untuk buat ‘post’ muka saya yang dulu dan sekarang di media sosial,” tambahnya lagi.

 


Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 28-8-2024 08:32 AM
road to Hael

anyway no harm pun perbaiki penampilan diri …jgn bertentangan dengan Hüküm sudah….tak ke mana ghupe tu…..
Quote prince_marhaen 28-8-2024 08:37 AM
tak operate tu, shading2 je... ada je kelopak kembang tu... masa gemsss memang tambah kembang la..
teringat ernie tweet tak kisah shuben 'nonok vibes' ...hehehehehe
Quote I.K.A888990 28-8-2024 08:38 AM
dah nampak 1st pic macam cik b pulak tu
Quote KamikuP 28-8-2024 09:20 AM
KAka syamel semakin maskulin yaachhh.. cuolls mampooo? ekekeke
Quote Thunderclouds 28-8-2024 11:02 AM
Masih bentuk jambu.
Etlisss mebi hada buat threading kt idong.
Rhinoplasty tu idok ler
Quote fattymah 28-8-2024 11:09 AM
Tanjat gegurl
Quote ezacbee 28-8-2024 11:09 AM
Ada duit semua boleh. Takan retis muka kepam, mesti nak nampak segar..
Quote LadyWhistledown 28-8-2024 11:47 AM
haram buat pembedahan plastik. tak kan tak tau hukum agama
Quote PULANGKAN 28-8-2024 12:06 PM
Iols husnuzon aje lah

heols rajin urut, tarik tulang hidung tu hari2
menurut cerita sepupu kepada kawan kepada kawan Iols masa sekolah dulu, kakak kepada sheols rajin urut hidung. dari kemik bulat kepada mancung. lepas tu sheols makeup hidung bagi nampak mancung

Iols lebih tertarik kepada sanad cerita kawan Iols tu, berbanding cerita hidung si polan
Quote wirazam 28-8-2024 12:07 PM
I.K.A888990 replied at 28-8-2024 08:38 AM
dah nampak 1st pic macam cik b pulak tu

Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...duit dah berkoyan koyan...harap cik B diet and hired personal coach
Quote SalenaGomez 28-8-2024 01:33 PM
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...

Alaaa kalau badan kurus, mmg muka jadi lagi nampak muda. Hidung kembang pon boleh nampak kecik, auto nampak mancung. Cer kalau gemuk, mmg terus auto nampak kepam… gittchewww
Quote sapeka 28-8-2024 01:41 PM
Sbb dah kurus
Muka pun turut kurus
Baru terserlah features yg sebelum ni tersorok
Quote BoongaKertas 28-8-2024 01:53 PM
aiyo. sbb dia dah kurus lahhhhh.
Quote imanjannah 28-8-2024 01:58 PM
moolaaattnya dia dulu.. baguslah dahnkuwus..
Quote lightheaded67 28-8-2024 03:17 PM
ingatkan gmbr aizat kasi gegarrrrr. muka mcm lebih kurg
Quote Tunakimchi 28-8-2024 03:17 PM
Ingatkan cik B. Tp i tengok same je hidung dia. Maybe sbb kurus sikit kot
Quote pocongkiutss 28-8-2024 03:22 PM
Glow up gaytuh
Quote pocongkiutss 28-8-2024 03:23 PM
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...

Amin..harap cik b bace komen uols
Quote I.K.A888990 28-8-2024 11:19 PM
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...

takdenya cik b ni nak bertransform bagai..kalau tak lama dah dia buat kan...duit dah ada kepuk2 tu lawa tak lawa tetap org pandang apadehal janji kita enjoyyyyyy

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.080833 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top