CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina hampir patah hati dengan janji palsu, sukar dapat tajaan

13-9-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34121| Komen: 40

 


Janji palsu dan kesukaran mendapatkan tajaan hampir membuatkan penyanyi Aina Abdul patah hati hingga tidak ingin mengadakan konsert.

Namun, penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu mengakui bersyukur dikelilingi keluarga dan pasukan yang sentiasa bersemangat sehingga hasrat mengadakan konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour akhirnya direalisasikan biarpun terpaksa mengeluarkan bajet sendiri.

Mengenang liku-liku dilalui menyebabkan Aina, 30, sukar menahan air mata pada majlis sidang media, baru-baru ini.

Sekalipun memiliki nama yang dikenali dengan pelbagai anugerah sudah berada dalam gengaman, namun itu bukan tiket mudah baginya mendapatkan kepercayaan penaja.

"Terlalu banyak cabaran apabila berada dalam industri. Dulu tak ada album dan bila sudah miliki album, timbul hasrat untuk mengadakan konsert pula.

"Tapi nak merealisasikan konsert bukannya mudah sehingga hampir dua tahun barulah Aina Abdul Imaji Tour terlaksana.


"Saya belajar bahawa bukan mudah nak buat konsert. Tapi walau apapun yang berlaku penyanyi datang dan pergi, saya katakan pada 'team', Aina Abdul Entertainment perlu terus bertahan," katanya.

 

Lantaran kesukaran mendapatkan penaja, Aina mengakui, terpaksa berbohong beberapa kali dengan peminat sehingga tidak tahu apa lagi hendak jawab setiap kali mereka bertanyakan mengenai konsert.

Katanya, dia terlalu rapuh dan tidak pandai menyembunyikan kesedihan.

"Syukur saya ada tulang belakang yang suka tengok saya buat persembahan. Mereka nak tengok saya gembira.

"Jadi, pasukab saya banyak membantu melawan segala rasa kecewa dengan cara baik demi nak pastikan konsert tetap diadakan.

"Saya juga bertuah mempunyai abang yang sanggup susah senang dengan saya mengeluarkan bajet. Untung atau rugi, kami tak mahu fikirkan buat masa ini asalkan konsert berjalan.

"Walaupun sasaran nak adakan konsert di 10 lokasi, tetapi akhirnya hanya tiga sahaja yang berjaya, namun saya tetap bersyukur. Mungkin Allah tahu saya belum cukup bersedia," kongsi Aina lagi.

Aina Abdul Imaji Tour bakal membuka tirai pada 14 Disember depan di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak dan diikuti Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember depan.

Seterusnya, Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025.



Sumber  - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 13-9-2024 10:04 AM
Dah pernah dpt geran gomen kan…cukupla.nyanyi pn xsmpai 10 thn
Quote supernaturalee 13-9-2024 10:12 AM
push lagu ini bukan cinta
sedap sgt & fresh utk seorg aina abdul




Quote MeowPARSI 13-9-2024 10:37 AM
Penaja mmg cinggitu laaa aina,, diaorg aja,, nak dptkan pulangan juga,,, bukan konsert je,, rancangan hiburan kat TV yg kecik2 tu pun sama je,, mcm GV tu sume..
Quote Kurex 13-9-2024 10:44 AM
iols susah nak terima dia sebab suka jerit, malahan tak minat lizah jugak sebab perangai zoners yg begitu celaka
Quote pocongkiutss 13-9-2024 10:56 AM
Kurex replied at 13-9-2024 10:44 AM
iols susah nak terima dia sebab suka jerit, malahan tak minat lizah jugak sebab perangai zoners yg b ...

Retis kalau peminat dia over namampos...akan membuatkan org lain makin jd menyampah kt retis tu
Quote espri6006 13-9-2024 11:37 AM
ala biasa lah tu Aina...Dulu Siti pun siap kena tipu..penaja tarik diri ..itulah asam garam kalau nak jadi penyanyi yang bagus.
Quote akuyangcute 13-9-2024 11:55 AM

dan yang paling penting bajet baju2 u yang memakan kos untuk kelihatan lain dari yang lain tuk perlu d pertimbangkan juga boleh... tapi keep it more versatile agar bole di gunakan pada lain event macam Dayang, sekian my 20cents opinion
Quote AnnaMarrytta 13-9-2024 11:57 AM
mula2 aku bc tajuk ni dgn aina hampir patah jari kerana kuku palsu
Quote Kurex 13-9-2024 12:00 PM
pocongkiutss replied at 13-9-2024 10:56 AM
Retis kalau peminat dia over namampos...akan membuatkan org lain makin jd menyampah kt retis tu

iols pernah 3 kali kerja dgn lizah. iols sendiri yg ambik ukuran badan lizah. masa ABP, lizah yg tegur orang walaupun orang tu bukan peminat lizah. dapat zoners2 babi perangai gampang yg suka rendahkan penyanyi lain, sampai hina orng yg minat lizah, ntah kenapa iols jadi menyampah dgn lizah disebabkan zoners sendiri. begitu juga ena, iols ok je dgn dia, sekali dua2 group bapok bertelagah, terus iols makin menyaph dgn dua ketul ni. apa salahnya nasihatkan peminat / fanatik jgn telaga , membuli & hina. ni kau diam gitu je seolah2 kau pun sama turut berperang
Quote dua_chzy 13-9-2024 12:05 PM
Mende imaji tu uols?
Quote sleepandream 13-9-2024 12:08 PM
keluar la bajet sendiri... peminat sejati sanggup bayar tiket mahal2...

sementelah haterz2 pondan tibahh petik nama siti yach... perangai haterz pun sama celaka jugaaaa tak berani nak declare idolat sendiri sebab tak terlawan nanti noks

Quote mizzmimi 13-9-2024 12:17 PM
Taja mahal2 ko buat baju.. pastu kompang nak buat muzium baju2 ko.. pastu charge tix memahal.. haha
Quote manopBKK 13-9-2024 12:26 PM
Lagu2 tak berapa umph.. takde satu pun yg betul2 evergreen dan menusuk.  Tu la musibah nye bila buat lagu tujuan nak kaut tropi vokal terbaik AJL. Ikhlaskan hati tu dlm berkarya. Dah lah dress naik pentas tema Halloween. Ko ingat org nak take you seriously ke in the long run? Think!!
Quote Kurex 13-9-2024 12:27 PM
Edited by Kurex at 13-9-2024 12:29 PM
sleepandream replied at 13-9-2024 12:08 PM
keluar la bajet sendiri... peminat sejati sanggup bayar tiket mahal2...

sementelah haterz2 pondan  ...


kenapa masuk benang penyanyi lain & tak reply terus dekat komen iols? mesti nak kira berapa kerat org mengata pompuan tu kan…
Quote misszazaz 13-9-2024 12:41 PM
bertabahlah
Quote luc 13-9-2024 12:49 PM
Suara dia sedap. Lagu2 pun sedap.
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:22 PM
biasala tu, orang biasa pun kena scam apa lagi selebriti kan
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 02:14 AM
boleh pergi jauh. suara sedap
Quote mawardia 17-9-2024 02:28 AM
Sape nak sponsor kau. Merepek. Feeling so atas. Koserrr.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.046325 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top