CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Founder Misi ‘bantu’ alam sekitar pula

16-7-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25935| Komen: 11



PETALING JAYA – Tidak hanya tertumpu kepada kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan dan penghantaran makanan, Founder Misi kini turut menjalankan aktiviti pembersihan kawasan awam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Founder Misi memaklumkan aktiviti pembersihan telah dijalankan di sebuah tasik di Puncak Alam.

Menerusi video yang dikongsikan, jelas kelihatan tasik tersebut dipenuhi sampah dan botol-botol kosong.

Founder Misi menegaskan, aktiviti berkenaan merupakan tanggungjawab terhadap kawasan tempat tinggal mereka, iaitu Puncak Alam.

“Harap tiada yang komen kami fokus macam-macam misi. Semua dalam video ni adalah staf Founder Cafe dan pasukan HQ Misi seramai 40 orang.

“Ni sebagai aktiviti khidmat masyarakat sebelum aktiviti bawa semua pasukan jamuan makan seminggu sekali,” kata kenyataan itu di Facebook.

Dalam masa sama Founder Misi memaklumkan, penghantaran makanan berjalan seperti biasa.


“Ia sedang melalui proses peralihan ke fasa korporat. Saya cuma nak sampaikan bahawa ‘kita kena bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi di atas bumi ini’,” tambahnya.

Terdahulu, Founder Misi antaranya pernah menjadi perhatian umum apabila membantu dua bayi yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Muhammad Athif Fahri dan Wan Muhammad Naail, menerusi kutipan dana awam.

Kedua-duanya sebelum ini seperti yang dilaporkan Kosmo!, berjaya mendapatkan suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta hasil kutipan dana yang dibuat oleh Founder Misi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-7-2024 08:29 AM
Edited by Thunderclouds at 17-7-2024 08:30 AM

So masing² kna standby wallet ikat perot la neh?
Mission baru.
Modal baru.
Lillahi ta'ala gitohhhh
Quote apech 17-7-2024 08:33 AM
scammer terulung ni
Quote bottombikini 17-7-2024 08:37 AM
bawa jamuan makan seminggu sekali tu pakai duit kutipan dana ke duit poket Founder Cafe....
Quote _kelly 17-7-2024 08:45 AM
dia punya motto tu nak bantu ekonomi islam dengan ramai2 jadi rider
Quote Ciktiekus 17-7-2024 09:02 AM
Dak nak tanya ja..awat hampa hampa dan hampa tak suka dkt dia..
Quote KamikuP 17-7-2024 10:13 AM
Bau ikan je founder ni ssumer
Quote asamfish 17-7-2024 10:28 AM
koser aku nak caya depa ni sume....ujung2 bergambar dgn kereta dengan banglo.....puiiiii
Quote Kitty_catz 17-7-2024 11:25 AM
sat gi espiarem masuk jadi cam larva kuning ecah hijanah tu ha baru tau
Quote sepiITUindah 17-7-2024 12:04 PM
giler org puncak alam
ada gen konoha ker sek kito
Quote gigahertz 17-7-2024 02:41 PM
Ciktiekus: Dak nak tanya ja..awat hampa hampa dan hampa tak suka dkt dia..

dia suka sembang kuat. last bende yang di sembang adalah kutipan derma utk siapa ntah.
lepas tu di panggil dengan siapa ntah...terus behave....
Niat dia tu dah betul tapi sebab duduk kat malaysia kan.

Quote Ytee 23-7-2024 01:27 PM
rajinnye dia ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.116439 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top