CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri belum mandi punca dipukul suami sampai mati

16-7-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26416| Komen: 14


BANGKOK – Seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kayu sehingga mati kerana berang apabila mendapat tahu mangsa belum mandi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di daerah Mueang, wilayah Roi Et, kelmarin.

Polis berkata, sejurus menerima panggilan telefon mengenai insiden itu sekitar pukul 10.50 malam (waktu tempatan), pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat Praitun, 44, di dalam bilik mandi.

Mangsa mengalami kecederaan pada kepala yang konsisten dengan kesan dipukul oleh objek tumpul.

Sementara itu, suspek yang dikenal pasti sebagai Watcharin, 53, kemudian ditemui bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan dan segera ditahan oleh polis.

Semasa disoal siasat, Watcharin mengaku dia memukul isterinya menggunakan kayu ketika sedang mabuk, tetapi menegaskan bahawa dia tidak menyedari mangsa telah meninggal dunia. 


Menurut suspek, dia memindahkan (mayat) isterinya ke atas kerusi dan cuba membawa mangsa ke bilik mandi.

Menyedari mangsa tidak bertindak balas, suspek kemudian meminta bantuan daripada jiran.

Dia memberitahu jiran bahawa isterinya tergelincir dan terjatuh di dalam bilik air.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 17-7-2024 08:44 AM
ingatkan news negara konoha td..
Quote KirazMevsimi 17-7-2024 10:50 AM
Ya Rabbi. dengan mabuk nya, dengan pukul bini nya. adui. melayang nyawa bini
Quote babyLON. 17-7-2024 10:56 AM
bodoh bodoh ja lelaki ni.
Quote I.K.A888990 17-7-2024 11:37 AM
kau tu dah la busuk bau arak takpe pulak
patut kau yg hentak kepala kau tu biar mati terus
Quote kelip2_07 17-7-2024 01:22 PM
byk yg giler babii
Quote gideoncross 17-7-2024 07:51 PM
Bini ko mungkin time tu nak gi mndi pstu ko pula sibuk2 pukul smpai mninggal, gila
Quote QueenIsolde 17-7-2024 07:59 PM
Mesti jantan bangsat ni positif arak + dadah
Quote kemaruk 17-7-2024 08:02 PM
Agak2 nama bangkok ni omputeh yang suggest ke sebab nak troll jah sebab ramai pelacur di thailand

Nama asal bangcock ialah krung thep
Quote Ytee 23-7-2024 01:27 PM
masalah mental ni
Quote yangsemb 23-7-2024 03:24 PM
What The F!
Quote kiwimasam 23-7-2024 03:26 PM
Yang aneh aneh sahaja. Tak mandi pun kena bunuh. Alahaiiii..nak mabuk jgn balik lenkali.
Quote plywood 23-7-2024 06:31 PM
bodohnya.. kesian bini
Quote mergastua 23-7-2024 06:40 PM
bahana kaki mabuk

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040035 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top