CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang didesak dedah hubungan kepada isteri disyaki punca Nur Farah Kartini dibunuh

16-7-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 71823| Komen: 306


Kuala Lumpur: Berang kerana didesak untuk mendedahkan hubungan mereka kepada isteri menjadi punca kejadian bunuh membabitkan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Sumber berkata, konflik percintaan antara mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

"Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

"Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.

"Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

"Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.


Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-7-2024 02:59 PM
S_o_n_d_o_l?


Quote annehuda 16-7-2024 03:02 PM
Dahle jgn nk speku bukan-bukan, arwah ni pun dah meninggal dah kena bunuh. Sumber tu pun ntah tak tau sape orgnye. Kot la sumber tu nak menyucikan si pembunuh ni. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi uols melainkan ko bagi pelempang sedas ke. Ni dua-dua melayan kot. Bunuh tetap satu jenayah, satu dosa yg tak boleh nak dinafikan lg ingat tu
Quote Tiggybiru 16-7-2024 03:05 PM
Allah sedihnya……tragis ok cara dia mati, dan juga kenapa dia mati..innalillahiwainnailiahirojiun..
Quote krustykrab 16-7-2024 03:12 PM
Kat atas dah cerita motif. Tiber kat bawah tulis
Motif dlm siasatan
Quote Lampuled 16-7-2024 03:31 PM
Mengundang...hmmmm
Quote zorrro_03 16-7-2024 03:34 PM
nak cover2 apa kejadahnya.  penjawat awam sampai ke sudah.  semua orang dah tahu lah dia polisi lah bodo
Quote Olumis 16-7-2024 03:38 PM
krustykrab: Kat atas dah cerita motif. Tib ...

Kannn. Terkejut iolss baca. Ntah apa2 reporter ni
Quote Carcosa 16-7-2024 03:40 PM
Fuishhh..
Begitu personal lah cara pembunuhan tu. Mencekik your mangsa, sah2 muka engko yg last mangsa nampak kan? Gila kejam weiiii. Siap benam lemaskan lagi... Bapakkkk kejam.
Quote annawleeya 16-7-2024 03:41 PM
Tragis...[em:9:]
Quote ezacbee 16-7-2024 03:44 PM
Polis pun pembunuh.. pastu biarkan mayat kat situ. Hati kering.

Quote Ytee 16-7-2024 03:45 PM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un ...kesian cara dia meninggal dunia, semoga dpt keadilan
Quote AbukRokok 16-7-2024 03:46 PM
ezacbee replied at 16-7-2024 03:44 PM
Polis pun pembunuh.. pastu biarkan mayat kat situ. Hati kering.

polis ada power maaa
klu sebab xviral mgkin boleh kawtim cover dgn geng polis lain
Quote ctaz 16-7-2024 03:47 PM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ
Quote manehnya 16-7-2024 03:55 PM
mangsa dah mati, kaku tak boleh pertahankan diri.. yg keluar skrg dr mulut suspek yg nk selamatkan diri, konon...

jauh panggang dr apa la budak ppuan tu punya lawa takkan la dia nk kan lans koprel yg ada anak bini..

jahat suspek ni
Quote manehnya 16-7-2024 03:57 PM

pastu bleh bunuh anak orang,

dia terkantoi sbb kalau dia lepas kan nti mangsa buat repot kt dia atas cubaan bunuh, abislah reputasi dia, mgkin sbb tu dia bunuh terus
Quote anggeriklatifah 16-7-2024 04:02 PM
Edited by anggeriklatifah at 16-7-2024 04:04 PM

Iols rse mangsa tak thu suspek ade anak bini...
Jantan yg pjj dgn bini ni memang selalu mengaku bujang..
adik iols pernah terkena ye.. jantan tu pjj dgn bini tp mengaku bujang tak kahwin lagi....kantoi sebb dia terlupa hide nama adik iols status kat whatsup yg dia g bawak anak bini  dia g kkinik.... patut laa..time public holiday lamaa dia senyap katanyaa kena kerja...last2 mengaku rupanya laki org ade anak...pastu konon2 cakap hubungan diambang keretakkan laa konon...terus adik iols tak caya dan block dia ..

So dalam hal ni..farah nak putuskan hubungan..dan  nak bgthu bini suspek..so suspek benggang
Quote L.U.S.M 16-7-2024 04:25 PM
Nape beria nk kata penjawat awam..ckp jela polis berstatus laki org main kayu 3
Quote pokokmeranti 16-7-2024 04:30 PM
L.U.S.M replied at 16-7-2024 04:25 PM
Nape beria nk kata penjawat awam..ckp jela polis berstatus laki org main kayu 3

imej kepolisan kn jaga, sebelum nie dah ada polis langgar budak sekolah sampai mati hanya berpunca kes mator, lepas tu polis rogol 2 wanita mongolia, belum lagi kes polis makan rasuah sbb cover pusat judi dan pelacuran...

Quote otai_g 16-7-2024 04:34 PM
pokokmeranti replied at 16-7-2024 04:30 PM
imej kepolisan kn jaga, sebelum nie dah ada polis langgar budak sekolah sampai mati hanya berpunca ...

Aku pnh attend 1 kursus polis ni Dan bila ditanya knp kualiti polis skrg x mcm polis dulu?

Pegawai tinggi polis tu jwb da yg dtg apply polis tu pun mat rempit, kaki pow, bdk bermasalah kat sekolah Dan mcm2 jenis org yg stok2 x cemerlang.

Btl gak. Sbb kalo bdk tu cemerlang mesti da msk u or smbg study mana2.

Lihat semua komen(306)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044367 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top