HULU SELANGOR – Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini bagi permohonan reman. Suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini tersebut tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis. Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza. Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang. Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu. Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.
Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. Sumber – KOSMO! ONLINE |
edayildiz replied at 16-7-2024 11:46 AM
dia polis kan..ckp je la polis..kalau oe kawat awm i tbyg yg kerja bahagian kaunter ofis gov
PejuangBerani replied at 16-7-2024 11:54 AM
betul ke polis kaka?huii boleh tahan sampai bunuh anak orang..ape motif ni..
marla69 replied at 16-7-2024 12:10 PM
kata nya bukan kekasih. lelaki tu nak kat dia tapi dia tak nak. the worst part is tertuduh adalah ow ...
marla69: kata nya bukan kekasih. lelaki ...
Suchi replied at 16-7-2024 12:12 PM
Ohhh jd dia bunuh masa bilaa?
Umur bbnu lagi, mesti baru jd polis pastu ada bisnes keta sewa plak
blekkep replied at 16-7-2024 01:57 PM
bru 26 dh botak tengah jantan celaka nie
marla69 replied at 16-7-2024 02:03 PM
semoga kita dan keturunan kita di perlihara, di lindungi dan di jauh kan dari perkara perkara sebegi ...
ADVERTISEMENT