CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kim Pan-gon letak jawatan? bakal ‘tinggalkan’ Harimau Malaya

16-7-2024 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21066| Komen: 14



PETALING JAYA – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal mengadakan sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya hari ini bagi mendedahkan masa depannya bersama skuad kebangsaan.

Meskipun tiada butiran lanjut daripada pihak FAM menerusi jemputan media yang diedarkan semalam, namun, pengendali Korea Selatan itu didakwa bakal meletakkan jawatan.

Khabar angin tersebut sudah tersebar sejak pagi ini dengan portal Korea Football News di laman X mengesahkan Pan-gon mungkin ‘angkat kaki’ daripada Malaysia.

“Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akan membuat sidang media pada petang ini untuk mengesahkan keputusan peletakan jawatan,” kata laman tersebut.

Sebagai rekod, Pan-gon telah membimbing Harimau Malaya sejak tahun 2022 dengan menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe.


Dalam tempoh yang singkat, Pan-gon berjaya meningkatkan ranking Harimau Malaya selain memastikan skuad negara beraksi pada pentas Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.

Berita lanjut akan menyusul. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-7-2024 01:57 PM
sampai AJM pun macam ni la bola sepak Malaysia bila sentiasa ada campur tangan politik & tangan ghaib.
Quote otai_g 16-7-2024 02:21 PM
Dia ltk jawatan Dan dpt pampasan 3 bulan gaji. Kalo mcm tu aku pun nak. Tp masalahnya kalo aku blah mmg Tarak dpt pampasan apa2 lah
Quote Skuau 16-7-2024 02:35 PM
Dengan ini saiya mencadangkan Rafizi Ramlee sbg penganti KPG sekiranya dia berundur.Saiya amat percaya dgn FORMULA FORMULA YB Rafizi untuk membawa Harimau Malaya ke Piala Dunia buat pertama kali.
Quote Decaffeinated 16-7-2024 02:37 PM
MO wartawan nak jadi terpaling awal melapor ialah buat tajuk ada tanda soal ka?
Quote Decaffeinated 16-7-2024 02:37 PM
otai_g replied at 16-7-2024 02:21 PM
Dia ltk jawatan Dan dpt pampasan 3 bulan gaji. Kalo mcm tu aku pun nak. Tp masalahnya kalo aku blah  ...

Pampasan 3 bulan gaji ni biasanya kena pecat.

Quote otai_g 16-7-2024 03:03 PM
Decaffeinated replied at 16-7-2024 02:37 PM
Pampasan 3 bulan gaji ni biasanya kena pecat.

Seronok la kena pecat pun dpt duit. Kat msia ni biasanya kalo kena pecat pampasan x dpt, maki hamun yg dpt. Lps tu kena banned dkt tmpt tu
Quote Ytee 16-7-2024 03:53 PM
okay la camtu...
Quote Decaffeinated 16-7-2024 04:39 PM
otai_g replied at 16-7-2024 03:03 PM
Seronok la kena pecat pun dpt duit. Kat msia ni biasanya kalo kena pecat pampasan x dpt, maki hamu ...

Tengok T&C juga.
Permanent employment biasanya both parties kena bagi 3 month notice atau kalau boss dah menyampah sangat nah 3 bulan gaji esok tak payah datang. Kalau tengah probation kena pecat peluang cerahlah dapat maki hamun.



Quote stingerbumpy 16-7-2024 04:58 PM
Skuau replied at 16-7-2024 02:35 PM
Dengan ini saiya mencadangkan Rafizi Ramlee sbg penganti KPG sekiranya dia berundur.Saiya amat perca ...

Kenapa bukan jamaika?aku lebih prefer si katek ini..
Quote duri_durians 16-7-2024 05:24 PM
elok la tu. takde naik nya pun. naik sikit terjunam semula skrg bwh indonesia.
duduk pula bawah persatuan yg takde visi takde misi utk memajukan bola sepak. pertandingan dari peringkat senior sampai peringkat umur semua lingkup awal. tak payah la stress2 kat negara ni. biar je melingkup jadi barang mainan tangan-tangan penguasa.
Quote edayildiz 16-7-2024 05:27 PM
tp dia hensem
elok la jgk..mcm mcm hal..takat main bola dlm malaysia pun byk mslh dah...
Quote nusaraya 16-7-2024 06:22 PM
Edited by nusaraya at 16-7-2024 06:26 PM

Yang bermain teruk dan bahlul adalah orang malaysia ... tetapi pelatih asal Korea Kim Pan-gon yang dikurbankan atau menjadi kambing hitam ...

Ingat mana mungkin Kim Pan-Gon membuat sop atau steak yang lezat dan enak jika dagingnya sudah busuk ....

Mungkin sekarang FAM harus ganti nama julukan Timnas sepak bola Malaysia ... dari Harimau Malaya  menjadi  Tikus Sawah ataupun Kerbau Rawa .... Hehehehe

Quote Skuau 16-7-2024 06:50 PM
stingerbumpy replied at 16-7-2024 04:58 PM
Kenapa bukan jamaika?aku lebih prefer si katek ini..

kita nak pergi world cup....kita perlukan orng yg BANYAK FORMULA.
Quote Skuau 18-7-2024 04:23 PM
stingerbumpy replied at 16-7-2024 04:58 PM
Kenapa bukan jamaika?aku lebih prefer si katek ini..

.....atau bg jer kt pmx...arini jadi coach..sok kita ke piala dunia...tuan2...puan2...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.186199 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top