CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup bersama Covid-19, tiada lagi kuarantin bagi individu positif

5-7-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6096| Komen: 3



PETALING JAYA – Individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain dan tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, peraturan baharu itu turut terpakai kepada pemakaian pelitup muka di mana individu disahkan positif Covid-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan elakkan tempat sesak.

Katanya, perintah HSO dan pemakaian pelitup muka itu berkuatkuasa 15 Julai ini susulan umlah kes kematian Covid-19 juga menunjukkan penurunan selain tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia.

“Bagaimanapun, individu positif Covid-19 masih berpotensi menyebarkan jangkitan. Oleh itu, atas
tanggungjawab sosial, individu tersebut digalakkan untuk kekal berada di rumah atau tempat kediaman.

“Selain itu, elakkan berinteraksi rapat dengan orang lain dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan kesihatan awam sekiranya perlu keluar rumah atau tempat kediaman dan dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk,” jelasnya.


Sementara itu katanya, walaupun negara akan memasuki peralihan fasa hidup bersama Covid-19,
KKM akan sentiasa memantau situasi terkini wabak itu di peringkat global dan Malaysia.

“KKM mempunyai kaedah pemantauan untuk menilai situasi Covid-19 sejak fasa awal pandemik yang dikenali sebagai Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System – HAS) dan masih digunakan sehingga kini.

“Tiga indikator yang dipantau dalam HAS ialah kes baharu Covid-19, kes kematian Covid-19, dan kemasukan kes Covid-19 ke hospital,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 8-7-2024 10:08 PM
Seronok kena kincin???
Quote monreyes 8-7-2024 10:47 PM
aku 3 x kot hasben anak2 kena aku x declare..aku msk je opis...buat je lah test..yg claim positif  dgn ngaku PUI tu pun ntah ye ntah tidak..tapi yg btol2 kena this time ada juga yg teruk..
Quote Momohizan 8-7-2024 10:58 PM
Opis I still tak yah gi opis 5 hari. Kalau tanak amik MC...kena WFH

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.140287 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top