Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita yang bekerja sebagai pakar perunding pediatrik memaklumkan dia menerima gaji bulanan sekitar RM70,000. Difahamkan, doktor wanita itu telah berhijrah dari sektor awam ke sektor swasta setelah berkhidmat selama 15 tahun sehingga memperoleh gaji bulanan sebanyak itu. Menurut doktor wanita itu lagi, jika dahulu di sektor awam, dia memperoleh gaji bulanan sekitar RM16,000 sehingga RM20,000. "Saya memperoleh kira-kira RM60,000 hingga RM70,000 sebulan. Apabila anda menjadi perunding dalam kerajaan, mungkin anda akan mendapat kira-kira RM16,000 hingga RM20,000."
"Memulakan kerjaya dengan hanya gaji permulaan sebanyak RM2,500 sebulan, wanita berkenaan berusaha selama 15 tahun dengan kadar elaun sebanyak RM4,000 sebulan."' Namun, untuk memperoleh gaji sebanyak itu memerlukan pengorbanan yang cukup besar. "Ketika saya dalam latihan, saya mempunyai anak, jadi saya tidak menghabiskan banyak masa dengan anak saya. Itu yang saya hadap setiap hari, terutamanya semasa ‘on call’ apabila kita perlu berada di hospital selama 35 hingga 40 jam tanpa tidur." Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana yang terinspirasi dengan pekerjaanya itu agar sentiasa bertahan dalam latihan kerana setiap pekerjaan mempunyai tekanan yang tersendiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan kebolehan dan ada juga yang tidak percaya bahawa wujud gaji sebanyak itu untuk sesuatu profesion di Malaysia. Netizen juga berpendapat bahawa permulaan segala kerjaya yang baik adalah daripada SPM yang cemerlang sekaligus menunjukkan bahawa peperiksaan penting itu bukanlah sekadar ‘kertas kosong’ semata-mata. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
Thunderclouds replied at 4-7-2024 04:05 PM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...
Thunderclouds replied at 5-7-2024 12:05 AM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...
Samerosie replied at 5-7-2024 12:06 AM
Dia ni betul ke earning that much? Anyway, tak dengar sangat dia ckp apa sebab terfocus kat kaki dia ...
Thunderclouds replied at 5-7-2024 12:05 AM
Masuk jugak ke porom menda ni.
Baca komen as usual dok tegoq gaji byk tp xleh beli baju ngn bra seme ...
annehuda replied at 5-7-2024 06:44 AM
Cuba tny akak ni dulu masa die sambung blaja pakai biasiswa kerajaan ke? Tu yg doktor meroyan-royan ...
ADVERTISEMENT