Baru-baru ini, tular trend di TikTok dipanggil ‘dekat dengan Fatin’ di mana ramai membuat parodi daripada video pempengaruh muslimah, Fatin Nabila yang mengajak penonton dekat dengan skrin. Ia mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menegur tindakan pempengaruh terbabit tentang etika berdakwah. "Suara yang lembut manja pun dilarang, ini pula dengan gaya menggoda dan wajah didekatkan dengan skrin." Tidak melatah, Fatin Nabila turut tampil membuat permohonan maaf dan berterima kasih atas teguran diberikan kepadanya tidak kiralah yang positif mahu pun negatif.
Fatin turut menjelaskan bahawa tujuan asalnya memuat naik konten terbabit hanyalah kerana ingin memberikan nasihat kepada orang ramai namun dia sedar cara digunakan tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah. "Dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka." SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
tobobon replied at 25-6-2024 08:50 AM
bukan sheols jugak ker yg buat kontroversi pegi umrah ..depan kaabah promote produk apa ntah....
ADVERTISEMENT