CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi cabar PN tutup kilang BlackRock di Kedah, Kelantan

24-6-2024 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9492| Komen: 6

Description: NIBONG TEBAL: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, mencabar pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang meminta kerajaan tidak mengadakan sebarang urusan dengan BlackRock Inc untuk menutup semua kilang m ...

NIBONG TEBAL: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, mencabar pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang meminta kerajaan tidak mengadakan sebarang urusan dengan BlackRock Inc untuk menutup semua kilang milik syarikat itu di Kedah dan Kelantan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkata BlackRock bukan sahaja antara pelabur terbesar dalam pasaran saham Malaysia, ia juga mempunyai banyak kilang di Kedah dan Kelantan.

"Saya mahu mencabar mana-mana pemimpin PN yang meminta kami tidak mempunyai sebarang urusan dengan BlackRock.

"Mereka harus segera menutup kilang dan hanya selepas itu, kita boleh berbincang.

"Dan jika niatnya adalah untuk menjadikan ini sebagai isu politik, BlackRock telah berada di Malaysia termasuk pada zaman PN. Ia tidak dijadikan polemik ketika itu.

"Sekarang, ia menjadi satu perkara untuk menyerang, semuanya kerana musim pilihan raya," katanya dalam ceramahnya di Sungai Kechil di sini lewat malam tadi.


Sehubungan itu Nik Nazmi berkata perlu ada kejujuran dan keikhlasan apabila membangkitkan sebarang perkara.

"Nak tegur kita, setuju tak setuju dengan kita, tak apa.

"Tetapi kenapa dalam isu ini? Ini kerana, bagi mereka, isu ini bagus untuk menimbulkan rasa perkauman," katanya.

Sebelum ini seorang ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul meminta kerajaan menarik balik keputusan menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

Wan Ahmad Fayhsal menyatakan bahawa usul yang sama telah dihantar pada awal bulan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 27(1) dan 27(3) sebagai usul persendirian untuk dimasukkan dalam Perintah Perniagaan (hal ehwal bukan kerajaan) untuk pertimbangan dibahaskan .

Sabtu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata eksploitasi pihak tertentu terhadap pembabitan BlackRock Inc. dalam penstrukturan semula MAHB adalah taktik politik semata-mata bertujuan mewujudkan persepsi negatif masyarakat.

Sambil mengkritik tindakan ini, jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menyifatkan ia bukan sahaja mengelirukan tetapi juga pendekatan yang mampu menjejaskan perancangan negara.

Sementara itu, Nik Nazmi turut menggesa pengundi di Sungai Bakap mengundi Dr Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) 6 Julai ini.

PRK DUN Sungai Bakap akan menyaksikan pertembungan sengit antara Joohari dan calon PN, Abidin Ismail.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 08:55 AM
PKR dan yis real mmg sekapal pun kan?
Quote airmineral 24-6-2024 10:06 AM
kilang apa yg dimaksudkan?
Quote manop 24-6-2024 10:38 AM

Quote fattymah 24-6-2024 10:52 AM
Iols baca tak sebulan lepas le.. blog dah kena blocked.. yg juai minyak kaler ijo pun ada share kan.. nak baca balik tak muyeh dah
Quote tripleid 24-6-2024 06:50 PM
Jom boikot Petronas dgn TNB!


Screenshot_2024-06-23-21-48-14-697_com.facebook.lite-edit.jpg Screenshot_2024-06-23-21-48-39-576_com.facebook.lite-edit.jpg

Screenshot_2024-06-24-18-47-52-515_com.facebook.lite-edit.jpg


Quote felinecat 24-6-2024 08:17 PM
Geram dgn yb ittew. Sebelum famous ok, lepas famous bercerai dgn bini Dr then kawen lain

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.251338 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top