CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ibarat pakai ketayap tapi telanjang’ jika tidak bayar hutang' - UAI

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7133| Komen: 11

Description: PETALING JAYA – Golongan muslim digalakkan untuk menyelesaikan semua hutang terlebih dahulu sebelum membuat ibadah lain seperti ambil bahagian korban pada Hari Raya Aidiladha serta menunaikan umrah d ...


PETALING JAYA – Golongan muslim digalakkan untuk menyelesaikan semua hutang terlebih dahulu sebelum membuat ibadah lain seperti ambil bahagian korban pada Hari Raya Aidiladha serta menunaikan umrah di Mekah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, perkara wajib seperti membayar hutang adalah hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ibadah sunat lain dibuat.

“Ibarat kita pakai ketayap di atas kepala, kenakan pemakaian kain serban, bersugi mengenakan minyak wangi tetapi kita berjalan dekat orang ramai tanpa pakai seluar.

“Yang sunat semua kita buat tetapi yang wajib kita tinggalkan, itulah ibarat dia kalau kita buat kerja umrah dan ibadah korban tapi tak bayar hutang orang,” jelasnya dalam satu sesi soal jawab di saluran Youtube baru-baru ini.

Tambah Azhar, ada dalam kalangan orang ramai yang secara tidak langsung telah mengecilkan hati orang lain dengan membuat ibadah sunat seperti mengerjakan korban dan umrah tanpa menyelesaikan terlebih dahulu hutang daripada orang lain.

“Ramai macam tu, kontraktor biasanya dapat bayaran dari kerajaan,hutang dekat kedai hardware bertimbun tidak bayar, tapi Mekah pergi bawa keluarga lagi.

“Sama juga ibadah korban, ambil bahagian juga tapi hutang orang tidak bayar. Buat yang wajib dahulu, yang sunat kemudian,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 23-6-2024 12:05 AM
Mohon sapa yang liat bayar hutang tu terasa



Ibarat berkopiah tp telanjang..
Quote sharlenetexas 23-6-2024 12:48 AM
Harap bukan kopiah miumiu.


Quote bottombikini 23-6-2024 11:59 AM
tak boleh brain jugak
kat status WA tayang pegi holiday, makan sedap2
tapi tak bayar hutang aku
aku doa sape2 yg berkenaan tu terasa la dgn kata2 UAI ni
Quote divalaura 23-6-2024 10:48 PM
yang memberi hutang pulak malu nak mintak
manusia jaman now tak reti malu
Quote Thunderclouds 24-6-2024 07:35 AM
UAI & ayat telanjang berpisahh tiada
Quote ekselen 24-6-2024 07:41 AM
green~tea replied at 23-6-2024 12:05 AM
Mohon sapa yang liat bayar hutang tu terasa

   

Aminnn...semoga yg liat byr hutang ku juga terasa...sama negeri oiii.. bukak yt uai tu baca2 lah sikit bab hutang ye...kpd yg berkenaan tu lah...
Quote copy_paste 24-6-2024 11:33 AM
jd apa hukumnya perkara wajib tinggal yg sunat dilakukan,
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 11:43 AM
ada niqabis pinjam duit aku dh 6 thn tk abis bayar. dia dhlh sakit tumor otak katanya. harapnya sblm sakratul maut menjemput, dia sempatla bayar duit aku tu sbb aku mmg tk halalkan hutang.
Quote KamikuP 24-6-2024 03:29 PM
aDA sorang ni hutang meolls 3k sampai skrg tak bayo2, tapi bukan main lavishly healing sana sini kat medsos.. meolls doakan beliau serta somi beliau masuk gaung dan dibaham rimau.. AAmin
Quote tripleid 24-6-2024 04:13 PM
Hutang Harakah dah bayar blom??


Screenshot_2024-06-24-16-12-25-878_com.opera.browser-edit.jpg
Quote pokokmeranti 24-6-2024 04:43 PM
tripleid replied at 24-6-2024 04:13 PM
Hutang Harakah dah bayar blom??

jangan kutuk2 PAS boleh tak? x senang arwah2 to guru dalam kubur.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.102394 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top