CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil - "Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini"

19-6-2024 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3784| Komen: 12



RIO DE JANEIRO -- Sebuah stesen minyak PETRONAS pertama telah dibuka di Sau Paulo, Brazil tiga hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Projek Perkongsian PETRONAS yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.

"Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini untuk sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.

"Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax," katanya dalam hantaran di Linkedin.

Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya PETRONAS ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.

"Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!


"Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama PETRONAS di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.

"Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini," katanya.

Pada tahun 2022, PETRONAS Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat PETRONAS telah mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia pra-garam.

Difahamkan, lokasi itu terletak di Lembangan Santos, kira-kira 250 km dari pantai Rio de Janerio, pada kedalaman air kira-kira 2,000 meter. Ia merupakan lajur minyak bersih, antara yang paling tebal pernah direkodkan di Brazil.

"Penemuan itu dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, yang meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100%) dan Kontrak Perkongsian Lebihan Pengeluaran Sepia ToR yang diberikan kepada Petrobras (30%), TotalEnergies (28% ), QatarEnergy (21%) dan PBBL (21%), dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.

"PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan Sépia ToR semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro pada 2021," kata PETRONAS dalam kenyataan itu.

Sumber: Murilo Dancieri Silveira, Erik Martimiano da Silva/ Siakap Keli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 19-6-2024 10:37 PM
Klu nk apply jd cashier kt sana lepas tak?
Quote AnBulisia 20-6-2024 09:46 AM
margo20 replied at 19-6-2024 10:37 PM
Klu nk apply jd cashier kt sana lepas tak?

kena berebut dengan bangla la
Quote missnina 20-6-2024 10:48 AM
Fly high PETRONAS
It's good to see our own GLC spread their wings abroad.
Quote pokokmeranti 20-6-2024 11:45 AM
jgn pulak anak beranak Kiram datang pergi tuntut itu mereka punya
Quote Weller 20-6-2024 12:06 PM
Petronas vs Petrobras


huhuhu
Quote ultra78 20-6-2024 12:23 PM
Tahniah...jalan ke arah BRICS..
Quote yoppoy 20-6-2024 02:06 PM
Petronas mendonya
Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 02:08 PM
Petronas
Quote AcikCleaner 20-6-2024 02:12 PM
Hebat
Quote supernaturalee 20-6-2024 03:26 PM
sao paolo tuuuu
bukan ceruk2 kaleng2

tu nmpk dlm gmbr lori treler
Quote shamsadis 20-6-2024 03:47 PM
Brazil ni kes jenayah tinggi, harap kawalan keselamatan dijaga, CCTV pasang keliling
Quote cicak_kobeng 21-6-2024 11:34 AM
Edited by cicak_kobeng at 21-6-2024 11:35 AM

Biso Petronas

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.217615 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top