CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3575|Reply: 12

Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil - "Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini"

[Copy link]
Post time 19-6-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode




RIO DE JANEIRO -- Sebuah stesen minyak PETRONAS pertama telah dibuka di Sau Paulo, Brazil tiga hari lalu.


Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Projek Perkongsian PETRONAS yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.


"Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini untuk sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.


"Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax," katanya dalam hantaran di Linkedin.


Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya PETRONAS ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.


"Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!


"Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama PETRONAS di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.


"Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini," katanya.


Pada tahun 2022, PETRONAS Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat PETRONAS telah mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia pra-garam.


Difahamkan, lokasi itu terletak di Lembangan Santos, kira-kira 250 km dari pantai Rio de Janerio, pada kedalaman air kira-kira 2,000 meter. Ia merupakan lajur minyak bersih, antara yang paling tebal pernah direkodkan di Brazil.


"enemuan itu dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, yang meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100%) dan Kontrak Perkongsian Lebihan Pengeluaran Sepia ToR yang diberikan kepada Petrobras (30%), TotalEnergies (28% ), QatarEnergy (21%) dan PBBL (21%), dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.


"PBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan Sépia ToR semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro pada 2021," kata PETRONAS dalam kenyataan itu.


Sumber: Murilo Dancieri Silveira, Erik Martimiano da Silva/ Siakap Keli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk apply jd cashier kt sana lepas tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:46 AM | Show all posts
margo20 replied at 19-6-2024 10:37 PM
Klu nk apply jd cashier kt sana lepas tak?

kena berebut dengan bangla la
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly high PETRONAS
It's good to see our own GLC spread their wings abroad.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:45 AM | Show all posts
jgn pulak anak beranak Kiram datang pergi tuntut itu mereka punya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 12:06 PM | Show all posts
Petronas vs Petrobras


huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 12:23 PM | Show all posts
Tahniah...jalan ke arah BRICS..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:06 PM | Show all posts
Petronas mendonya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Petronas
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:26 PM | Show all posts
sao paolo tuuuu
bukan ceruk2 kaleng2

tu nmpk dlm gmbr lori treler
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 03:47 PM | Show all posts
Brazil ni kes jenayah tinggi, harap kawalan keselamatan dijaga, CCTV pasang keliling
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cicak_kobeng at 21-6-2024 11:35 AM

Biso Petronas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069507 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list