CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik tapi benar! Pekerja saman majikan kerana dapat gaji tapi tak diberi kerja

18-6-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3134| Komen: 14

Gambar Hiasan


Paris: Wanita Perancis terpaksa memfailkan tuntutan saman terhadap majikannya kerana tidak memberikannya tugasan sepanjang 20 tahun bekerja di syarikat itu.

Wanita itu mendakwa syarikat telekomunikasi, Orange melakukan gangguan moral dan diskriminasi di tempat kerja yang berkaitan dengan keadaan kesihatannya, namun tetap membayar gajinya setiap bulan.

Laurence Van Wassenhove diambil sebagai penjawat awam France Telecom pada tahun 1993 sebelum syarikat itu diambil alih Orange.

Majikan asalnya tahu dia hemiplegik, satu keadaan umpuh separa muka dan anggota badan sejak lahir dan menderita epilepsi dan menawarkannya jawatan yang disesuaikan dengan keadaan kesihatannya.

Dia bekerja sebagai setiausaha dan di Jabatan Sumber Manusia sehingga 2002 sebelum meminta dipindahkan ke wilayah lain di Perancis.

Permintaannya diluluskan, namun tempat kerja baharunya tidak disesuaikan dengan keperluannya dan laporan perubatan pekerjaan mengesahkan jawatan itu tidak sesuai untuknya.


Orange didakwa gagal membuat sebarang pelarasan pada pekerjaannya, lebih suka membayar gaji penuhnya untuk 20 tahun akan datang, tanpa memberinya sebarang tugasan untuk dilakukan.

Walaupun usaha terbaik Orange untuk mengabaikan Laurence, wanita kurang upaya itu melakukan yang terbaik untuk melaporkan keadaan kepada kerajaan dan Pihak Berkuasa Tinggi untuk Memerangi Diskriminasi.

Pada 2015, seorang pengantara yang dilantik Orange diberi mandat untuk menyelesaikan situasi itu, tetapi keadaan tidak bertambah baik kerana syarikat itu terus membayarnya tanpa memberikan sebarang tugas kepadanya.

Peguamnya mendakwa, syarikat telekomunikasi itu cuba memaksanya berhenti kerja.

"Mereka lebih suka membayarnya daripada membuatnya bekerja.

"Bagi orang kurang upaya (OKU) bekerja bermakna mempunyai tempat dalam masyarakat, pengiktirafan, ikatan sosial," kata peguam Laurence.

Katanya, anak guamnya memfailkan saman terhadap syarikat dan empat pengurusnya atas dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, syarikat itu berkata, pihaknya sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan wanita itu bekerja dalam keadaan yang terbaik.

"Ini termasuk mengambil kira keadaan sosial peribadi wanita itu dan membayar gaji penuhnya secara berterusan serta beberapa bantuan yang tidak boleh dikembalikan," katanya kepada akhbar Perancis La Dépêche.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-6-2024 11:16 PM
Kalau kat mesia..mesti ramai suka
Hehehe
Quote Neno90 18-6-2024 11:46 PM
Mcm² la hai
Quote B40tastePosh 19-6-2024 12:45 AM
Pulangkan balik gaji puluh tahun tu.

Win win la ka...kau menang saman, tapi kena pulangkan semula gaji
Quote ultra78 19-6-2024 06:06 AM
Di negara yang tinggi produktiviti, majikan tu seperti nak suruh pekerja tu berhenti secara sukarela. Pekerja pun rasa tertekan bila tak diberi tugasan.

Di negara yg rendah produktiviti,pekerja suka bila tidak diberi tugasan.

Kita semua tahu malaysia di level mana.
Quote outperform 19-6-2024 06:12 AM
20 tahun gaji buta giteww.
Quote Thunderclouds 19-6-2024 06:40 AM
Kalu kt sini hari² macik cikcur sampai pencen.
Elhemdollilahh..
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 08:52 AM
mesti dia rasa mcm dipalau sbb org lain buat kerja tp dia ddk sesaja.
Quote pooh~key 19-6-2024 09:13 AM
ultra78 replied at 19-6-2024 06:06 AM
Di negara yang tinggi produktiviti, majikan tu seperti nak suruh pekerja tu berhenti secara sukarela ...

Malaysia di level kartel vendor sissy.
Quote Ytee 19-6-2024 09:29 AM
gaji byr penuh utk 20 thn
Quote Supersirap 19-6-2024 12:51 PM
Pentingnya keberkatan tu
Quote _blackbird 19-6-2024 01:03 PM
kalau di malaysia, acik2 semua cukurrrr dpt makan gaji buta

Quote mimiQo 19-6-2024 05:18 PM
klau kat Msia, diam2 je dpt gaji tp kerja xdak..hahahhaahah..
Quote Kitty_catz 19-6-2024 05:46 PM
bukan kes2 acam ni mmg berlaku kat wilayah putrajaya tu ke??

tade pun acik2 gundu mengadu
keja takde, tapikkk ujung bulan gaji masuk account
Quote KakRumiMenari 19-6-2024 08:30 PM
Kt opis dulu ada dua kes.. gaji penuh tp takda keje.. staff pun mmg auto tak bcakap dgn yg terlibat.. ending memang resign la.. tapi ni kes salah laku yg tak cukup bukti hasil kawtim dgn ahli lembaga.. so xnk drag issue, kasi je gaji penuh tp xde keje.. sorang tu bertahan juga sampai setahun lebih lepas kes dia.. sorang tu 4 bulan je blah..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042181 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top