PETALING JAYA – Malaysia berada di kedudukan ke-10 Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) sebagai antara negara paling aman di dunia. Menerusi data GPI 2024 yang dimuat naik oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) pada laman web rasminya, Malaysia memperoleh skor sebanyak 1.427 dalam indeks tersebut. Negara yang menduduki tempat pertama negara paling aman ialah Iceland, diikuti oleh Ireland dan seterusnya, Austria, New Zealand, Singapura, Switzerland, Portugal, Denmark dan Slovenia. Dalam pada itu, GPI 2024 mendapati dunia menjadi kurang aman buat kali ke-12 dalam tempoh 16 tahun yang lalu dengan tahap purata keamanan negara merosot sebanyak 0.56 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Secara keseluruhan, keamanan bertambah baik melibatkan 65 negara dan merosot dalam 97 negara,” menurut rumusan keputusan GPI 2024. Bagi negara jiran yang lain pula, Vietnam berada di tangga ke-41 GPI 2024, diikuti oleh Indonesia (48), Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).
Untuk rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga ketiga negara paling aman dengan kedudukan pertama ialah New Zealand dan kedua ialah Singapura, manakala tempat keempat ialah Jepun dan kelima Australia. Terdahulu menerusi GPI 2023, Malaysia menduduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman. Berdasarkan data yang dikeluarkan pada tahun lalu, Malaysia antara 20 negara paling aman di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang Singapura dan Jepun. Sumber – KOSMO! ONLINE |
batu kikir replied at 16-6-2024 06:20 AM
Syabas rakyat Malaysia dan PDRM
adiwarna: Sebab apa aman? Sebab puak yg ...
ADVERTISEMENT