CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Dikecam Aktivis Anti-Israel Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

16-6-2024 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23576| Komen: 270



Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman daripada kumpulan anti-zionis Israel umumnya gara-gara akan berkongsi pentas dengan David Foster di Jakarta Indonesia malam ini.

Difahamkan, kumpulan BDS Malaysia tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan penglibatan Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut di saat rakyat Palestin masih ‘dibantai’ askar zionis pada ketika ini.


"Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel."

"David sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh ‘Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF)."

“Keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Fosteri itu adalah sangat mengecewakan” tulis pengendali akaun kumpulan itu lagi.


BDS Malaysia juga tampil menggesa semua pihak terutama selebriti tempatan untuk menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.

Sekadar info, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.

Difahamkan Siti menjadi ‘bidan terjun’ setelah salah seorang artis terlibat iaitu Jessie J tidak dapat membuat persembahan pada malam ini.

SUMBER : Malaysia Kini/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 12:08 PM
apa komen yahudizoner?
Quote Orix 16-6-2024 12:16 PM
Iols dh lama cancel sheols ni sejak tahu laki dia geng wak jahid n dia pun sggup nyanyi ost bangnon wlupun dlu dia gigih menempel ke atok siap jemput atok dtg rumah celebrate bday atok zaman atok ada kuasa…. Bila atok dh xde kuasa skrg ni sheols nan hadooo nak like post atok pun xde… since then iols x percaya dh sheols ni sesuci lebaran yg ada prinsip baik2… money money juga….. spe kenal iols dari zaman memula join porem tahu la iols ni karatz sheols, iols dlu pn sggup naik bas zaman student utk pegi konsert2 sheols…. Skrg ??? No more……. Kawan2 iols kemain pelik iols x de pegi konsert2 sheols yg byak back to back tahun ni….
Quote cikenit2007 16-6-2024 01:29 PM
Orix replied at 16-6-2024 12:16 PM
Iols dh lama cancel sheols ni sejak tahu laki dia geng wak jahid n dia pun sggup nyanyi ost bangnon  ...

Opportunist juga rupanya.....
Quote Zeatyisaac 16-6-2024 01:30 PM
Samada dia bodoh, atau dia tak peduli. Yang penting, aku kaya... Kan?
Quote krustykrab 16-6-2024 01:39 PM
Cepat la boikot oiiii...
Kalau retis lain cepat je kan org
Quote Orix 16-6-2024 01:51 PM
cikenit2007 replied at 16-6-2024 01:29 PM
Opportunist juga rupanya.....

Ya… iols dh lama boikot sheols awal2… terkezuttt kawan rapat iols semua sbb iols dari dlu peminat n karatz sheols….
Quote lovelytouch 16-6-2024 02:18 PM
pakwetizzaqyah replied at 16-6-2024 12:08 PM
apa komen yahudizoner?

Haruslahhh tak berkutik zoners pepondan hadek2 khennn.. wartawan media pun pilih bulu dah kena suap dgn mcm2 hadiah.. jijik lagi hina
Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 03:02 PM
lovelytouch replied at 16-6-2024 02:18 PM
Haruslahhh tak berkutik zoners pepondan hadek2 khennn.. wartawan media pun pilih bulu dah kena sua ...


Quote Nozot 16-6-2024 03:18 PM
cikenit2007 replied at 16-6-2024 01:29 PM
Opportunist juga rupanya.....

Opportunist la sis, klu tak takkan sanggup nanyi birthday kat rumah kakak angat dolu2. 2 in 1 ler, terus dari laki kakak angkat jadi laki sendiri.
Memang pangkah dia sebab dulu percaya sangat dengan imej suci murni dia...huhuhu
Tak pilih kawan dengan retis2 urban sexy mexy nak jaga batas konon.. tengok2 retis yang dok menyeksi tu tak ada sorang pun menyondol. Alih - alih dia yang suci murni menyondol..hipokrit sangat.
Quote doubleA 16-6-2024 03:34 PM
Dasyat level ignorance dan “prinsip” tokti ni, betul2 demi duit ke ni?

Iols cancel masa kes mufti, tu dekat ramadhan, ni di bulan mulia zulhijah hari arafah lagi. Ko dah kenapa tokti? Terpaling palestin pada masa yg sama terpaling ambil job pro-zionist pro-IDF? Ada 2 faces ke seriously her team pun sama level dgn tokti?
Quote doubleA 16-6-2024 03:36 PM
Confirm2 la sheols dah perform tapi tak berkutik promot kt ig sendiri? Takut kena kecam ke? So buat diam2 dgn harapan netizen forget and move on? Selama ni memang hadap validation netizen untuk duit rupanya
Quote Mimo.mimo 16-6-2024 03:41 PM
Kenapa macam teruk je management tokti ni? Asal ada job semua sapu
Quote dua_chzy 16-6-2024 03:44 PM
Hakak sunyum sinis.

Sebab tu takyah terpaling. Manusia ni lagi2 Malaysians, mudah berubah hati, mudah lupa.
Quote dua_chzy 16-6-2024 03:45 PM
krustykrab replied at 16-6-2024 05:39 AM
Cepat la boikot oiiii...
Kalau retis lain cepat je kan org

Kan. Funde'.
Quote KakZianaZain 16-6-2024 03:54 PM
Nasib aku mmg tak suka dia dari zaman aku kecik2. Follow ig dia pon aku tak pernah. Time dia meletop dulu, Aku menyampah bile dia control cun, imej baik2 suci murni. Sbb aku jenis tak suka org control cun fefeeling sopan santun

Aku ingat lagi abg bff aku ckp time aku secondary school, ape lah yang semua org agung2 kan sgt dgn siti tu, ko bayangkan dia berak je, time dia meneran tu, sama je level dgn manusia lain
Quote ilacantik 16-6-2024 04:12 PM
doubleA replied at 16-6-2024 03:36 PM
Confirm2 la sheols dah perform tapi tak berkutik promot kt ig sendiri? Takut kena kecam ke? So buat  ...

Sheols nyanyi lagu acik whitney chuols. Bertebaran di IGS artis2 Indo yg meols follow.
Quote Itzy 16-6-2024 04:13 PM
Orix: Iols dh lama cancel sheols ni  ...


Hmm aku minat kpop gak tapi takde satu album atau merchandise diaorang yang aku beli walaupun aku berduit. Tak hingin aku support artis2 luar atau artis malaysia, perabis duit je support benda2 lagha ni.
Quote krustykrab 16-6-2024 04:20 PM
boudinniA replied at 16-6-2024 03:27 PM
Benang2 pasal ni pun sendu je takde forumers kecam. Semua takut nak kecam siti. Kalau artis2 lain, ...

Kesian daiyan trisha tu wpun iols idokler kenal muka sheol kalau tgk tv pun..sampai kena up resit derma ke palestin tu.

Kisah mekdi starbuck kena boikot tu pun kemain penuh kat tiktok. Ni yg sitot ni tak nmpk pun gerakan mengajak boikot kat tiktok..iols tgh tunggu ni.

Siti nurhaliza
Quote Whitney72 16-6-2024 04:24 PM
Klau x terima undangan DF ..nk byar kete RR baru camna...

Lihat semua komen(270)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.212874 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top