PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan Malaysia melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini. Perdana Menteri berkata, perkara tersebut adalah cadangan Malaysia kepada republik itu jika mempunyai sukarela siswazah untuk dihantar ke kawasan pedalaman, Sabah dan Sarawak. “Saya beritahu boleh tak kalau ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan atau dari segi diplomasi antara negara untuk mereka membantu. “Bukan kita pilih guru dari Singapura…Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT