CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasa ‘Gila’ Mawi, Mati Hidup Semula - Macam-macam saya nampak ketika itu, termasuk hari kiamat

14-6-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4745| Komen: 6

Description: TSUMAWI! Satu istilah yang secara tiba-tiba wujud dan mengingatkan kembali zaman kegemilangan figura bernama Mawi sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) sehingga menjadi satu fenomena dalam ...




TSUMAWI! Satu istilah yang secara tiba-tiba wujud dan mengingatkan kembali zaman kegemilangan figura bernama Mawi sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) sehingga menjadi satu fenomena dalam arus dunia hiburan tanah air.

Siapa sangka anak jati Kulai, Johor itu mampu mengubah nasib menjadi penyanyi yang digilai ramai sehingga mendominasi industri hiburan tanah air pada ketika itu.

Namun kemasyhuran dinikmati berakhir selepas beberapa tahun berikutan timbul bermacam-macam kontroversi yang menggugat reputasinya selaku bakat sensasi berimej islamik.

Memburukkan lagi keadaan apabila dia berdepan pengalaman mistik yang membuatkan dia terpaksa berehat daripada industri seni sekitar 10 tahun lalu.

Selepas melalui pelbagai ujian, Mawi atau nama lengkapnya, Asmawi Ani kini lebih selesa mengatur karier di gelanggang perfileman.


Bukan lakonan menjadi fokus, namun Mawi memilih untuk duduk di kerusi pengarah sehingga berjaya menghasilkan tiga naskhah bawah syarikat produksi sendiri, Mawi World Entertainment.

Seingat saya selepas ‘hidup’ balik pada 2015, datang rasa suka saya nak buat filem. Sebelum itu memang saya tak peduli dan fokus nyanyian,” katanya membuka bicara.

Meneruskan perbualan, penyanyi berusia 40 tahun itu turut memaklumkan kini dalam proses menghasilkan kisah hidup sendiri di layar perak.

Katanya, pengisian filem tersebut nanti mengupas keadaan dirinya semasa mengalami penyakit misteri yang disifatkan bagai mati hidup semula.

Kalau cerita mengenai kisah selepas AF, saya tidak rasa mahu filemkan pun tetapi kalau orang lain berminat, saya okey.

“Cuma sekarang saya ada menulis satu cerita yang lebih baik untuk dikongsikan iaitu tentang mati hidup semula.

Saya pernah berjanji nak tulis kisah begitu ketika nazak dahulu. Sekarang tengah tulis dalam 50 peratus dan tiada perancangan lagi bila akan keluar,” ujarnya.

Selepas berhadapan sakitnya sebuah kehidupan, Mawi akui belajar suatu perkara semasa mencipta populariti dan ketika dicemuh ramai akibat kisah putus tunangnya bersama Ina Naim.

“Saya diberi dua pengalaman berbeza. Pada 2005 saya diberi kemasyhuran kemudian ditukar kepada kebencian.

Apa saya belajar adalah bagaimana untuk berhadapan semua itu. Saya pun tak sangka akan dijulang sebegitu dahulu.

“Benda itu sangat ‘sedar’ dan sentiasa dalam ingatan saya. Saya boleh imbas kembali satu demi satu apa jadi,” tuturnya yang kini turut bergelar penyampai radio Zayyan.

Bertukar nada perbualan, Mawi mula menceritakan detik-detik ketika berhadapan penyakit misteri sehingga berjaya menemukan jalan keluar.

Macam-macam saya nampak ketika itu, termasuk hari kiamat. Saya tidak berani nak cakap siapa yang buat kerana tiada bukti.

“Ada juga seorang pak cik yang rawat saya meminta untuk elak bersangka buruk. Dia suruh saya amalkan zikir penghapus dosa.

“Dia cakap, sebut ‘subhanallah’ tak cukup, kena sebut ‘aku banyak dosa’ banyak kali. Saya banyak dosa, jadi saya belajar. Saya mengharapkan pengampunan Tuhan,” kongsinya.


Tidak hanya mahu memfilemkan fasa hidup mati semula, pelantun lagu Aduh Saliha itu turut memasukkan fasa berdepan episod hilang kewarasan sekitar sembilan tahun lalu.

“Sebelum mati hidup semula, saya macam orang gila. Lama juga saya berhadapan penyakit tersebut.

“Itu pun saya akan masukkan dalam filem nanti,” katanya penuh harapan. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 14-6-2024 12:15 PM
Kenapa? Ada produk terbaru ke?
Quote sleepandream 14-6-2024 04:05 PM
mawi menten ja mcm dolu... si felix tu iols tgk dekat tiktok dah bolat....
Quote ezacbee 14-6-2024 05:20 PM
Promote filem baru.. sapa yg tengok tu..
Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 06:29 PM
mawi makrifat
Quote selipar_hijau 16-6-2024 07:47 PM
Haha wei pasal mawi la aku gigih pasang astro masa tu. Semua pasal aku tertengok af3 ni kt umah kawan aku
Quote Ytee 17-6-2024 07:36 PM
okay Mawi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045224 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top