CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Batu Puteh lemah, kita tiada 'peluru' untuk menang - Tun M

12-6-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1945| Komen: 13

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan membuat keputusan sendiri dalam kes membabitkan Batu Puteh sehingga Malaysia kehilangan lokasi itu, sebaliknya ia diputuskan oleh Kabinet pada 2018.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya memberikan pandangan untuk tidak meneruskan kerana pakar dan peguam berpendapat ia adalah suatu kes yang lemah untuk Malaysia.

"Saya tidak membuat keputusan secara bersendirian, sebaliknya hanya memberikan pendapat bahawa Malaysia tidak patut meneruskan kerana ia adalah kes yang lemah dan kita tidak mempunyai 'peluru' untuk menang.

"Walaupun sebagai Perdana Menteri saya ada kuasa tetapi saya memilih untuk tidak membuat keputusan sebaliknya ia diputuskan Kabinet dan kita perlu menghantar keputusan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 8 Jun 2018," katanya pada sidang media, hari ini.

April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilaporkan berkata Perdana Menteri (ketika 2018) yang membuat keputusan sembunyi-sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 2022 yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri, mengakui kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Dr Mahathir sehingga Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.

Pada 2008, ICJ memutuskan memutuskan Batu Puteh adalah milik Singapura.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, pihaknya menyifatkan tuduhan dibuat Azalina adalah karut kerana Kabinet ketika itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri serta beberapa Menteri yang masih berkhidmat kini, tidak menentang idea terbabit.

Mengenai kenyataan Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa beliau tidak dirujuk oleh Dr Mahathir ketika menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ itu, beliau bagaimanapun berkata ia adalah kerana bekas Peguam Negara itu tidak boleh dipercayai dan tidak melakukan kerja dengan betul.

Ketika ditanya sama ada beliau akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Azalina, Ismail Sabri dan Mohamed Apandi, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, beliau akan memikirkan terlebih dahulu mengenai perkara itu.

"Saya akan memikirkan mengenai perkara itu, kalau kita saman seseorang, ia akan mengambil masa 10 tahun untuk mendapatkan keputusan...dan ketika itu saya sudah berada di 'tempat' lain (meninggal dunia)," katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, ketika Malaysia dan Singapura memutuskan untuk membawa perkara berkaitan Batu Puteh kepada ICJ, perjanjian sudah dibuat bahawa apa sahaja keputusan perlu diterima oleh kedua-dua negara.

"Kita perlu mematuhi janji (untuk terima keputusan)...kalau mungkir janji nama buruk terdapat pada Malaysia," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 12-6-2024 10:26 PM
"Saya akan memikirkan mengenai perkara itu, kalau kita saman seseorang, ia akan mengambil masa 10 tahun untuk mendapatkan keputusan...dan ketika itu saya sudah berada di 'tempat' lain (meninggal dunia)," katanya.

Hahahaha sempat lg melawak
Quote Tinot7 13-6-2024 05:48 AM
Kes batu puteh bkn ka singapura bg dokumen jaman dolu2 yg negeri slatan dah lepaihkan?

Camne nak lawan hat ni?
Quote supernaturalee 13-6-2024 10:02 AM
Orix replied at 12-6-2024 10:26 PM
"Saya akan memikirkan mengenai perkara itu, kalau kita saman seseorang, ia akan mengambil masa 10 ta ...

kannnnnnnnn

atuk kelakar

Quote supernaturalee 13-6-2024 10:04 AM
fokus ape yg ada je lah

ni diesel dh stop subsidi
what's gonna happen dgn harga2 barang runcit lain
dominos effect sedang berlaku ni
ape tindakan gov spy rakyat tak terbeban
Quote nazurah 13-6-2024 10:07 AM
Tinot7 replied at 13-6-2024 05:48 AM
Kes batu puteh bkn ka singapura bg dokumen jaman dolu2 yg negeri slatan dah lepaihkan?

Camne nak la ...

Johor jaga ajelah Pulau Pisang... jangan sampai SG claim pulau tu pun depa punya pasal ada rumah api depa kat situ.
Yang dah terlepas tu udah la... jangan sampai yang dikendong pun melepas.
Quote nazurah 13-6-2024 10:08 AM

Quote kemaruk 13-6-2024 10:09 AM
satu per satu   
Quote xy_daen 13-6-2024 10:34 AM
Kalau betul ada keputusan Kabinet semak jelah minit mesyuarat kat JPM tu.
Quote AbukRokok 13-6-2024 11:16 AM
Tunggu najib masuk campur
Quote AbukRokok 13-6-2024 11:16 AM
Tunggu najib masuk campur
Quote AbukRokok 13-6-2024 11:20 AM
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan isu penarikan rayuan Malaysia terhadap tuntutan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) perlu disiasat.

Bekas Perdana Menteri berkata, negara memperoleh sekurang-kurangnya tiga penemuan baharu berhubung kawasan berkenaan, sekali gus menyebabkan Kabinet ketika itu membuat keputusan rayuan Pulau Batu Puteh dilakukan.

"Saya amat terkilan mengapa Perdana Menteri ketujuh membatalkan rayuan kita ke ICJ, kononnya kita kena terima keputusan ICJ secara muktamad tetapi ada klausa dalam Statut ICJ iaitu kalau ada fakta baharu atau 'new evidence', kita boleh buat rayuan.

"Yang menjadi pelik seribu kali pelik, dua minggu sebelum rayuan ICJ, kabinet semasa Perdana Menteri ketujuh pengerusikan tarik balik rayuan ke ICJ. Kita dah kalah, apa salahnya kita teruskan, boleh jadi kita menang, siapa tahu?

"Singapura pun terkejut kita buat keputusan itu, kita pun tak faham dan jawapannya kita mesti tahu," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di Dewan Rakyat, hari ini.

Quote Tinot7 15-6-2024 08:53 PM
nazurah replied at 13-6-2024 10:08 AM
Johor jaga ajelah Pulau Pisang... jangan sampai SG claim pulau tu pun depa punya pasal ada rumah a ...

Iols yakin pulau payung kunen tu for sure takkan jatuh ke singapura.. siap ada resort, kan?

Ni bkn pasai pulau bernama buah..

Lihat semua komen(13)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.115543 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top