CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarawak hanya menuntut hak, bukan mencabar kuasa Persekutuan - Fazzrudin

11-6-2024 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6054| Komen: 3


Kuching: Sarawak dan Sabah tidak pernah mencabar kuasa Kerajaan Persekutuan apabila menuntut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat dua wilayah itu.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, apa yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak selama ini bukanlah perkara yang baharu kerana ia dibuat berlandaskan kepada apa yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Justeru katanya, semua pihak harus sedar, tanpa perjanjian itu tidak mungkin wujudnya sebuah negara bernama Malaysia.

"MA63 sudah pun dirujuk sebagai instrumen Perlembagaan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini membuktikan betapa pentingnya perjanjian itu dalam menentukan hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

"Semua perkara yang dituntut adalah hak yang sewajarnya berdasarkan perjanjian asal dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ia merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini yang mendakwa beberapa tindakan Sarawak membuat tuntutan terhadap beberapa perkara sebagai mencabar kuasa Kerajaan Persekutuan.

Hassan turut mendakwa keberanian kerajaan negeri dalam mengemukakan tuntutan hak masing-masing adalah berpunca daripada sikap Kerajaan Pusat yang lemah dan mudah rapuh dalam berhadapan isu-isu itu.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata, isu minyak dan penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), juga adalah berlandaskan kepada undang-undang yang ada pada Sarawak seperti Oil Mining Ordinance 1958 dan Distribution of Gas Ordinance 2016.

"Justeru, tuntutan berkaitan dengannya adalah hak Sarawak yang sah di sisi undang-undang.

"Begitu juga dalam soal pendidikan dan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak. Perkara itu sudah termaktub dalam Perenggan 17 InterGovernmental Committee Report (IGC) 1962," katanya.

Sehubungan itu katanya, permintaan dan tuntutan daripada Sarawak tidak seharusnya dianggap menimbulkan cabaran terhadap sistem Persekutuan.

"Sebaliknya setiap isu atau hak-hak yang dituntut adalah selaras dengan hak-hak Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ianya diperkukuhkan lagi dengan adanya MA63 yang diperjuangkan melalui diplomasi dan perundingan yang baik dan harmoni di antara kerajaan Sarawak dan Sabah serta Persekutuan.

"Ini sekali gus membuktikan keupayaan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan baik bersama kerajaan negeri dan bukanlah kelemahan," katanya.

Menurutnya, kemampuan untuk bekerjasama dan menyelesaikan isu, bukan sahaja permintaan dari Sarawak dan Sabah adalah bukti keberhasilan sistem federalisme dan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Keberanian Sarawak untuk bersuara dalam menuntut hak sebenarnya dipengaruhi oleh sikap terbuka Kerajaan Persekutuan dalam mendengar isu-isu kerajaan negeri, yang berbeza dengan sebelum ini dan ia bukanlah kerana kelemahan Kerajaan Persekutuan seperti yang didakwa oleh Parlimen Pasir Gudang,"' katanya.
Dis

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 11-6-2024 11:44 AM
Kenapa orang Sarawak tak demand kat arwah Tun Taib masa dia hidup dulu ya? Kekayaan dia berbillion dollars kot.

Iolls x arif sangat pasal hal2 Sarawak jadi maaflah kalau ada y terasa dgn pertanyaan iolls.
Quote nusaraya 11-6-2024 01:10 PM
Edited by nusaraya at 11-6-2024 01:11 PM
jebatmaspunyer replied at 11-6-2024 11:44 AM
Kenapa orang Sarawak tak demand kat arwah Tun Taib masa dia hidup dulu ya? Kekayaan dia berbillion d ...

Apa anda X tahu dan paham  bahwa tuntutan Sarawak (dan Sabah)  sebenarnya sudah lama disuarakan ... tetapi  kini Sarawak berani meminta perlakuan yang lebih adil secara terbuka karena adanya politik keterbukaan atau politik Glasnost dan Perestroika versi Malaysia yang saat kini dilakukan oleh PMX   ...

Ingat .... lupakan jaman jahiliyah  yang sudah menina-bobokan anda yang terjadi masa-masa UMNO/BN berkuasa ... Ambilah peluang itu dengan bijak .... Hehehehe
Quote Skuau 11-6-2024 02:37 PM
jebatmaspunyer replied at 11-6-2024 11:44 AM
Kenapa orang Sarawak tak demand kat arwah Tun Taib masa dia hidup dulu ya? Kekayaan dia berbillion d ...

ntah la...tidak diajar kt sekolah apa perjanjian MA63 tu.Tableh nk komen.Pakar perlembagaan pon tadak ulas isu ni..so..kita xde gambaran.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036376 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top