PETALING JAYA – Seorang peniaga di Sabah berdepan kerenah pelanggan yang enggan membayar nasi lemak ikan bilis berharga RM3 yang dianggap mahal dan tidak munasabah. Gelagat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak itu dirakam ketika siaran langsung di TikTok @ChiruX9_official. Menerusi video itu, pada mulanya pelanggan bertanyakan harga nasi lemak namun selepas diberitahu harganya RM3, dia dilihat tidak dapat menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menguris hati peniaga tersebut. “Mahal juga kau jual, kan sikit saja. Terlalu mahallah terus terang..mahu tegur sikit, memang kita cari untung, tetapi berpada-pada,” kata pelanggan itu. Tidak cukup itu, pelanggan tersebut cuba meminta diskaun RM1 daripada jumlah RM21 makanan yang dibeli. Apabila permintaan ditolak, dia mula melenting dan mengatakan peniaga itu tidak bermurah hati.
Tindakan pelanggan itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata mengakui tidak bersetuju dengan cara pelanggan meminta diskaun daripada peniaga kecil. “Dia boleh pilih sama ada teruskan membeli atau berlalu. Tapi itulah, dia pilih untuk menyakiti hati orang yang berniaga,” kata seorang pengguna. “Anggap saja kemunculan mak cik ini memberi rezeki yang luar biasa kepada awak, viral video ni baru kami kenal gerai awak. Kuatkan semangatmu,” komen Kak Jue. “Untung tiga ringgit je, dekat Kuala Lumpur mahal lagi aku rasa. Lepas itu minta diskaun pula, tak fikir ke untung, upah tenaga dan kos lain yang ditanggung peniaga,” komen pengguna lain. Sumber – KOSMO! ONLINE |
vanillaninja replied at 29-5-2024 08:30 AM
Nasi lemak kosong dekat Petronas boleh dapat below RM3. Sedap, siap letak ikan masin.
vespa_oren replied at 28-5-2024 09:50 PM
kat sabah brg mentah murah, tpi bila dah masak mahal sbb brg kering mahal
green~tea replied at 28-5-2024 10:52 PM
Masak sendiri la dpt tak kos rm3 tu hahahahahaha
tukul replied at 29-5-2024 03:19 PM
Petronas mana ni u...i nak g tapau
ADVERTISEMENT