CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9701|Reply: 18

Nasi lemak ikan bilis RM3 sebungkus? Mahal

[Copy link]
Post time 28-5-2024 09:34 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Seorang peniaga di Sabah berdepan kerenah pelanggan yang enggan membayar nasi lemak ikan bilis berharga RM3 yang dianggap mahal dan tidak munasabah.


Gelagat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak itu dirakam ketika siaran langsung di TikTok @ChiruX9_official.


Menerusi video itu, pada mulanya pelanggan bertanyakan harga nasi lemak namun selepas diberitahu harganya RM3, dia dilihat tidak dapat menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menguris hati peniaga tersebut.


“Mahal juga kau jual, kan sikit saja. Terlalu mahallah terus terang..mahu tegur sikit, memang kita cari untung, tetapi berpada-pada,” kata pelanggan itu.


Tidak cukup itu, pelanggan tersebut cuba meminta diskaun RM1 daripada jumlah RM21 makanan yang dibeli. Apabila permintaan ditolak, dia mula melenting dan mengatakan peniaga itu tidak bermurah hati.


Tindakan pelanggan itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata mengakui tidak bersetuju dengan cara pelanggan meminta diskaun daripada peniaga kecil.


“Dia boleh pilih sama ada teruskan membeli atau berlalu. Tapi itulah, dia pilih untuk menyakiti hati orang yang berniaga,” kata seorang pengguna.


“Anggap saja kemunculan mak cik ini memberi rezeki yang luar biasa kepada awak, viral video ni baru kami kenal gerai awak. Kuatkan semangatmu,” komen Kak Jue.


“Untung tiga ringgit je, dekat Kuala Lumpur mahal lagi aku rasa. Lepas itu minta diskaun pula, tak fikir ke untung, upah tenaga dan kos lain yang ditanggung peniaga,” komen pengguna lain.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kat sabah brg mentah murah, tpi bila dah masak mahal sbb brg kering mahal
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mula la edisi kalkulator untung rugi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri la dpt tak kos rm3 tu hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi ayam bodo kat kl pun lebih rm20.. hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nampak sikmak tu je..tanpa amik kisah kudrat tenaga peniaga tu persiapkan, masak segala..elektrik, air, gas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 08:23 AM | Show all posts
Nasik lemak plg sedap untuk i olls adalah nasik lemak Oldtown White Coffee beserta ayam crispy...tp tulah harga pon dekat rm20 lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:30 AM | Show all posts
Nasi lemak kosong dekat Petronas boleh dapat below RM3. Sedap, siap letak ikan masin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak biasa, boleh dapat rm2 area rumah iols ni samada gerai or mamak.
Yg iols perasan kalau peniaga sabahan memang standard nasi lemak biasa rm3. 2× dah beli nasi lemak dgn peniaga sabahan mungkin sbb diorg bubuh dlm bekas plastik bukan bungkus dgn kertas kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah dah nak dpt nasi lemak yg murah sekarang. Harga barang pun dah naik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 03:41 PM | Show all posts
makin naik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasik lemak ada 1.50 tapi saiz utk remaja mkn
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:09 PM | Show all posts
just dont buy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 29-5-2024 08:30 AM
Nasi lemak kosong dekat Petronas boleh dapat below RM3. Sedap, siap letak ikan masin.

Petronas mana ni u...i nak g tapau
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah pembeli baru keluar gua?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 28-5-2024 09:50 PM
kat sabah brg mentah murah, tpi bila dah masak mahal sbb brg kering mahal

Maybe bawang mahal kot...sebab negara kita totally import bawang dan cili kering.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 28-5-2024 10:52 PM
Masak sendiri la dpt tak kos rm3 tu hahahahahaha

Kan....cuba yg membeli tu berniaga jadi peniaga terpaling bermurah hati.

Orang tengah berniaga boleh pulak dia desak suruh bersedekah, murah hati bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 02:21 AM | Show all posts
Yum yumm ns lemakkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:44 AM | Show all posts
tukul replied at 29-5-2024 03:19 PM
Petronas mana ni u...i nak g tapau

Lupa pulak. Cyberjaya. Jauh ke dengan chuols. Ampun kalau jauh hehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069001 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list