Sebelum ini nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha termasuk dalam senarai artis tempatan untuk diboikot kerana bekerjasama dengan syarikat jenama pro-Israel. Namun tidak mengambil masa yang lama, Daiyan dengan berani membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro-Israel sekaligus menuai pujian ramai. Memetik Hibglam, pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, dianggap sebagai selebriti tanah air pertama sanggup mengambil keputusan berani tersebut sehingga ramai peminat kembali mengikuti Instagramnya selain mendoakan dia dilimpahi rezeki. Objektif ‘blockout’ tercapai! Okey boleh unblock (nyahsekat) dan follow (ikuti) Daiyan kembali,” kata peminat. “Tidak semua artis boleh lakukan apa yang Daiyan lakukan. Better than never (lebih baik terlambat dari tidak lakukan). Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan,” ujar netizen.
"Terima kasih Daiyan kerana sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengikut. Isnin lalu, Daiyan tampil membersihkan nama selepas didakwa masih menjalin kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Pelantun lagu Penat itu memaklumkan dia tidak pernah melupakan nasib saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri untuk membantu mereka. Daiyan turtu berkongsi bukti sumbangan bernilai RM100,000 yang disalurkan kepada empat badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu rakyat Palestin. Sebelum ini, gerakan Blockout 2024 tercetus dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka. Semoga lebih ramai lagi artis tempatan yang tersenarai mengikut jejak Daiyan. Sama-sama kita doakan. Sumber – HIBGLAM |
miracle_forever replied at 17-5-2024 11:54 PM
ada bukti ke sheols terminate contract tu? ke sekadar sembang vaveee pun boleh terbang. pastu netize ...
anilanil replied at 18-5-2024 12:36 AM
Thanks daiya. Betol la dia cakap dia dah kaya. Tak perlu pon byk job.
ADVERTISEMENT