CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatiya Latiff mengaku hidap skizofrenia, mohon maaf kerana telah menyusahkan ibu

17-5-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11513| Komen: 109

Description: Pelakon sensasi, Fatiya Latiff membuat pendedahan tentang dirinya yang dikatakan meng

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff membuat pendedahan tentang dirinya yang dikatakan menghidap penyakit skizofrenia.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan keluarga.

Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia.

“Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya dalam satu entri Instagram.


Dalam perkongsian itu, Fatiya turut memuat naik gambar dia ketika berusia 23 tahun bersama ibunya dan ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

Sebelum ini, nama Fatiya hangat diperkatakan apabila dia kerap berkongsi gambar dan video berpakaian seksi serta berpelukan bersama beberapa lelaki.

Untuk info, Skizofrenia adalah gangguan mental yang menyebabkan individu mengalami halusinasi, delusi, dan perubahan perilaku. 

Apapun kita doakan semoga Fatiya cepat sembuh.

Sumber – KOSMO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 17-5-2024 11:57 PM
so betul la dia buat bibir. beza bibir dia dulu dgn sekarang
Quote hokeypokey 18-5-2024 12:03 AM
makbul ramalan doa acik2 forum
Quote SalenaGomez 18-5-2024 12:09 AM
Siapa sangka selepas 13 tahun mcm ni jadinya.
Quote ujio 18-5-2024 12:26 AM
Skizo berat kottt..tp boleh berlegar² lg, duk la rehab dulu...
Quote miss_perfect 18-5-2024 11:09 AM
Kalau dia tak buat apa2 kat muka mesti dia akan age gracefully. Tengok gambar dia dengan maknya tu, kopipes sangat muka maknya. Dan still maknya nampak anggun seiring usia.
Quote 8Queen8 18-5-2024 11:21 AM
ujio replied at 18-5-2024 12:26 AM
Skizo berat kottt..tp boleh berlegar² lg, duk la rehab dulu...

Mungkin kalau ambil ubat teratur dan tak ambil drugs. Boleh hidup cam biasa.
Quote lightheaded67 18-5-2024 11:48 AM
semoga sembuh..
Quote Gianna111 18-5-2024 11:57 AM
skizofrenia tak leh sembuh. hanya boleh control.
Quote Piramida 18-5-2024 12:00 PM
Skipzo ni antara level atas2 dlm gangguan mental kan?
Sesapa boleh dpt.
Doa lah kita tak didatangkan penyakit gini.

Harap Kak Tek Yah mendapat rawatan sepatutnya.
Quote Firenzza 18-5-2024 12:07 PM
Skizo ni sejenis penyakit gila gak ke?
Quote Incanto 18-5-2024 12:34 PM
skizo ni penyakit mental yg serious kalau tak di rawat

org skizo kalau tahap teruk akan dgr suara suruh bunuh orang atau terjun bangunan. Pesakit dah tak dapat control tindak tanduk, dah tak tahu apa yg salah atau betul. Very membahayakan


pls lah tekya…kalau dah kena diagnos dgn skizo tu tolong ikut jadual rawatan dan makan ubat


Quote jambatannetizen 18-5-2024 12:36 PM
8Queen8 replied at 18-5-2024 11:21 AM
Mungkin kalau ambil ubat teratur dan tak ambil drugs. Boleh hidup cam biasa.

Make sense. Mungkin sebab ambil drugs.
Quote jambatannetizen 18-5-2024 12:37 PM
Piramida replied at 18-5-2024 12:00 PM
Skipzo ni antara level atas2 dlm gangguan mental kan?
Sesapa boleh dpt.
Doa lah kita tak didatangkan ...


Apa sebab eh dia boleh dapat skipzo?
Ke kesan ambil drugs. Campur pulak dgn anjoulie n natasya. Sbb masa video dia tersebar dari tasya, dia dah dah start weng.
Quote Manusiabesa 18-5-2024 12:39 PM
Tekya xtau ke. Bole refer kokping minx guide. Sbb kokpinh terpaling ahli syurga tu claim skrg dia mmg tgh jaga suami skizo. Kerap kena p inject kt spital swsta. Klu x inject katanya laki dia agresif. Sejauh mana kebenaran nth. 24jam dia ada superpower nagasakti. Byk kudrat jaga toklaki gila, anak oku, dedek normal tp hodoh. Dia sorg je terpaling sihat, terpaling berat dugaan di dunia, terpaling ada ank autisme. Terpaling ahli surga. Tekya jgn lupa dptkn nasihat kokping. Xyh p spital, dpt je consultation dri kokping nagasakti.

Btw sian katmu tekya. Patut lah nmpk mereng semacam...rupanya gila seangkatan prince chiki chiki boom
Quote CurangLagi 18-5-2024 12:42 PM
Teringat Kdrama It's Okay Thats Love. Hopefully tekya dpt rawatan sepatutnya. No wonder kejap normal kejap terbalik
Quote Incanto 18-5-2024 12:44 PM
jambatannetizen replied at 18-5-2024 12:37 PM
Apa sebab eh dia boleh dapat skipzo?
Ke kesan ambil drugs. Campur pulak dgn anjoulie n natasya. S ...

salah satu punca skizo ialah ambil drugs
Quote bottombikini 18-5-2024 12:48 PM
skizo skizo pun bibio injek tetap yah
Quote buragazz 18-5-2024 12:51 PM
Macam2 la.. dah skizo pulak.. pastu buat benda giler claim sakit lain pulak..
Quote missHaidiD 18-5-2024 01:10 PM
Aku tak caya pompuan ni.  Aku hnya akan caya kalau doc yg rawat dia sahkan apa yg dia ckp.  Dan dia sedang diber rawatan skrg ni

Nk diagnose skizo bkn sekelip mata.  Ni baru je dgr ko gi dptkn rawatan tak smpai smgu da claim skizo

Konon skizo nti buat apapun tak kn org bole ckp dia salah. Tak bole kena kecam.  Sb dia ada lesen besar

Mo retis2 jaman now

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.329672 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top