CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tidak pernah menyokong Israel. Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel – Aqasha

17-5-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3539| Komen: 20

Description: Nama pelakon Aqasha, 41, kembali menjadi bualan hangat apabila dilihat seperti membela malah mempersoalkan tindakan memboikot selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Nama pelakon Aqasha, 41, kembali menjadi bualan hangat apabila dilihat seperti membela malah mempersoalkan tindakan memboikot selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Tidak ingin disalah erti, Aqasha memberitahu pandangannya yang dinyatakan itu adalah kerana penggunaan kata-kata kesat penyokong gerakan Blockout 2024 terhadap artis dianggap tidak mencerminkan sahsiah yang murni dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia menyelar tindakan individu yang sanggup mencaci dan menggunakan perkataan kasar sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Aqasha turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya penyokong Israel dan tidak mempedulikan kekejaman Zionis ke atas rakyat Palastine selepas mempersoalkan tindakan menyahikut selebriti serta pempengaruh yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin hari ini.

Saya tidak pernah menyokong Israel. Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel. Saya mengeluar kenyataan itu kerana berasa terpanggil dengan entri seorang artis yang mempamerkan senarai nama artis yang perlu diboikot.


“Saya bukan bercakap mengenai artis yang menjadi tali barut Israel tetapi kita sedang bercakap mengenai apa kurangnya tolenrasi sesama Islam. Adakah perkara (boikot) ini satu tuntutan nabi kita,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di Instagram.

Dalam masa sama, Aqasha turut menasihati orang ramai agar menjaga abad dan menggunakan pendekatan yang lebih rasional sekali gus tidak menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim.

Bahkan dia juga berkata, pengguna media sosial sebelum ini tidak memberi perhatian terhadap dirinya saat bercakap tentang kekejaman Israel di platform digital miliknya.

Kalau kita tidak menjaga lidah, tiada gunanya hal lain yang kita buat kerana kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita cakap di Padang Mahsyar nanti.

“Ini sesuatu perkara yang tidak sihat untuk mengeluarkan kata sebegitu kepada orang lain. Adakah nabi kita mengajar agar bersikap kasar dan bengis dengan orang lain?

Jangan jadikan ini sebagai satu budaya kerana jika begini masyarakat kita, maka pemimpin di masa hadapan pun akan bersikap sebegini kerana mereka pun berada dalam kelompak itu,” katanya.

Sebelum ini, Aqasha juga difahamkan meminta agar orang ramai tidak mempersoal keputusan individu lain mempamerkan sokongan atau sebaliknya. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 19-5-2024 01:50 AM

Quote Diamondmoney 19-5-2024 01:57 AM
Ko sbnrnya nk nama ko disebut2 netizen kan

Paham sgt ko tu sendu.

Siap ada bbnu tnya siapa dia ni??

Mesti ko terkilan. Kan takde yg kenal.

tekya dulu bbnu pun tnya benda sama jgk. Skrg ko tgk bbnu semua kenal dia. Tp tulah org kenal dgn nama tekya gila. Skrg naik pangkt sikit tekya skizo

Ko pun nk bbnu kenal ko kn. Mana tau nti ada yg suruh review produk

Dasar retis
Quote hokeypokey 19-5-2024 02:02 AM
dulu muda hensem, patut acirit sampai ngidam anak jepun.. skrg dh tua dh tak yummy so who cares ko sokong sape
Quote anilanil 19-5-2024 03:51 AM
Dia camni acik jepon, orang tua tak elok main socmed. Lagi afdhal kalo gi bersenam, memancing, berkebun, etc. So cardigan tu mmg acik punya ke, bini acik ke atau wardrobe drama?
Quote Afifi82 19-5-2024 04:05 AM
Stfu.
Quote Diamondmoney 19-5-2024 10:15 AM
anilanil replied at 19-5-2024 03:51 AM
Dia camni acik jepon, orang tua tak elok main socmed. Lagi afdhal kalo gi bersenam, memancing, berke ...

beli bundle kt tiktok
Quote Zeatyisaac 19-5-2024 04:30 PM
No need to justify. Padan muka!
Quote Burong_Hantuk 19-5-2024 05:37 PM
Kau siapa???Setakat retis sendu!!!
Quote weezerfan 19-5-2024 05:51 PM
Kepam dah busuk.apa je yg kau buat?mcm biawak hidup jaa
Quote lovelytouch 19-5-2024 07:29 PM
Ohhh my crush.. gitchu
Quote dua_chzy 19-5-2024 07:57 PM
Bacalah ayat dia tu pun. Hada betulnya.

Acik2 porom pon mana mau terus resign if lets say la company kau support Israel. Takde punya. Takde.
Quote alesandra 19-5-2024 08:24 PM
Boikot ada zaman rasulullah.isteri nabi  terhadap keluarganya sendiri kerana berlaku zalim terhadap nabi.tapi nabi x melarang  boikot dan juga menyokong.itu menjawab persoalan ko.ko xyah acah2 addin sgt.menyokong produk memudaratkan atau bersekongkol sesama manusia tu ajaran nabi ke?
Quote sukanyanyi 19-5-2024 08:40 PM
lovelytouch replied at 19-5-2024 07:29 PM
Ohhh my crush.. gitchu

Sama la oh my former crush.. nape la nak kena mencapub cara gini
Quote sukanyanyi 19-5-2024 08:42 PM
dua_chzy replied at 19-5-2024 07:57 PM
Bacalah ayat dia tu pun. Hada betulnya.

Acik2 porom pon mana mau terus resign if lets say la compan ...

Yea.. sebenarnya la kan. Slagi tak dapat keje lain, bleh ke kira darurat keje lagi kat tempat mcmtu? Tp lain skit kot, sbb kalo marhaen, takde side job cam retis bleh review produk lain.
Quote cikmouse 19-5-2024 09:15 PM
Ok nextttt....!!!...
Quote kuzaime 20-5-2024 07:30 AM
Cuma tertarik dgn ayat yg ni aje "Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel."

Yakin ke langsung x guna apa2 produk yg menyokong Israel?? Awal2 kempen boikot dulu, sekali nahhhhh berjela2 produk harian yg kita2 ni marhaen ni pakai tiap hari pun disahkan menyokong israel dr produk2 makanan, skincare sampailah ke barangan2 dapur ubat gigi shampoo sabun segala tok nenek barang rupanya produk2 yg sokong israel..
Quote cantthinkofany 20-5-2024 11:52 AM
Zeatyisaac replied at 19-5-2024 04:30 PM
No need to justify. Padan muka!

terlajak perahu boleh under der...terlajak kata/tulisan...rasain luuu.....
Quote Nurdianah 20-5-2024 12:03 PM
tiberrrrr
Quote makcik_d 20-5-2024 12:04 PM
pandai dia buat simpulan ajaran nabi tanpa rujuk pakar agama

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.063125 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top