Dramatis veteran, Rozie Othman, telah mengesahkan bahawa cucunya yang juga bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, akan mengikuti suaminya, Nasrullah, untuk menyambung pengajian di luar negara selepas sambutan Hari Raya Haji bulan depan. Rozie menyatakan bahawa persiapan untuk majlis persandingan Syasya dan Nasrullah sedang berjalan lancar, dan majlis itu dijadualkan berlangsung pada 8 Jun di ibu negara. Majlis tersebut akan dihadiri oleh saudara mara, kenalan, dan rakan artis. “Insya-Allah, pengantin akan diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang menghimpunkan saudara mara, kenalan, dan rakan artis. Rancangan mengikut suaminya sambung belajar di luar negara juga sudah muktamad. Mereka dijangka ‘terbang’ selepas sambutan Hari Raya Aidiladha,” kata Rozie.
Suami Syasya dijangka akan belajar di luar negara selama dua hingga tiga tahun. Walaupun Rozie tidak ingat destinasi tepat, beliau menyebut kemungkinan besar ia di United Kingdom. Rozie turut menyatakan bahawa beliau belum berpeluang bertemu Syasya sejak pulang mengerjakan umrah pada April lalu. Walau bagaimanapun, dia berharap Syasya mempertimbangkan semula keputusan untuk meninggalkan dunia seni suara. “Sebenarnya suami Syasya mahu sambung pengajian dan mahukan ikatan yang sah. Syasya pula belum sedia tapi suami tetap mahu berkahwin. “Status sebagai isteri tidak perlu dijadikan kekangan untuk meneruskan langkah sebagai penyanyi, lebih-lebih lagi selepas namanya mengharum sampai ke China. Saya kecewa mendengar berita mereka mahu berkahwin ketika saya berada di Mekah. Syasya sendiri hantar saya ke lapangan terbang dan mohon saya doakan yang baik-baik buatnya,” jelas Rozie. Rozie mengakui tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Syasya tetapi sentiasa mendoakan yang terbaik buat cucunya itu. Dia juga menekankan pentingnya Syasya teruskan karier seni yang sudah dibina dengan susah payah. “Saya pelik kenapa masa masih belajar beriya-iya nak jadi artis, tapi sekarang bila ada nama, menyanyi sampai ke China dan tandatangan kontrak, tiba-tiba cakap nak tarik diri. Bukan mudah nak jadi artis naungan Universal Music Malaysia,” tambahnya. Mengenai perubahan imej Syasya yang kini sudah bertudung, Rozie menyatakan kegembiraannya dan berdoa agar cucunya terus istiqamah. “Saya berdoa kepada Allah, biarlah dia berubah dari segi penampilan sebab saya takut tengok Syasya buat show, terlalu seksi,” katanya. Rozie juga tidak menafikan menerima banyak kecaman daripada netizen selepas memberikan pelbagai kenyataan mengenai perkahwinan cucunya, tetapi dia menerimanya dengan hati terbuka. “Kalau nak kata orang kecam, macam-macam saya terima. Ada yang kata kenapa nenek Dolla yang tak masuk dalam Dolla, suruh nenek Dolla yang buat show, ada juga yang ungkit imej lampau saya. Tapi nak cakap apa, cakaplah. Saya cuma berlapang dada,” katanya. Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengundurannya daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan, namun kemudian mengesahkan sudah bernikah. Sumber : Murai.my |
Status sebagai isteri tidak perlu dijadikan kekangan untuk meneruskan langkah sebagai penyanyi
rayna_raynes replied at 16-5-2024 12:59 PM
Agak red flag sbnrnya laki sasa ni tapi whateverlah. Semoga sheols berbahagia selalu.
ADVERTISEMENT