View: 4932|Reply: 16
|
“Syasya Belum Sedia Tapi Suami Tetap Mahu Berkahwin”- Nenek Dedah Suami Syasya Mahu Bawa Cucunya Belajar Di UK
[Copy link]
|
|
Dramatis veteran, Rozie Othman, telah mengesahkan bahawa cucunya yang juga bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, akan mengikuti suaminya, Nasrullah, untuk menyambung pengajian di luar negara selepas sambutan Hari Raya Haji bulan depan.
Rozie menyatakan bahawa persiapan untuk majlis persandingan Syasya dan Nasrullah sedang berjalan lancar, dan majlis itu dijadualkan berlangsung pada 8 Jun di ibu negara. Majlis tersebut akan dihadiri oleh saudara mara, kenalan, dan rakan artis.
“Insya-Allah, pengantin akan diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang menghimpunkan saudara mara, kenalan, dan rakan artis. Rancangan mengikut suaminya sambung belajar di luar negara juga sudah muktamad. Mereka dijangka ‘terbang’ selepas sambutan Hari Raya Aidiladha,” kata Rozie.
Suami Syasya dijangka akan belajar di luar negara selama dua hingga tiga tahun. Walaupun Rozie tidak ingat destinasi tepat, beliau menyebut kemungkinan besar ia di United Kingdom.
Rozie turut menyatakan bahawa beliau belum berpeluang bertemu Syasya sejak pulang mengerjakan umrah pada April lalu. Walau bagaimanapun, dia berharap Syasya mempertimbangkan semula keputusan untuk meninggalkan dunia seni suara.
“Sebenarnya suami Syasya mahu sambung pengajian dan mahukan ikatan yang sah. Syasya pula belum sedia tapi suami tetap mahu berkahwin.
“Status sebagai isteri tidak perlu dijadikan kekangan untuk meneruskan langkah sebagai penyanyi, lebih-lebih lagi selepas namanya mengharum sampai ke China. Saya kecewa mendengar berita mereka mahu berkahwin ketika saya berada di Mekah. Syasya sendiri hantar saya ke lapangan terbang dan mohon saya doakan yang baik-baik buatnya,” jelas Rozie.
Rozie mengakui tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Syasya tetapi sentiasa mendoakan yang terbaik buat cucunya itu. Dia juga menekankan pentingnya Syasya teruskan karier seni yang sudah dibina dengan susah payah.
“Saya pelik kenapa masa masih belajar beriya-iya nak jadi artis, tapi sekarang bila ada nama, menyanyi sampai ke China dan tandatangan kontrak, tiba-tiba cakap nak tarik diri. Bukan mudah nak jadi artis naungan Universal Music Malaysia,” tambahnya.
Mengenai perubahan imej Syasya yang kini sudah bertudung, Rozie menyatakan kegembiraannya dan berdoa agar cucunya terus istiqamah.
“Saya berdoa kepada Allah, biarlah dia berubah dari segi penampilan sebab saya takut tengok Syasya buat show, terlalu seksi,” katanya.
Rozie juga tidak menafikan menerima banyak kecaman daripada netizen selepas memberikan pelbagai kenyataan mengenai perkahwinan cucunya, tetapi dia menerimanya dengan hati terbuka.
“Kalau nak kata orang kecam, macam-macam saya terima. Ada yang kata kenapa nenek Dolla yang tak masuk dalam Dolla, suruh nenek Dolla yang buat show, ada juga yang ungkit imej lampau saya. Tapi nak cakap apa, cakaplah. Saya cuma berlapang dada,” katanya.
Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengundurannya daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan, namun kemudian mengesahkan sudah bernikah.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Carimro ketinggalan zaman?
|
|
|
|
|
|
|
|
Eshhh Onyang Ojie hoiiii. Udoh2 ler tuuu. Tak ngabih2 kata terkilan2. Onyang ingat, si Syasya tu quit jadi estronot ka? Ke quit drpd jadi saintis? Tak pun, quit from being a surgeon?
Sudahla tuuu. Dah tu yg dia nak. Onyang ni, nak org tu tutup aurat, tapi suruh maintain jadi penyanyi Dolla. Mana mauuuu nyer Onyang heiiii.
Grup nyer Dolla, Onyang, Dolla.
Bukan DOLAH. Kalau DOLAH, boleh si Syasya tu pakai tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
nenek ni pun.lakinya ikat dgn perkahwinan la so sasa terkekang dari buat pape dah.kalau betul edisi sempoa x mustahil pon so boleh ikat sasa dalam perkahwinan.lol. |
|
|
|
|
|
|
|
Senyap la nek
Ko punya zaman dh berlalu
Shasha nak kawen ke nak menonggeng ke
Biar la dia yang keluar komen..ko melebih ni kalah mcm ko plak yang kawen dgn laki tu
Wartawan pun xde etika
Pergila tny tuan badan,parent tuan bdn..yg ko pergi layan nenek kebayan nyanyuk ni dh kenapa???Zzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Ala dekat UK je pun
Org lain boleh buat 2nd kampung lagi duk ulang-alik |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya nenek..ko ingat cucu ko tu kawin paksa kena letak parang kat leher dia ke oleh budak lelaki tu...dah depa suka sama suka la depa kawin...cucu ko bukannya perempuan duk dlm hutan...biarla depa hidup dgn aman..x payah nk porak.peranda kan perkahwinan cucu ko...bongok |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la si suami betul² syg & nak jaga isteri. Tue pasal ajak kawin & bawa pegi UK.
Family belah laki orang baik² & educated kot. Taknak terpalit apa² kontroversi kalau anak dia dah kawin & menantu masih bergelar artis. Apa level kawin dgn artis kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Status sebagai isteri tidak perlu dijadikan kekangan untuk meneruskan langkah sebagai penyanyi
sebab dia isteri la dia kena jaga batas berkarier. pelik2 je nenek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tp aku fhn jer concern nenek dia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa sapa yg jadi mak atau nenek mcm tu .dollah tengah mendunia kot...masa tengah kumpul duit..show sampai china...tapj tak pe la nek...dah laki dia mampo..sasya pon boleh tumpang sambung belajar . |
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan, awning pengantin terjuih terjungkit. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nenek pun retis gitu la..dah la tu cucu dah selamat bernikah..dah besar pun cucu tu dari bersedudukan ngikut jantan kat uk tu biar la kawin hati pun senang ada yg menjaga…emak tak bising nenek lak bising2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dasyat jugak ye dressing dollah ni..dah mcm penari tiang |
|
|
|
|
|
|
|
Agak red flag sbnrnya laki sasa ni tapi whateverlah. Semoga sheols berbahagia selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 16-5-2024 12:59 PM
Agak red flag sbnrnya laki sasa ni tapi whateverlah. Semoga sheols berbahagia selalu.
Kalau nenek dia rela cucu berpisah pun sempat lagi. Sebelum dia mengandung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|