Tiada angin tiada ribut, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer memuat naik beberapa foto perkahwinannya dengan seorang wanita di akaun Instagram (IG). Menerusi posting tersebut, Redza memberitahu ini merupakan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita tersebut. "Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian. "Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari." Berikutan daripada posting itu juga, netizen tertanya-tanya mengenai status Irma pada waktu ini. Terdahulu, Irma enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dan hal peribadinya apabila diajukan persoalan mengenai perkara terbabit. Sumber: Redza/OhBulan |
virgocircus: Ada forumer Info minah ni ex gf dia kan? Maybe la heshe soulmates. Kawen dgn Irma sbb mak yg suka.. umor dah kertu ni, it's time for me to find my own ...
DottieDot: Irma dgn Redza ni pun bercinta lepas kahwin gitu kan.. Pulak tu mak Redza yang duk kenen kan.. Irma pulak betul² kecewa dengan kes curang Nabil masa ...
ADVERTISEMENT