Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dirinya begitu terkejut membaca hantaran mesej yang mendakwa suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies mahu menjatuhkannya selepas kedua pelakon itu ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu. Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff dan Ruhainies dilihat bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan kesilapan lama yang dilakukannya sebagai cara untuk menunjukkan keburukannya kepada khalayak ramai. "Ya Allah, sejujurnya saya sedih sangat. Saya tak nak dah berada di ‘crying era’ tapi sangat terkejut bila baca perbualan (Aliff dan Ruhainies) di WhatsApp." "Ada juga ‘voice note’ dan bila saya baca, mereka nak jatuhkan saya." Macam yang saya pernah cakap, apa yang digunakan mereka (atas kesilapan saya) adalah perkara yang sudah lama berlaku semata-mata untuk menutup kes khalwat mereka.
"Perkara itu tidak elok melainkan saya masih (berbuat demikian) sekarang. Fitnah yang disebarkan itu terlalu berat untuk menjatuhkan saya." "Saya berasa kecewa kerana pasangan saya yang sudah lama bersama, akhirnya berkomplot untuk menjatuhkan saya." "Tapi apa yang saya nampak dalam perbualan mesej itu yang menekan Aliff untuk buat perkara ini adalah Ruhainies." Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya. Tambah Bella, pendedahan dibuat seorang wanita Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine mengenai Aliff dan Ruhainies juga menguatkan lagi dakwaan pasangan tersebut mempunyai hubungan istimewa. "Sebenarnya saya mahu habiskan perkara ini cepat dan apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak." "Dan memang cukuplah kebenaran itu dimana Aliff dan Ruhainies mempunyai hubungan. Memang saya dah tahu, tapi pendedahan ini mengukuhkan lagi apa yang terjadi biarpun pihak sana menidakkan. Cakap saya fitnah dan sebagainya. "Di bulan puasa ketika itu takkanlah saya nak memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti." Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu. Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu. Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’. Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu. Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Sumber : OhBulan |
ezacbee replied at 25-4-2024 02:23 PM
Aku cuma nak tau sapakah bapak gula (BG) NRF???
lolen replied at 25-4-2024 04:02 PM
Seriusla tu muka bella kalo dekat camera org lain?
ezacbee replied at 25-4-2024 02:23 PM
Aku cuma nak tau sapakah bapak gula (BG) NRF???
noor2 replied at 25-4-2024 07:16 PM
Kejap lagi dtg acik2 porum yg menyokong AA dan ruhainis mengutuk ko Bella.....dituduhnya ko jahat se ...
ADVERTISEMENT