View: 5760|Reply: 35
|
Bella Astillah Terkejut Baca WhatsApp Aliff & Ruhainies – ‘Saya Kecewa Kerana Pasangan Yang Sudah Lama Bersama, Berkomplot Untuk Menjatuhkan’ ...
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dirinya begitu terkejut membaca hantaran mesej yang mendakwa suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies mahu menjatuhkannya selepas kedua pelakon itu ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.
Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff dan Ruhainies dilihat bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan kesilapan lama yang dilakukannya sebagai cara untuk menunjukkan keburukannya kepada khalayak ramai.
"Ya Allah, sejujurnya saya sedih sangat. Saya tak nak dah berada di ‘crying era’ tapi sangat terkejut bila baca perbualan (Aliff dan Ruhainies) di WhatsApp."
"Ada juga ‘voice note’ dan bila saya baca, mereka nak jatuhkan saya."
Macam yang saya pernah cakap, apa yang digunakan mereka (atas kesilapan saya) adalah perkara yang sudah lama berlaku semata-mata untuk menutup kes khalwat mereka.
"erkara itu tidak elok melainkan saya masih (berbuat demikian) sekarang. Fitnah yang disebarkan itu terlalu berat untuk menjatuhkan saya."
"Saya berasa kecewa kerana pasangan saya yang sudah lama bersama, akhirnya berkomplot untuk menjatuhkan saya."
"Tapi apa yang saya nampak dalam perbualan mesej itu yang menekan Aliff untuk buat perkara ini adalah Ruhainies."
Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya.
Tambah Bella, pendedahan dibuat seorang wanita Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine mengenai Aliff dan Ruhainies juga menguatkan lagi dakwaan pasangan tersebut mempunyai hubungan istimewa.
"Sebenarnya saya mahu habiskan perkara ini cepat dan apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak."
"Dan memang cukuplah kebenaran itu dimana Aliff dan Ruhainies mempunyai hubungan. Memang saya dah tahu, tapi pendedahan ini mengukuhkan lagi apa yang terjadi biarpun pihak sana menidakkan. Cakap saya fitnah dan sebagainya.
"Di bulan puasa ketika itu takkanlah saya nak memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti."
Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.
Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma nak tau sapakah bapak gula (BG) NRF???
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 25-4-2024 02:23 PM
Aku cuma nak tau sapakah bapak gula (BG) NRF???
Sure dh cabut lari...bodo la kalau dok sponsor lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dah seperti org politik artis2 tersebut...bila terbongkar sikap mereka, akan berusaha utk membalas dendam. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriusla tu muka bella kalo dekat camera org lain? |
|
|
|
|
|
|
|
lolen replied at 25-4-2024 04:02 PM
Seriusla tu muka bella kalo dekat camera org lain?
Sesiapa pn begitu sis jaman sekarang siapalah mereka2 tanpa bantuan filter |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap lagi dtg acik2 porum yg menyokong AA dan ruhainis mengutuk ko Bella.....dituduhnya ko jahat sebenarnya..ko pura2 lembut, ko pura2 sedih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi...ko sebenarnya bayar Sarah mukabedak nyonya cina sepet tu kata mereka yg menyokong AA....ko yg jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Ruhainis ni ada x jumpa ko Bella lepas kes tangkap khalwat 3 jam bomba tunggu tu....x de lagi kan....kalau dia betul2 baik dgn ko dia akan jumpa ko...dah sah2la dia bersalah... dari segi psikologi boleh nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus bella. Semakin cool dan bijak jwb soalan skrg. Takde menafikan kesalahan sebelum ni. And nampak betol2 dah move on dan tak hran dgn alip. Kalau kau rujuk balik dgn alip flasher tu, ko siap |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 25-4-2024 08:29 PM
masalah mcm2 nk jg laki sekor tu
kecoh seantero malaya
dari betina ke betina
rmbut pun makin terhakis
termaktub dlm lipatan sejarah "seni" negara
hebat!
-ujar rakyat
|
|
|
|
|
|
|
|
muka bella kt gmbr atas tu dh iras yah kuchai....pelakon 18 puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau maid vietnam aku dulu cakap, perempuan kalau takde orang sayang memang tak lawa. Jaga ajelah diri baik2 Bella. Buat apa difikirkan orang yang tak sudi |
|
|
|
|
|
|
|
Sarah.. Kau kesian kat Alif selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen ? yang sebenarnya pendedahan dan kenyataan kau menambah minyak dalam bara api, bukannya nak selamatkan alif tetapi kau buat dia bertambah tekanan dan serabut kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha... meols pun curious siapa, tapi memang ada lah, sebab kawan wartawan meols kata yang plan jerat & tangkap sundal dua ekor kat PavSuit tu bapak gula dia, dah lama plan sebab each time abis shooting sebelum-sebelum ni pun dia berangkut bawak pendatang boyan tu balik rumah, dah la rumah orang sponsor, kau berangkut jantan pulak...tak ke sial pompuan ni, bisnes kerang kat vvip, tapi kat pendatang kasi free je... mengamuk la vvip tu.. berani mati ye...silap2 boleh kena teruk tu.. kan bella pun penah cakap dia takut 'ada orang cari alip sebab betina tu ada orang 'jaga''...
|
|
|
|
|
|
|
|
11 to 12 : If I cannot have him, you cannot have him too .
B: You all can bela him. Thank you. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-4-2024 07:16 PM
Kejap lagi dtg acik2 porum yg menyokong AA dan ruhainis mengutuk ko Bella.....dituduhnya ko jahat se ...
Tambah lagi. Di katanya bella jeles dgn peah |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 25-4-2024 01:03 PM
Jongos muka
Beraninya awak berkata demikian. |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 26-4-2024 11:51 AM
Tambah lagi. Di katanya bella jeles dgn peah
Siapala x jeles laki sendiri minat perempuan lain....x kisahla peah ke nyonya bedak cina ke, ruhainis ke tetap isteri sebenar akan jeles...kut laki depa curang depa x jeles kut |
|
|
|
|
|
|
| |
|