Pelakon sensasi Ruhainies memberitahu sudah memaafkan orang-orang yang berkata buruk dan menfitnah dirinya susulan isu ditangkap khalwat bersama penyanyi Aliff Aziz. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Ruhainies memuat naik semula (repost) hantaran adik perempuannya ketika berbual mengenai kontroversi panas yang berlaku. Menurut adiknya yang dikenali sebagai Asha Zainul, dia kagum dengan sifat kakaknya yang kekal tenang dan mampu untuk memaafkan orang yang menghinanya dengan hati ikhlas. "Saya seronok dapat berbual bersama dia (Ruhainies) tadi. Hari ini hari terakhir kami menjadi tetamu-Nya. "Kakak, saya sangat mengagumi kakak. Kakak tetap mendiamkan diri setelah apa yang berlaku. Kakak ada beritahu saya yang kakak dah maafkan semua orang, orang yang bercakap buruk pada kakak. Fitnah sana sini." "Saya bangga dengan kakak. Mengikhlaskan diri memaafkan mereka tanpa berkata apa-apa merupakan perkara yang paling disanjungi! Subhanallah."
"Allah, keluarga kita, kawan-kawan rapat kita dan saya akan selalu ada buat kakak. Sebab kami tahu apa yang orang lain tak tahu dan ia tidak mengapa." Dalam pada itu, Ruhainies turut menyatakan hanya Allah SWT yang mengetahui segala perkara. "Cukup hanya Allah yang tahu apa yang di dalam hati. Terima kasih adik. Love you, you beautiful soul." Terdahulu, Ruhainies dikecam teruk oleh netizen gara-gara disyaki ditangkap khalwat dengan penyanyi dan suami kepada pelakon Bella Astillah iaitu Aliff Aziz. Malah, dakwaan tersebut membuatkan Bella mengambil tindakan memfailkan perceraian terhadap suaminya. Sumber: Instagram/Ohbulan |
she replied at 19-4-2024 10:51 AM
Macik pun kagum dengan diri macik
Kental berforum
Walau boring ngadap benang minah kemut
ADVERTISEMENT