CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ippo Hafiz larikan anak bongsu sejak Februari?

19-4-2024 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12248| Komen: 58

Description: Selepas kecoh kes memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri, Fara Roslan, penyanyi Ippo Hafiz didakwa melarikan anak keduanya daripada jagaan wanita itu sejak awal Februari lalu.


Selepas kecoh kes memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri, Fara Roslan, penyanyi Ippo Hafiz didakwa melarikan anak keduanya daripada jagaan wanita itu sejak awal Februari lalu.

Spekulasi tercetus selepas individu yang dikenali sebagai Yazmin dipercayai kakak ipar kepada isteri Ippo mendedahkan penyanyi itu juga tidak bertemu anak sulungnya ketika hari raya minggu lalu.

“Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia dua tahun tiga bulan telah diambil sendiri bapanya (Ippo) dari jagaan ibu, datuk, neneknya pada 1 Februari lalu.

“Dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Februari tetapi dia memungkiri janji dan sehingga ke hari ini (77 hari), ibu kandungnya masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana tidak dibenarkan.

“Ippo juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya. Bukan kerana isteri tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi perkongsian TikTok.


Berkongsi lanjut, wanita terbabit turut meluahkan rasa bengang apabila pelantun lagu Kekal Bahagia itu turut memisahkan kasih sayang seorang abang dengan adiknya.


“Ibu kandungnya juga tidak tahu di mana anaknya tinggal. Anak sulung Ippo yang berusia empat tahun ada bersama ibunya.

“Anak bongsunya ini sangat rapat dengan abangnya. Kenapa perlu pisahkan kasih sayang ini? Anak kecil ini masih perlukan pelukkan dan kasih sayang ibunya.

“Apa haknya sebagai bapa untuk sekat dan halang. Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan adik ipar saya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Yazmin memaklumkan Fara tidak berputus asa mencari putera bongsunya walaupun masih gagal dihubungi sehingga kini.

“Malah, ketika hari raya baru-baru ini isterinya juga cuba menghubungi dia namun panggilan tidak dijawab.

“Kalau dia tidak puas hati dan ada masalah dengan isteri kenapa anak-anak yang dijadikan mangsa,” tuturnya.

Pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.

Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini.

Terdahulu, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duta lover 19-4-2024 09:24 PM
Busuknya perangai lelaki macam ni.

Quote syabee 19-4-2024 09:42 PM
kena dgr cite both side....
Quote nia_salina 20-4-2024 12:51 AM
tak hype ye cite ni. kt TT kemain kecoh
Quote I.K.A888990 20-4-2024 01:13 AM
anak2 yg terseksa akhirnya
entahlah
Quote doubleA 20-4-2024 01:41 AM
Kalau tak silap ni bukan first marriage ippo ni kan? Aiyo biar takda rupa tapi perangai helok, ni kalau dua2 takda apa lagi yg nak diharapkan
Quote marchikobonzo 20-4-2024 09:37 AM
Nak dengar dari side ippo pulak..
Quote AWEKSAMURAI 20-4-2024 09:39 AM
syabee replied at 19-4-2024 09:42 PM
kena dgr cite both side....

Semalam dh baca ig story ippo hafiz lain plak ..isteri dia cuba nk jd mcm isteri2 org lain ke buat havoc kes umahtangga then nnti ada yg bg jd duta n endos produk?
Quote AWEKSAMURAI 20-4-2024 09:40 AM
doubleA replied at 20-4-2024 01:41 AM
Kalau tak silap ni bukan first marriage ippo ni kan? Aiyo biar takda rupa tapi perangai helok, ni ka ...

Rasa first Marriage kan...
Quote rayna_raynes 20-4-2024 09:48 AM
Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak tally kat sini?
Quote cikkilata 20-4-2024 11:43 AM
Ai rasa ai ada baca yg ippo tulis, mmg dah deal dgn isteri dia yg dia jaga bongsu and isteri dia jaga yg sulung sementara kes kat mahkamah x setel?
Quote Lumeiy 20-4-2024 12:48 PM
Ni dari igs ippo
Quote Lumeiy 20-4-2024 12:49 PM
Lawyer ippo ni lawyer faz n artis2 lain tu kan
Quote syabee 20-4-2024 01:21 PM
kakak ipor plak yg lebih2...biarlah derang laki bini settlekan
Quote Binodino 20-4-2024 01:23 PM
Benci betul aku dengan manusia macam ni. Kau gaduh lakibini lepas tu kau drag anak2 dalam masalah korang lakibini. Worst siap bawak lari anak untuk sakitkan hati pihak lagi 1, sedangkan pihak lagi 1 jaga anak2 tu elok je.

Kau sebenarnya tak layak kahwin in the first place, apatah lagi ada anak!
Quote Binodino 20-4-2024 01:26 PM
syabee replied at 20-4-2024 01:21 PM
kakak ipor plak yg lebih2...biarlah derang laki bini settlekan

Kenapa ek kalau masalah lakibini orang luar pulak sibuk nak jadi spokeperson? Macam kes meresah anak normiang kahwin dengan si grab tu (aku lupa namanya). Bini si grab diam je tapi kakak ipar si grab beriya kecohkan hal rumahtangga dorang.

Quote honeybee1802 20-4-2024 03:07 PM
Binodino replied at 20-4-2024 01:26 PM
Kenapa ek kalau masalah lakibini orang luar pulak sibuk nak jadi spokeperson? Macam kes meresah an ...

Tu la...org tu bicara kt mahkamah...bior le hakim putuskan...nuayuz ke haper ke...
Quote sukacactus 20-4-2024 03:50 PM
Apa jd kat mak bapak tu, jgn la sampai pisahkan ank2
Kesian diaorang
Quote sleepandream 20-4-2024 03:51 PM
sekali lalu iols baca artikel tu dalam hati iols kata fair lah... sorg mak jaga sorg ayah jaga... then tunggu lah penghakiman mcmmana...
Quote primarikey 20-4-2024 04:36 PM
Untung la somi nk tolong jaga ank bongsu tu...sekurang2nya nmpk jgk la tggjwb dia...ada laki dh cerai lgsg x ingat ank...fair la kot jaga sorg satu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.223341 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top