MOSCOW: Arab Saudi menyalurkan AS$5 juta untuk Program Makanan Sedunia (WFP) bagi menyokong operasinya di Semenanjung Gaza dan menyediakan makanan kepada rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik di situ. "Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan sumbangan aS$5 juta daripada Kerajaan Arab Saudi melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) untuk menyokong operasinya di Palestin," kata WFP dalam satu kenyataan semalam lapor Sputnik. Dana itu akan menyediakan bantuan makanan yang dapat menyelamatkan nyawa kira-kira 377,000 penduduk di kawasan berkenaan, menurut kenyataan itu. Sumber - BERNAMA-SPUTNIK |
ADVERTISEMENT