CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Cadang Israel Dikenakan Tekanan Bagi Memastikan Bantuan Ke Gaza

15-4-2024 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34745| Komen: 20

Description: PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan ke atas Israel untuk membuka lintasan bagi memastikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Pa ...

PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan ke atas Israel untuk membuka lintasan bagi memastikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza dapat disampaikan.

"Mesti ada campur tangan pelbagai pihak bagi membenarkan bantuan kemanusiaan melintasi pusat pemeriksaan.

"Perancis adalah antara negara pertama yang mencadangkan sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas penduduk Israel yang melakukan tindakan keganasan di Tebing Barat.

"Kami akan teruskan jika perlu untuk mendapatkan pembukaan bantuan kemanusiaan," katanya.

Kira-kira 33,207 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik selama enam bulan, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, semalam.

Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal dan ramai yang berisiko mengalami kebuluran.

Dilaporkan, Hamas membunuh 1,200 orang di selatan Israel dalam serangan rentas sempadan pada 7 Oktober yang mencetuskan konflik, mengikut jumlah Israel.

Sumber - REUTERS

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-4-2024 09:43 AM
Ni pun TT bubuh tarikh 15/4 kat depan.. benang dan TT dari masa depan ka?
Quote nikaido 10-4-2024 10:16 AM
Tinot7 replied at 10-4-2024 09:43 AM
Ni pun TT bubuh tarikh 15/4 kat depan.. benang dan TT dari masa depan ka?

Celaka punya @CARI-HBZ. dia nak thread2 sendu dia sentiasa dkt top bila forummer open forum. Mohon mod close thread & banned
Quote Tinot7 10-4-2024 11:18 AM
nikaido replied at 10-4-2024 10:16 AM
Celaka punya @CARI-HBZ. dia nak thread2 sendu dia sentiasa dkt top bila forummer open forum. Mohon ...

Sila tag mod yg berkenaan..
Quote airfilterkotor 10-4-2024 12:30 PM
nikaido replied at 10-4-2024 10:16 AM
Celaka punya @CARI-HBZ. dia nak thread2 sendu dia sentiasa dkt top bila forummer open forum. Mohon ...

Hahahahaaa... pagi pagi raya dah kena sumpah seranah.
Quote izwan_izi 10-4-2024 09:02 PM
Tumpang mesin masa Doraemon ke reputzz Cari oiiii..
Quote shernazz 10-4-2024 09:47 PM
Patut bg tekanan kat mod neh
Bodo haha
Quote JunkMail 11-4-2024 07:18 AM
nikaido replied at 10-4-2024 10:16 AM
Celaka punya @CARI-HBZ. dia nak thread2 sendu dia sentiasa dkt top bila forummer open forum. Mohon ...

Mana mau nyaaaa... Wartawan cari above kekuasaan mod. Tak guna pun nak komplen komplen... Mod takleh buat apa pun. Kau hadap je perangai ting-tong CARI atau slow slow beralih ke platform lain.
Quote ultra78 11-4-2024 09:11 AM
15/4 patut masuk kerja. Tapi nak MC hari tu. Jadi buat post siap2 utk isnin depan.
Quote ultra78 11-4-2024 02:00 PM
Forumer cadang Wartawan Cari dikenakan tekanan bagi memastikan tiada salah guna fungsi date ketika buka thread baru
Quote slyfynx 11-4-2024 05:13 PM
@xpdckelate, @seribulan, @johan-adx
Sile nasihat @CARI-HBZ ni
Quote pooh~key 12-4-2024 01:27 PM
slyfynx replied at 11-4-2024 05:13 PM
@xpdckelate, @seribulan, @johan-adx
Sile nasihat @CARI-HBZ ni

Meh akak retag sis.

@xpdbkelate
@seribulan
@johan-adx
Quote pooh~key 12-4-2024 01:27 PM
Alah salah taip nama xpdckelate la pulok sissy…
Quote B40tastePosh 12-4-2024 04:27 PM
pooh~key replied at 12-4-2024 01:27 PM
Alah salah taip nama xpdckelate la pulok sissy…

Biar meols tolong

@xpdckelate
Quote dua_chzy 12-4-2024 11:23 PM
Dah la asyik kat atas thread ni. Hanat betul.
Quote Decaffeinated 13-4-2024 09:33 AM
Solidariti dah pudar ka?
Pembaca berita RTM dah cabut muffler. Sembahyang jumaat pun dah takde qunut. Tak tau la kalau sebab raya.
Quote miss_white 13-4-2024 10:19 AM
B40tastePosh replied at 12-4-2024 09:27 AM
Biar meols tolong

@xpdckelate

Forum versi apa skrg ni
Quote miss_white 13-4-2024 10:32 AM
Decaffeinated replied at 13-4-2024 02:33 AM
Solidariti dah pudar ka?
Pembaca berita RTM dah cabut muffler. Sembahyang jumaat pun dah takde qunu ...

radio ada tiap2 hari  lps azan
Quote Decaffeinated 13-4-2024 09:37 PM
miss_white replied at 13-4-2024 10:32 AM
radio ada tiap2 hari  lps azan

Ya betul, yang ada sebut anjing2 tu.

Mula2 rasa awkward lama2 macam sedap pula lagu dia

Quote TOPwind 14-4-2024 01:57 PM
Drama je lebih
kononyalah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.372844 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top