CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Fatin Afeefa, Aliff Awang Dedah Sudah Tinggalkan Dunia Forex? – ‘Aku Dah Setahun Tak Buat Benda Bod*H Tu’

20-3-2024 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9909| Komen: 16


Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang seakan memberi bayangan dirinya sudah meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing (Forex).

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung agihan makanan secara percuma yang dilakukannya ketika bulan Ramadan.

"Abang semalam tak ada pun tengok dekat story, senyap je. Itu la budak Forex memang suka menipu."

Aliff kemudian menjelaskan bahawa dia dan pasukannya bercuti pada hari tersebut.

"Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak.

"Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati.

"Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini."




Dalam pada itu, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menegaskan bahawa sudah setahun dia tidak ‘sentuh’ pelaburan Forex.

"Pasal forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, dah setahun tak berharap benda tu..elok je boleh hidup."

"Kau tu kalau fikir Forex je yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.

"Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin. Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur dengan tindakan Aliff dan mendoakannya agar dilimpahkan rezeki yang lebih baik.

"Alhamdulillah Allah lembutkan hati dia untuk berhenti benda yang tak elok."

"Kalau betul dah tinggalkan Forex Alhamdulillah, benda baik kita sokong."

"Saya buka profile dia and bio ‘dah tak trade’. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan dan Allah limpahkan lagi rezeki buat kamu. Amin."


Sumber: TikTok Aliff Awang/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 20-3-2024 06:29 PM
So ape je income ko sekarang popeye klau dah x main forex? Bini ko high maintenance tu cukup ke klau ko x main forex? Kereta2 smbung bayar ko tu ape citer klau ko xain forex?
Quote yipun_78 20-3-2024 07:12 PM
Semejak Bank Negara warning alert Forex ni something sesgt ko ni....eerrmmm!
Quote azimodin 20-3-2024 09:05 PM
Dah sedap kumpul duit banyak2 pastu acah2 x join benda bodoh. Boooooooo. Masa awal2 orang nasihat apsal tak nak dengar?
Quote beatgirlX 20-3-2024 09:28 PM
Ala. Dulu membo gak.. Skg membodohkan org.. Padahal dulu ko pun bodoh samaaa
Quote slyfynx 20-3-2024 10:09 PM
Dulu kau yang tnjuk kaya sgt kannnnnnnnn
Bile dah kantoi, dan2 forex tu bodoh.
Dan2 nak sebut rezeki Allah
Quote cikX87 20-3-2024 10:15 PM
tibehhhhhhh
Quote Insomniacs 20-3-2024 10:24 PM
Dulu berlagak..skrg pun bunyinya tetap berlagak.. kesimpulannya mamat ni mmg poyo
Quote Lentera 20-3-2024 10:29 PM
Ececehhhh kemain tunggang ayat agama pulak diaaaa dan2 tu pulak forex jd benda bodoh. Selama ni benda bodoh tu la yg dia bangga kn sgt.. Aku nk tgk hidup ko in future opai
Quote shida81 20-3-2024 10:58 PM
Dah puas mkn duit forex ko acah2 la skang.. Ntah2 lost gile2... Tu yg stop main
Quote toxicated 20-3-2024 11:11 PM
yipun_78: Semejak Bank Negara warning al ...


Eh kakaa lama betul tak nampak. Pi mana?
Quote sayurmayur88 21-3-2024 07:31 AM
hahaha ...
Quote Gianna111 21-3-2024 07:42 AM
i pernah berkawan dengan mamat forexkira dalam proses kenal hati budi masing-masing.siap resign kerja. focus forex. memang masyuk la mamat tu.tapi cinta kami tak menjadi lol.beberapa bulan lepas tu dengar mamat tu rugi giler dalam forex.sampai terpaksa let go kereta.
Quote marchikobonzo 21-3-2024 09:35 AM
Dan2 la benda tu bodo..heh!
Quote black_handbag 21-3-2024 10:48 AM
suruh orang cek iman konon

so lps tak main forex ko buat keje apa skrg nok? nak taujugak. yelah bini ko patin tu pon takde dah berlakon ke apa2.. mmg sunyi dari dunia seni dah akak tengok
Quote vanillaninja 21-3-2024 10:54 AM
Orang kata heols baru je drop signal ke apa entah the term they use dalam trading chat group?

Niaga apa heols sekarang kalau dah stop trading?
Quote honam 21-3-2024 11:03 AM
alhamdulillah, dia percaya rezeki tu ada kat mana mana

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069372 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top