|
Pelawak, Shuk Sahar dalam satu podcast ‘OKLETSGO’ bersama beberapa selebriti dari Singapura ada kongsikan situasi dirinya yang pernah ditangkap khalwat dahulu. Shuk mengatakan situasinya lebih kurang sama dengan Aliff Aziz sehingga beliau menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik. Namun bila terjadinya isu khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies baru-baru ini. Ia membuatkan Shuk menjadi lebih takut pada diri sendiri. "Sebenarnya kes Aliff Aziz ni dengan aku lebih kurang ‘timing’. Bila Aliff Aziz dapat tunjuk yang sisi dia patah balik dan dekat GV dia jadi imam." "Jadi pada masa itu salah seorang yang influence aku untuk aku jadi macam ‘aku kena contohi dia’.
"Walaupun dia macam tu, dia patah balik, dia betulkan kehidupan dia. Aku pun ada sedikit sebanyak jadikan dia inspirasi." Walau bagaimanapun, isu yang terjadi pada Aliff baru-baru ini membuatkan Shuk takut jika kembali ke masa lalu. "Bila berlaku macam ini, sebenarnya lebih kepada aku takut pada diri sendiri sebab aku macam dah turn back. Macam mana kalau tiba-tiba aku pulak jadi macam ni? Serius aku takut." Kesimpulannya, manusia sentiasa diuji apabila ingin berubah ke arah kebaikan. Namun perbuatan untuk kembali ke arah maksiat dan zina adalah pilihan sendiri. Kredit: TikTok/OhMedia |
(tiberh kecek omputih
) Suchi replied at 19-3-2024 10:02 PM
Syuk tak mungkin wat hal dah
Sbb dia dah kawen ngn seorang emmm
Mcm payah nak lepaskan diri dah

prettyuglybabe replied at 20-3-2024 10:00 AM
dah kawin ke dia dengan minah mental nasi impit retis jantan tu?
Suchi replied at 20-3-2024 10:08 AM
Yup aritu ada thread syuk ngaku
Ada yg komen pompuan tu masih psiko gak
Sblm ni ada yg komen nmpk ...

Suchi replied at 20-3-2024 10:08 AM
Yup aritu ada thread syuk ngaku
Ada yg komen pompuan tu masih psiko gak
Sblm ni ada yg komen nmpk ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.