CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Status Pembinaan Tidak Capai Sasaran, Kapal Tempur Pesisir LCS1 Dijangka Siap 2026

12-3-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13391| Komen: 15

Description: KUALA LUMPUR – Status kemajuan kapal tempur pesisir (LCS) merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada Januari 2024 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR – Status kemajuan kapal tempur pesisir (LCS) merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada Januari 2024 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemajuan sebanyak 67.57 peratus itu adalah kurang kira-kira satu peratus daripada sasaran iaitu 68.77 peratus.

Kata Mohamed Khaled, terdapat cabaran di peringkat awal semasa penyambungan kontrak LCS terutama berkaitan tempoh mobilisasi oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM) dan vendor dalam meneruskan kontrak ini.

Untuk rekod, Kementerian Pertahanan telah memeterai Kontrak Tambahan ke-6 dengan syarikat Lumut Naval Shipyard (Lunas) (sebelum ini dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard) pada 26 Mei 2023 serentak dengan permulaan semula kerja-kerja pembinaan LCS.

“Berdasarkan perancangan dalam perjanjian tambahan ini, Kapal LCS pertama (LCS1) dijadualkan tersedia pada bulan November 2024 untuk melalui Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) dengan kemajuan kerja sebanyak 85.97 peratus.


“Hanya selepas kesemua ujian ini selesai, Kapal LCS pertama akan ditauliahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangkakan pada 2026,” katanya ketika menggulunh Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerja pembinaan bagi kapal LCS2 dan LCS3 disasarkan dengan peratusan kemajuan masing-masing sebanyak 78.17 peratus dan 61.48 peratus menjelang akhir 2024.

“Kemajuan kerja bagi LCS4 dan LCS5 pula masing-masing adalah dijadualkan sebanyak 53.40 peratus dan 44.11 peratus disumbangkan daripada elemen peralatan dan modul blok yang telah dibina.

“Berkenaan peruntukan tambahan kerajaan sebanyak RM2.519 bilion, ia hanyalah bagi menampung perubahan spesifikasi LCS iaitu perubahan spesifikasi bagi Surface-to-Surface Missile (SSM), Decoy Launching System (DLS), dan Integrated Platform Management System (IPMS),” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-3-2024 11:23 PM
Lancang kuning
Lancang kuning
Belayar malam
Belayar malam

[youtube]ZQXginiF7CI[/youtube]
Quote Belibis 12-3-2024 11:28 PM
Kahhhh..gitu jer..dulu bukan main pompang pompang...tiris,bocor,rasuah..akhirnya suci murni macam sri murni.[em:3:]
Quote VespaSilbe 13-3-2024 01:49 AM
Tak boleh charge LD ke uit
Supplier cam ayam mana sapa projek leader jadah tak siap elok flush diri sendiri dalam jamban
Quote Radzor 13-3-2024 05:04 AM
Bolej masuk guiness world record 2 category. Projek kapal paling mahal dan lama. Misappropriation of funds without accountability yang semua orang tau tapi tak buat apa
Quote prince_marhaen 13-3-2024 08:54 AM
kapal buruk refubished kan??? tu pun tak siap2 lagi..kalau kapal baru mesti 100 tahun baru siap..
Quote laksmanabentan 13-3-2024 08:56 AM
Radzor replied at 13-3-2024 05:04 AM
Bolej masuk guiness world record 2 category. Projek kapal paling mahal dan lama. Misappropriation of ...

betul....

PALING MAHAL
PALING LAMA

ini semua sbb ada tangan2 di atas tu uoolllssss... hahahaha..
kena tengok ler zaman Menteri Pertahanan mana waktu tuh...
ini jadi lubuk uoolllssss.....
Quote salimrock 13-3-2024 08:56 AM
aku bukan dari bidang maritim atau ketenteraan, tp aku sekali baca ttg LCS aku dah dpt hafal, litoral combat ship...
sebab litoral ni dekat2 dgn clitoral
Quote adiksha 13-3-2024 04:14 PM
dari jaman wak yg seketurunan suka ubah² muka tu ke?
Quote adiksha 13-3-2024 04:14 PM
dari jaman wak yg seketurunan suka ubah² muka tu ke?
Quote Firenzza 13-3-2024 04:23 PM
Nanti Nuart ada la modal PRU akan dtg kempen kutuk gomen skrg sakau sbb kapal sebijik pun x siap2
Quote dua_chzy 13-3-2024 10:37 PM
Kerja engineer lokal ke nih?
Quote dua_chzy 13-3-2024 10:38 PM
Kalau Israel tetiba bom kita, hada ka equipments yang cukup nak lawan?
Quote MissYouSayang 14-3-2024 01:21 AM
Keje wak bangsat la tu, tpm kesayangan  bapok tua kau yg satu sen pun tak berguna langsung..sakau depan2 buat bodoh jer natang nuart puihh
Quote ctaz 14-3-2024 12:17 PM
TPM TERSENYUM KENYANG....
Quote salimrock 14-3-2024 12:24 PM
litoral combat ship..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.072594 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top